Organic Morning Beauty Session with Melvita Malaysia

11 June 2016

Assalamualaikum. Sabtu hari tu Ayue ada join Yoga session dengan Melvita Malaysia. Seronok bila dapat jumpa beauty blogger dan influencer yang lain. Ada yang Ayue pernah jumpa, ada yang belum. Yang pasti semua yang datang nak sihat!


Semangat tau, pagi-pagi lagi dah terpacak dekat Bangsar ni. Sampai je Ayue tak tersenyum sebab kami masing-masing dapat sebakul sayuran yang sangat segar dan organic sekali dengan produk Melvita iaitu Organic Rose Floral Water & Argan Oil. Eh, macam tau-tau je yang Ayue suka gila dengan floral water tu. Refreshing sangat bila pakai tau.




Ada juga pihak Melvita berkongsi dengan kami tentang bahayanya produk-produk yang terdapat di pasaran sekarang. Dalam tak sedar berapa banyak kandungan kimia yang badan kita serap seharian. Bangun pagi, bermula dengan cuci saja dah ada kimia. Memang lah penggunaannya sedikit. Tapi kalau kumpul-kumpul, dan digunakan secara berterusan? Kan ke banyak?



Melvita memilih untuk menggunakan bahan-bahan yang organik diperoleh dari ladang yang dipilih, kerana Melvita menentang bahan kimia dan kemusnahan alam semula jadi. Melvita juga akan memastikan bahawa bahan-bahan pembungkusan mereka diperbuat daripada bahan yang dikitar semula. Bagus betul.





Kemudian kami semua mulakan sesi yoga. Lama betul Ayue tak beryoga ni. Last Ayue yoga tahun lepas rasanya sampai badan ni dah naik keras. Hehe. Lepas yoga tu rasa lega sangat. Lembut balik segala urat yang keras tadi. Kena amalkan selalu ni. Kalau Melvita buat sesi yoga lagi, confirm Ayue join!




Breakfast kami pagi tu pun sangat lah organic dan sihat. Ayue paling suka rolled oats tu. Sedap! Lain dari yang biasa Ayue makan. Yang ni ada rasa kelapa sikit. Tekak melayu lah kononnya.


Oh ya, sebelum Ayue lupa, Ayue ada benda best nak share ni. Ayue ada giveaway khas untuk anda yang semua penggemar organik! Anda berpeluang memenangi Organic Starter Kit dari Melvita!! 


Anda hanya perlu post gambar anda melakukan sesuatu dengan alam sekitar di INSTAGRAM dengan hashtag #melvitamalaysia #startorganic #ayueidrisXmelvita. Tak kira lah bercucuk tanam ke, masak guna bahan organic ke, makeup organik, skincare organik. Semua boleh! Tarikh akhir 30 Jun ni tau. Cepat-cepat join! 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook: https://www.facebook.com/MelvitaMY
Website: http://my.melvita.com/



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.