Assalamualaikum. Sebenarnya, Ayue dah lama perasan, tapi tak pernah ambil peduli pun tentang pentingnya penjagaan makanan Ayue seharian. Bukannya apa, bila sibuk ke sana sini, dengan kerja lagi, Ayue pun makan ikut dan je la. Mana yang ada Ayue makan. Lagi-lagi kalau nak ke pejabat, singgah kedai makcik tepi jalan tu, beli nasi lemak lepas tu makan di pejabat. Kadang-kadang kuih-muih silih berganti.
Ayue tau tak elok cara pemakanan yang Ayue amalkan ni. Ayue pula jenis yang kurang bersenam. Lemak-lemak dengan pantas je berkumpul tanpa segan silu. Itu yang makin tembam bukan main lagi ni. Kolesterol pun tinggi.
Bila berat badan dah naik ni, Ayue cenderung untuk cepat sesak nafas dan jantung berdegup kencang bila Ayue buat aktiviti yang luar biasa sikit dari aktiviti harian. Contohnya Ayue kena naik tangga bila lif rosak. Masa tu rasa semacam je jantung ni. Risau Ayue dibuatnya. Ayue tau ramai yang tak ambil peduli tentang kesihatan jantung. Ramai golongan mudah yang anggap sakit jantung ni bila dah tua nanti baru ada kemungkinan untuk sakit. Mitos semua tu!
Gaya hidup yang sibuk dan budaya pemakanan yang diamalkan oleh kita sebenarnya merupakan tabiat yang tidak sihat. Ramai yang dah mula sakit jantung pada awal kehidupan tau. Tak payah tunggu tua.
Ayue pernah juga cuba amalkan makan oats setiap pagi kerana Ayue tau oat bagus untuk kesihatan jantung. Tapi Ayue tak boleh teruskan sebab tak kena dengan jiwa. Rasa oats tu buat Ayue mual. Lagi pun macam susah nak disediakan. Nak kena tambah susu lah, apa lah. Last-last makan nasi lemak juga. Senang!
NESTLÉ OMEGA PLUS® MILK WITH OATS (NOP Milk With Oats)
Tapi sekarang alhamdulillah, Nestlé ada mengeluarkan produk baru iaitu NESTLÉ OMEGA PLUS® MILK WITH OATS. Untuk pertama kali nya rakyat Malaysia boleh mengawal kolesterol mereka pada bila-bila masa, dan di mana jua hanya dengan minuman oat berasaskan susu yang sedap dengan menggabungkan dua kuasa (power of two) ejen merendahkan kolesterol iaitu tindakan Acticol® (dari NESTLÉ OMEGA PLUS® MILK ) and Beta-glucan (dari oat) di dalam paket yang mudah. Senang kan! Tak payah nak tambah-tambah susu dah sekarang.
Peranan Acticol® dan Beta-glucan
Untuk pengetahuan anda, NESTLÉ OMEGA PLUS® merupakan satu-satunya susu yang mempunyai ACTICOL®, sterol tumbuhan yang membantu merendahkan kolesterol tidak baik (Low-Density Lipoproteins atau LDL) dengan menghalang penyerapan kolesterol. Malah ACTICOL® juga terbukti secara saintifik untuk membantu menyekat kolesterol dengan menghalang ia daripada diserap ke dalam aliran darah. Beta-glucan pula sejenis serat banyak terdapat di dalam oat berfungsi untuk membuang kolesterol daripada badan. Bukan itu saja, NESTLÉ OMEGA PLUS® juga mengandungi kalsium yang tinggi untuk menguatkan tulang anda.
Bagaimana sterol tumbuhan berfungsi mengurangkan kolesterol?
Pada peringkat molekul, sterol dan stanols melihat seperti kolesterol. Oleh itu, apabila ia bergerak melalui saluran penghadaman anda, mereka boleh bergerak bersama dan mencegah kolesterol sebenar daripada diserap ke dalam aliran darah anda. Kemudian kolesterol akan keluar bersama-sama dengan sisa daripada menyumbatkan arteri anda.
Bagaimana Beta-glucan berfungsi mengurangkan kolesterol?
Beta-glucan, sejenis serat banyak terdapat di oat, telah diiktiraf mempunyai ciri-ciri untuk pengurangan kolesterol dalam darah. Lapisan likat usus melemahkan pengambilan kolesterol serta penyerapan semula asid hempedu (yang dicipta oleh badan dari kolesterol). Sebagai tindak balas, tubuh bergerak pada kumpulan cicular kolesterol untuk menghasilkan asid hempedu yang baru. Pengambilan kolesterol yang lebih rendah dari usus digabungkan dengan lebihan kolesterol badan, kemudian digunakan untuk menghasilkan pengeluaran asid hempedu dan mengurangkan tahap kolesterol yang bergerak di dalam darah.
Nampak tak betapa pentingnya pengambilan NOP Milk With Oats dalam kehidupan seharian kita untuk penjagaan jantung? Kita kena mula dari awal, jangan nanti dah terlambat, dah sakit sana sini baru nak menyesal. Tak guna dah masa tu tau.
Cara pengambilan
Hanya tambah air panas. Siap untuk diminum. Mudahnya! 2 paket sehari.
Sekarang ni Ayue memang dah mula amalkan pengambilan NOP Milk dengan Oats ni. Ayue ambil masa sarapan pagi dan makan malam. Ayue hanya makan dengan kurma je untuk biasa kan diri bila dah mula puasa nanti. Takda lah badan terkejut sangat kan.
Dengan pengambilan NOP Milk dengan Oats, badan Ayue tak rasa lemah pun sepanjang hari. Rasa lapar pun kurang sebab oats ni mengenyangkan. Menyihatkan pula tu! Sesuai untuk diambil ketika bulan Ramadhan. Sebab tu Ayue amalkan ketika sarapan pagi dan makan malam sebagai pengganti ketika sahur dan berbuka. Kalau anda yang jenis makan banyak, boleh makan kurma sekali macam Ayue. InsyaAllah tak lapar dah.
Harga
RM 19.98 Recommended Retail Price with GST / 10 sachets x 42g (1bag)
Boleh didapati di semua hypermarket dan supermarket, AEON, AEON BIG, GIANT, TESCO, ECONSAVE dan MYDIN mulai Mei 2016.
Didapati dalam 150g, 600g and 1kg powder format, and ready-to-drink UHT format of 200ml six-pack cluster.
Jangan lupa dapatkan NOP Milk dengan Oats anda sebelum ramadhan ni okey.
Untuk maklumat lamjut, boleh layari :
Facebook : www.facebook.com/NestleOmegaPlus
xoxo,
saya baru mengambil produk ni, 4 hari lebih kurang. Kakak saya yg syorkan. Masuk hari ke 4 saya mengalami pembuangan air besar yg kerap. Adakah hal ini terjadi kepada saudari?
ReplyDeletetry doh..rase nk pengsan sbb rase mcm mkn tepung..hahaha..sdp air kotok NOP lgi..hahaha..tp gilir arr oat dgn air kotok..hahaa
ReplyDeleteBoleh ke umur 15 minum
ReplyDelete