Assalamualaikum. Mingu lepas Ayue dan rakan blogger lain ke Klang Parade untuk jelajah apa yang best di sana. Sepanjang Ayue duduk di Shah Alam, ini kali pertama Ayue ke Klang Parade. Besar juga rupanya Klang Parade ni. Serba serbi nampak baru. Yelah, baru siap renovate dua tahun lepas. Mesti lah cantik dan meriah kan.
Tiap kali ramadan, ramai yang sibuk google sana sini cari tempat makan best-best untuk berbuka. Orang sekitar Klang dan Shah Alam lepas ni tak payah pening-pening dah sebab ada banyak kedai makan best-best dalam Klang Parade ni tau. Semuanya dalam satu tempat, tak perlu pergi mana-mana lagi dah.
Ni lah dia geng cari makan di Klang Parade. Masing-masing muka tak sabar nak makan. Haha. Semuanya berkumpul di Teh Tarik Place.
Teh Tarik Place
Teh Tarik Place ni memang tempat lepak Ayue kalau boring. Ayue suka teh tarik dan teh tarik di Teh Tarik Place ni memang kaw. Sebab tu Ayue suka tempat ni. Makanan di sini pun sedap-sedap belaka, tapi untuk hari tu Ayue cuba Popiah Goreng dan Pisang Goreng.
Seriuosly, kalau anda tak tahu nak minum petang dekat mana, sila lah datang ke Teh Tarik Place ni okey sebab Popiah Goreng dia sedap sangat! Banyak kali juga Ayue tambah. Tak makan dengan sos pun dah sedap.
Bukan tu je, untuk Ramadan tahun ni, Teh Terik Place ada menyediakan menu ramadan. Nampak tak? Tempting kan? Tak sabar nak cuba nanti. Lapar tengok flyers ni tau.
Disebabkan banyak sangat kedai yang ada di Klang Parade ni, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan supaya semua tempat yang perlu diterjah kami terjah. Ayue dapat kumpulan dua bersama Kak Ayu, Mama Jue, dan Amir.
Spices of Penang
Disini terdapat pelbagai pilihan makanan dari Penang. Terutamanya menu-menu makanan yang terkenal di sana. Orang Penang atau penggemar makanan Penang kalau teringin nak makan makanan Penang yang sedap, boleh cuba Spices of Penang ni.
Ada beberapa menu yang pertama kali Ayue cuba. Sedap juga. Maklumlah, Ayue kan tekak melayu. Bila dapat makan makanan yang pedas, panas macam ni mesti lah suka.
Malah minuman dan pencuci mulutnya juga sangat menusuk kalbu. Memang menyelerakan. Paling Ayue suka adalah Mix Fruit (6 flavor). Kaya dengan buah dan airnya juga sedap. Kalau dapat minum masa berbuka puasa, alahai nikmatnya!
Untuk anda yang ingin menjamu selera disini, jangan risau kerana restoran ni dilengkapi dengan kemudahan WiFi.
Nice Smell
Kemudian kami ke Nice Smell. Ia merupakan kiosk makanan ringan yang terletak di Level 5 Klang Parade. Dilengkapi dengan kerusi dan meja untuk anda menjamu selera bersama keluarga atau rakan-rakan. Antara menu yang kami cuba adalah keropok lekor, jagung manis, kaya ball dan salad.
Kalau anda suka sesuatu yang pedas, Ayue cadangkan anda mencuba salad di Nice Smell ni. Nama je salad, tapi rasanya seperti rojak kerana menggunakan pes seperti pes rojak. Menu ni memang lain dari yang lain kerana terdapat keropok lekor disebalik salad tu semua. Menarikkan?
Circus Circus
Sejujurnya, hampir berbelas tahun juga Ayue tidak masuk ke arcade di dalam shopping mall. Bila diberi peluang untuk bermain di dalam Circus Circus ni, terus perangai budak-budak tu keluar. Seronok betul bila dapat main game yang ada dalam ni.
Walaupun tempat ni adalah taman permainan untuk kanak-kanak, tapi orang dewasa yang masuk juga mesti terhibur sebab ada pelbagai permainan disediakan untuk pelbagai peringkat umur. Dari games yang semudah-mudahnya sampai lah yang paling mencabar.
Tengok lah, seronok betul masing-masing main games dalam Circus Circus ni. Siap boleh redeem hadiah lagi.
Next Food Junction
Pit stop kami yang terakhir adalah Next Food Junction. Semua kumpulan tadi akan berkumpul disini. Next Food Junction ni merupakan food court di Klang Parade. Makanan yang ditawarkan disini harganya sangat berpatutan dan mempunyai banyak pilihan.
Bukan saja makanan tempatan, malah makanan luar seperti Indonesia dan western juga ada di sini. Pilih saja menu yang anda mahu. Kalau jenis keluarga yang mempunyai selera tekak yang berbeza, seorang nak pasta, seorang nak mee goreng, memang sessuai sangat lah ke Next Food Junction.
Banyakkan pilihan yang ada di Klang Parade ni. Ini baru sikit tau, ada banyak lagi kedai makan ynag best kat dalam ni. Kalau nak berbuka tak perlu pergi banyak tempat. Parking je dalam Klang Parade ni dan pusing lah cari kedai yang anda suka. Tapi Ayue galakkan untuk anda booking dulu kedai mana yang anda mahu.
Jangan lupa singgah Klang Parade nanti tau.
Klang Parade
Kawasan 17, Klang, Selangor, Malaysia
+60 3-3343 7889
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website : http://www.klang.parade.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/ARA.KPM
Instagram : https://www.instagram.com/myklangparade/
xoxo,
Wow..bab makan..kemain lg ko ye
ReplyDeleteCuba dtg kedai kat komuter klang..dewan melayu..situ shell out padu..murah sedap n ada live band
ReplyDelete