Assalamualaikum. Sejak dah pandai nak makeup ni, Ayue dah jumpa dah makeup yang Ayue suka. NUDE MAKEUP!! Selalunya kita boleh tengok makeup jenis macam ni di inspirasi dari artis Korea. Cantik betul. Nampak natural gitu.
Sebab tu Ayue lebih suka Asian kosmetik berbanding kosmetik barat sebabnya Asian kosmetik lebih sesuai dengan kulit orang asia ni. Makeup pun nipis dan light je berbanding makeup ala barat. Itu pendapat Ayue lah.
Tapi lepas Ayue kenal dengan Physicians Formula, brand dari Amerika yang mula bertapak di Malaysia awal tahun 2016 ni, persepsi Ayue berubah terus. Paling Ayue suka adalah foundation nya yang pekat. Guna sedikit saja dah boleh cover keseluruhan muka.
Physicians Formula ni sesuai untuk wanita bekerjaya yang mencari yang kelihatan sihat, tetapi glamour. Ia bukan saja up to date dan inovatif, malah ia juga direka untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Baru-baru ni Ayue ke Physicians Formula Pre-Launch Beauty Workshop by Watsons. Memang seronok bila dapat cuba pelbagai makeup dari Physicians Formula ni. Dapat belajar macam-macam tips. Kami yang hadir juga diberi sekotak barangan Physicians Formula iaitu Nude Makeup Shimmer Strips yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ogos 2016.
Shimmer Strips All-in-1 Custom Nude Palette for Face & Eyes | RM69.85
OMG. Tengok je palette ni Ayue dah tersenyum dah. Shimmer Strips All-in-1 ni membolehkan anda membuat nude look untuk muka dan mata sekali gus! Semuanya ada 12 warna nude yang ada boleh gna sebagai eye shodow, liners atau campurkan saja semua untuk menjadi bronzer, blush atau highligher. Awesome gila!
Palette ni mempunyai pigmen tulen, adunan yang sempurna dan formula micropearlescent dalam pelbagai jenis warna nude untuk kelihatan Nude look yang sempurna dan tahan lama.
Includes: How-To-Guide, Mirror and Applicators
Shimmer Strips Custom Eye Enhancing Makeup Shadow & Liner Nude Collection | RM63.50
Available in Classic Nude & Warm Nude
Shimmer Strips Custom Eye Enhancing Shadow & Liner, Nude Looks Collection membolehkan anda membuat moden nude eye shadow secara sempurna, tetapi moden dan sophisticated look. Menariknya, tni dihiasi dengan lace hitam yng membuatkannya nampak sangat eksklusif dan sexy. Paling best, palette ni boleh digunakan setaip hari dengan menggabungkan nya dengan pelbagai eyeshadows lain untuk menaikkan lagi seri eye shadows anda.
Mempunyai 9 warna yang membolehkan anda membuat 3 trios Nude look dari siang ke malam, natural ke dramatik! DIsebabkan teksturnya yang silky, anda boleh gunakannya secara kering atau basah.
Guna basah untuk lebih dramatik, warna yang lebih menyerlah dan tahan lama. Boleh guna dijadikan sebagai liners apabila basah. Atau guna secara kering untuk kesan yang lebih lembut.
3 Trios = 3 Looks: Natural, Playful & Dramatic
Includes: Angled Pro-Brush Applicator
Tak sabar Ayue nak buat Nude look menggunakan Nude Makeup Shimmer Strips ni. Mesti semuanya on point! Tunggu okey? Ni antara makeup look yang rakan blogger buat masa beauty workshop tu. Cantik kan?
Kalau anda nak beli Physicians Formula ni di Watsons, boleh gunakan promo code dibawah untuk dapatkan diskaun RM5 (untuk sebarang amaun)
*Tertakluk pada terma & syarat. Sementara stok masih ada. Guna 1 eCoupon untuk satu transaksi.
Promo code : AIS5PF
Expiry date: 30 Sept 2016
Untuk maklumat lanjut tentang Watsons, layari :
Website : http://www.watsons.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/watsonsmalaysia
Untuk maklumat lanjut tentang Physicians Formula, layari :
Website : http://www.estheticsgroup.com/physiciansformula/
Facebook : https://www.facebook.com/PhysiciansFormulaMalaysia/
xoxo,
ALAAA nape rm5 je. nak 20 rgt hehe
ReplyDeletehahah..cukup lah tu. Tak boleh bg liz banyak2 :p
Delete