Resepi Lasagna Mudah dan Sedap (Step by Step)

09 December 2020

Assalamualaikum. Menu yang Ayue nak share kali ni adalah favorite suami Ayue, resepi lasagna daging mudah dan paling sedap. Kenapa Ayue kata mudah? Sebab kepingan lasagna tu Ayue pakai instant sheet saja. Dan resepi ni memang confirm menjadi sangat sedap even anda first time nak masak lasagna ni. Percaya lah. Haha. Yang penting, bahan-bahan yang anda gunakan betul mengikut sukatan dan ada tiga jenis cheese! InsyaAllah elok kejadiannya nanti.

Resepi Lasagna Mudah dan Sedap (Step by Step)

Kemain puji diri sendiri kan? Sebenarnya ini kali pertama Ayue buat lasagna. Dah banyak kali dah Qisti minta buatkan, tapi sebab fikir nak buat lasagna tu banyak layer ingatkan rumit, jadi Ayue tangguhkan. Entah kenapa rajin pula hari ni, jadi Ayue buatlah.

Resepi Lasagna ni Ayue ambil dari google je. Lasagna yang paling mudah dan paling senang buat. Tapi sangat sedap. Haa, dua kali dah puji ni. Maksudnya betul-betul sedap tu. Serius, even Ayue pertama kali buat pun dah menjadi. Kalau selalu apetah lagi kan? Anda pun pasti boleh punya.

Untuk anda yang beginner macam Ayue, resepi kali ni Ayue sertakan gambar step by step ok. Mudahkan anda untuk buat nanti.

Ok, jom tengok macam mana cara nak buat Lasagna mudah dan sedap ni.

Bahan-bahan Resepi Lasagna Mudah dan Sedap (Step by Step)

Resepi Mudah | Lasagna Paling Sedap


Bahan-bahan sos bolognese

  • Bawang merah - 3 biji di potong dadu
  • Bawang Putih - 6 ulas di cincang halus
  • Carrot - ½ batang di potong dadu
  • Daging kisar ramlee - 1 pack 
  • Sos spageti Kimball - 1 tin 
  • Serbuk oregano - 2 sudu 
  • Garam -½ sudu 
  • Gula - 1 sudu 
  • Cendawan - 1 tin di hiris
  • Lada hitam - 1 sudu (optional)

Cara-cara masak sos bolognese

  1. Rebus lasagna instant sheet sehingga boleh dilentur. (JANGAN sehingga masak). Tos dan susun diatas dulang. Jangan bertindih ya. (Ini arahan dari kotak, tapi sebenarnya tips yang Ayue baca, kalau taknak rebus dulu pun takpa. Boleh guna terus kepingan lasagna ni tapi sos kena cukup untuk melembutkan lasagna semasa proses membakar.)
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau dan masukkan daging kisar. Masak sehingga air daging kering.
  3. Masukkan sos spaghetti, masak sebentar.
  4. Masukkan cendawan dan carrot. 
  5. Kemudian masukkan serbuk oregano. 
  6. Masukkan lada hitam jika ingin rasa pedas sedikit.
  7. Rasakan dengan garam dan gula. Ketepikan.

Resepi Lasagna Mudah dan Sedap (Step by Step)

Sos Bolognese Lasagna


Untuk resepi lasagna yang sedap, sos putih diantara setiap layer lasagna tu kenalah umphh. Baru sedap lasagna anda. Resepi sos putih yang Ayue nak share ni rasanya sangat kaya dengan cheese, sangat sedap dan creamy. Sesuai juga untuk dimakan dengan salmon steak, beef steak, spaghetti, malah untuk dibuat sos dipping pun boleh. Ikut citarasa anda nak ubah sos putih ni jadi macam mana ya. Tapi yang Ayue share ni sos putih yang basic. Basic-basic pun, meleleh air liur tau. 

Bahan-bahan Sos Putih

  • Cheddar Cheese - 1 pack
  • Mentega -2 sudu 
  • Tepung gandum - 2 sudu 
  • Susu segar penuh krim - 2 cawan 
  • Garam - ½ sudu 

Cara-cara masak sos putih (White sauce)

  1. Panaskan mentega sehingga cair.
  2. Masukkan tepung gandum, masak sehingga kekuningan.
  3. Masukkan susu segar penuh krim dan gaul rata.
  4. Masukkan Cheddar cheese dan gaul hingga cheese cair dan sebati.
  5. Masukkan sedikit garam. Masak sehingga sos likat.

Resepi Lasagna Mudah dan Sedap (Step by Step)

Sos Putih Lasagna

Masa ni, sos putih ni kalau jilat dengan jari pun tak puas tau. Rasa nak lagi. Hati-hati, jangan sampai tak cukup nak layerkan lasagna anda pula nanti. Haha.

Bahan-bahan layer lasagna

  • Mozarella Cheese
  • Parmesan Cheese

Cara-cara buat lasagna

  1. Sapukan loyang dengan mentega.
  2. Letak lasagna sheet dilapisan paling bawah.
  3. Disusuli dengan inti daging. Pastikan daging menutupi kepingan lasagna tau.
  4. Layerkan inti daging dengan sos putih.
  5. Taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese.
  6. Ulang langkah 2 - 4 hingga loyang penuh.
  7. Bakar di dalam oven selama 40 minit, 160°.
  8. Dah siap, boleh dimakan dengan sos putih juga.


Kepingan Lasagna (Instant Sheet)

Resepi Lasagna Mudah dan Sedap (Step by Step)

Resepi Lasagna Mudah dan Sedap (Step by Step)

Resepi Lasagna Mudah dan Sedap (Step by Step)

Fuh, memang terangkat lah kalau makan. Berselera Ayue dibuatnya. Tak boleh makan selalu ni. Mahu berat naik mencanak nanti. Tiga jenis cheese kot! Haha. Tapi kalau dapat makan sesekali, hentam lah sampai puas kan? Bila buat sendiri banyak lah dapat. Kalau makan dekat restoran, sepinggan ciput je. Mahal pula tu! Anggaran kos Ayue beli barang semua dalam RM65. Cukup untuk makan seisi keluarga. Kan dah jimat? 

Untuk yang tanya mana Ayue beli kepingan lasagna tu, Ayue beli brand San Remo dekat Jaya Grocer area rumah Ayue ni. Segala bahan-bahan lain pun beli situ juga sebab  Jaya Grocer kan memang banyak bahan-bahan untuk menu luar negara ni. Macam-macam ada.



Cuba resepi lain juga nak:

Selamat mencuba dan jangan lupa share tau.

xoxo

Join the conversation!

  1. hi sis... resepi nampak seriously sedap!... nak try untuk weekend .. anyway sukatan semue ni boleh dimakan berapa orang eh? agak agak la..

    ReplyDelete
  2. Hi sis. I try you punya resepi. Serius best and sedap. Mudah nak buat jugak. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Sepaket cheese dipakai tu 12 keping semua dpakai ke sis?

    ReplyDelete
  4. terima kasih kongsi resepi. Esok saya nak try buat :)

    ReplyDelete
  5. Tq sis...i dah try smalam...seriously menjadi...sedap...n puas hati..

    ReplyDelete
  6. Sis kalau kita xde oven.. kita bakar guna dapur gas boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sy tak pasti pulak sbb tak pernah try. Rasanya kena pakai oven juga sbb die nk bakar atas bawah kan,

      Delete
  7. Sis kalau sy tak letak mozarella dan hanya ada parmesan xpa kaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mozarela tu yg buat dia jadi umphhh. Kalau awak tgk cheese leleh2 tu, mozarela la tu.

      Delete
  8. Hai sis , susu sekotak kecil mcm dlm gmbr tu cukup ke utk 2 cawan? Sbb saya tkthu cawan besar mana nak pakai

    ReplyDelete
  9. Hai sis , susu sekotak kecil mcm dlm gmbr tu cukup ke utk 2 cawan? Sbb saya tkthu cawan besar mana nak pakai

    ReplyDelete
  10. As salam, sis. RM65 tu utk sekali masak je atau boleh masak lagi lain kali ?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak..Sya dah try resepi kak.. alhamdulillah menjadi untuk first try..hehehe.. terima kasih kak untuk resepi ni..👍👍👍❤️❤️

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.