Be My Reason Shower Run 2016 | Kempen Kesedaran Kanser Payudara Bersama SHOKUBUTSU

28 August 2016

Assalamualaikum. Siapa kaki marathon dekat sini? Haa, hujung minggu kalau takda bnuat apa tu, jom join larian yang bermanfaat ni?

Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu telah membuat siri jelajah untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara dan ia ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Begitu ramai di antara mereka yang tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Yang lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan kecil yang mencurigakan pada payudara merka dan ini menunjukkan tanda-tanda kanser payudara.


Oleh itu, situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu iaitu jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka serta orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Kempen pada tahun ini akan menjadi lebih besar dan berani telah disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Dengan ini Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run iaitu larian bertemakan mandi yang pertama di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, Be My Reason Shower Run merupakan larian sempena bulan kesedaran kanser payudara dan mempromosikan kesedaran dan menyebarkan mesej tentang sokongan dan kerjasama orang sekeliling. Oleh itu, para peserta Be My Reason Shower Run digalakkan untuk berlari bersama pasangan masing-masing sebagai simbol mengapa mereka perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.


Apa yang menariknya Be My Reason Shower Run pada tahun ini adalah para peserta larian akan lari bersama pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy. Beto akan turut menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman apabila ketulan dikesan pada payudara beliau tidak lama dahulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. 

Pasangan ini merupakan pasangan terbaik dan layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya, beliau telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup termasuklah terapi dan kemungkinan juga pembedahan. Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan sendiri payudara.



"Shokubutsu secara aktif telah mempromosikan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi kerana ia penting untuk pengesanan awal. Pemeriksaan sendiri payudara adalah mudah dan ringkas untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, kami menggalakkan para wanita untuk melakukannya semasa mandi kerana ia merupakan aktiviti harian dan waktu yang senang untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, " kata Jackie Low, Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, Southern Lion Sdn. Bhd, syarikat bagi jenama Shokubutsu.



Larian Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara "Be My Reason Shower Run"

Butiran Be My Reason Shower Run :

Tarikh : 9 Oktober 2016 | Ahad
Masa : 7.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran : RM 50 / seorang, RM 90 / 2 orang satu kumpulan


Pendaftaran : Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason





Senarai kategori larian Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
AB
On-Line
Men Open     (Individual)Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
http://pacerssport.my/index.php?route=product/product&product_id=93
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee
http://pacerssport.my/index.php?route=product/product&product_id=94
5KM
D
Corporate Registration
Men or Women Open(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration feeUse form attached and send to by Sep 10, 2016
fara.nazri@southernlion.com.my
lc.lian@southernlion.com.my
5KM
* RM10 dari setiap pernyetaan (per pax) akan disumbangkan ke National Cancer Society Malaysia
** Keterangan lanjut boleh klik pada link yang disertakan di atas.








Pengambilan Race Kit :

Tarikh : 7 dan 8 Oktober 2016 | Jumaat dan Sabtu
Masa : 11.00 pagi - 5 petang 
Tempat : The Arc @ Bandar Rimbayu (Bersebelahan Kota Kemuning, Shah Alam)


Selain daripada tujuan utama larian untuk kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah booth pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. Bekas pesakit kanser payudara akan turut mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para perserta yang lain berpeluang untuk mendengar pengalaman mereka melawan kanser payudara dengan bantuan dan sokongan orang tersayang.

Setiap peserta Be My Reason Shower Run akan menerima sehelai t-shirt, sebuah pingat, sijil dan goodies bag dengan barangan Southern Lion termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara dan juga minuman yang ditaja oleh Umbro-Isotonic Drinks.





Khas untuk pembaca blog Ayue!!

Siapa nak join Be My Reason Shower Run ni secara PERCUMA?? Setiap peserta akan dapat sehelai t-shirt, sebuah pingat, sijil dan goodies bag dengan barangan Southern Lion termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara dan juga minuman yang ditaja oleh Umbro-Isotonic Drinks tau. 

Ayue akan pilih pembaca blog Ayueidris.com ni seramai 3 orang untuk sama-sama join run ni nanti. Caranya mudah saja.
  1. Follow Instagram @ayueidris | www.instagram.com/ayueidris
  2. Muat naik gambar di instagram dengan gaya aktiviti senaman bersama dengan suami, ahli keluarga atau rakan-rakan anda secara KREATIF bersama hashtag #BeMyReasonShowerRun2016 dan #AyueIdrisGiveaway
  3. Tag Instagram www.instagram.com/ayueidris dan www.instagram.com/shokubutsumalaysia

Ayue akan pilih yang paling kreatif tau. Cepat-cepat join okey? Jom sertai larian Be My Reason Shower Run untuk bersama-sama menjayakan kempen kesedaran payudara. Manalah tau boleh lari sama-sama dengan Beto Kusyairi? Hehe.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Shokubutsu Malaysia




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.