Atasi kulit muka kering dengan Moisturizing Biphase Makeup Remover

01 July 2016

Assamualaikum. Ayue rasa hampir setiap wanita ada makeup remover kan. Tapi makeup remover jenis macam mana yang anda gunakan? Memuaskan hati tak? Dulu Ayue pernah guna satu jenama makeup remover yang agak terkenal. Tapi kesannya tidak memuaskan hati Ayue sebab Ayue kena guna dalam kuantiti yang banyak dan berkali-kali baru Ayue rasa muka Ayue ni bersih.

Kemudian atas nasihat kawan, Ayue tukar kepada virgin coconut oil yang boleh didapati dengan mudah di pasaraya tu. Agak berminyak dan kurang selesa pada mulanya, tapi lama kelamaan Ayue dah biasa dan serasi dengan virgin coconut oil tu. Yela, virgin coconut oil kan banyak khasiatnya. Cuma agak leceh la juga nak bersihkan minyak dari mukakan. Makeup dah hilang, kulit berminyak pula nak dibersihkan.

Tapi, anda tau tak yang pemakaian makeup remover berasaskan minyak sahaja akan menyebabkan kesan melanoma (bintik bintik timbul di permukaan kulit) pada wajah anda. Melanoma ni berlaku hasil daripada tindakbalas kolesterol minyak tersebut kepada kulit wajah. Risau betul Ayue bila dapat tau perkara ni. Cepat-cepat Ayue cari pengganti!


Baru-baru ni Ayue ada jumpa satu makeup remover yang menggunakan virgin coconut oil sebagai bahan asasnya. Moisturizing Biphase Makeup Remover by LavanaVco Natural Skincare. Produk buatan Malaysia ni! Jarang ada produk orang kita yang bagus macam ni tau. Kenapa Ayue kata bagus?



Sebabnya, produk ni bukan saja mengandungi Virgin Coconut Oil, tapi mengandungi Lemon Peel Oil, Collagen dan Vitamin E sebagai bahan utama. Berganda lagi bagus dari hanya virgin coconut oil yang Ayue gunakan sekarang. Makeup remover yang mengandungi dwi lapisan (biphase) sememangnya sangat baik untuk wajah kita. Ditambah pula dengan bahan utama yang lain, boleh detox sekali wajah kita ni.






Kebaikan bahan utama Moisturizing Biphase Makeup Remover by LavanaVco Natural Skincare :

Virgin Coconut Oil(VCO)
Anti-microbial dan kaya dengan nutrien untuk kulit wajah. Dapat mencegah panau dan bakteria kulit.

Lemon Peel Oil
Anti-Oksidan dan bertindak sebagai antiseptic untuk mencegah jerawat dan jeragat.

Kolagen
Anti-aging untuk menguatkan lapisan epidermis kulit dan meremajakan kulit wajah anda

Vitamin E
Memastikan kelembapan yang cukup untuk kulit wajah , kekal awet muda.



Paling Ayue suka adalah produk ni mementingkan kelembapan kulit. Hari-hari kita dok tepek macam-macam jenis makeup dekat muka ni. Macam-macam bahan kimia yang serap ke dalam kulit kita tanpa kita sedar. Bahaya tau! Boleh menyebabkan masalah kulit dan punca jeragat. Ayue tau jeragat dan jerawat ni musuh utama setiap wanita kan.



Untuk mendapatkan wajah yang cantik bermula dengan bagaimana kita menjaga dan membersihkan wajah dari sisa sisa kosmetik, habuk dan kekotoran dengan cara yang betul dan rutin yang sepatutnya. Selain dari kaedah double cleanse muka, makeup remover sangat penting untuk kita buang segala sisa kosmetik dan kotoran dengan sempurna. Barulah takda pori-pori yang tersumbat. Penat je la kalau kita guna macam-macam pelembap, krim sana sini kalau kulit kita dah tersedia tak sihat.

Lagi satu benda yang Ayue suka tentang makeup remover ni, botolnya menggunakan pump. Bukan macam kebanyakkan makeup remover yang hanya tebuk lubang ditengah. Pada Ayue kaedah pump ni lebih hygiene dan jimat. Hanya pump ikut penggunaan kita. Takda lah terluang lebih atas cotton pad tu. 


Dan kalau anda perasan, penutup botolnya ada 2. Maksudnya 2 kali perlindungan. Kalau terbuka penutup yang pertama, penutup kedua masih ada untuk mengelakkan makeup remover ni ter-pump dengan sendirinya kalau kita letak didalam beg ke apa. Rasa selamat lah sikit kan.


Ayue dah guna Moisturizing Biphase Makeup Remover by LavanaVco Natural Skincare ni lebih dari seminggu dan Ayue memang nampak kesannya. Kulit muka Ayue dulu agak kering, sekarang dah makin lembap. Rasa kulit wajah sihat gitu. Mau tak seronok? Kulit wajah kita kalau kering, dari jauh dah boleh nampak tau. 


Kadang-kadang tu bila terlalu kering, nampak muka kita macam berbintik atau tak sekata. Siapa yang kenal Ayue secara dekat mesti dah tau dah kulit Ayue jenis yang macam mana. Pori-pori besar dan kasar. Memang perlukan kelembapan! Baru lah nampak gebu. Sebab tu Ayue suka sangat pakai makeup remover ni. Sambil-sambil buang makeup, sambil-sambil lembapkan kulit. 

Makeup remover yang kita pakai wajib memberi kesan yang baik pada kulit kita tau. Yela, kalau anda perasan, makeup remover ni kita pakai secara konsisten setiap hari. Berbeza dengan kosmetik yang kita guna, kadang-kadang tukar ikut mood. Mungkin juga 2 atau 3 kali sehari bergantung pada aktiviti harian seseorang. Macam Ayue, sehari 2 kali Ayue gunakan makeup remover. Mestilah nak guna makeup remover yang terbaik untuk kulit kan.

Majalah Mingguan Wanita | 24th - 30 th June 2016

Cara penggunaan : 

  1. Goncang botol sebelum guna
  2. Pump makeup remover pada cotton pad
  3. Perlahan-lahan bersihkan makeup pada mata dengan pergerakan kebawah
  4. Terbalikkan cotton pad dan gunakan bahagian yang bersih untuk keseluruhan muka





Untuk anda yang tercari-cari juga makeup remover yang tidak merosakkan kulit, tidak melekit dan tidak berminyak selepas pakai, malah boleh membuat kulit jadi bersih, sihat, cantik, cerah semulajadi dan lembap pula, boleh lah cuba Moisturizing Biphase Makeup Remover by LavanaVco Natural Skincare ni. InsyaAllah puas hati. Jangan risau okey, sebab produk ni sudah pun mendapat kelulusan KKM



Harga
Moisturizing Biphase Makeup Remover (NOT160103720K)
SM RM59.00/ SS RM68

*Setiap pembelian 70 pelanggan terawal akan dapat hadiah istimewa : LavanaVco™ fridge magnet


Oh ya, LavanaVco Natural Skincare juga ada mengeluarkan produk Luminous Ageless Serum with Stemcells dan Rejuvenate Hydrating Cleanser. Boleh lah tengok nanti, kot-kot ada yang berkenan? Hehe. Gabungan ketiga-tiga bahan ni boleh detoxkan kulit wajah menggunakan bahan yang berasaskan sumber semulajadi. Kulit cantik bukan nak pakai hari ni je tau. Kalau boleh sampai ke tua.




Untuk maklumat lanjut tentang LavanaVco Natural Skincare, boleh layari :
Website : www.lavanavco.com
Instagram :  LavanaVco
Hotline/Online Order : 0192004648



 
xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.