Assalamualaikum. Untuk solekan minimal, eyeliner memainkan peranan yang sangat penting pada Ayue. Salah satu eyeliner yang menarik perhatian Ayue adalah Kate Tokyo.
Sebagai eyeliner yang paling terkenal di Jepun, Sharp Lock Slim Gel Pencil sekarang dah diperbaharui dengan mata pensil setipis 1.5mm. Menariknya, eyeliner ni tiada cara khusus pun untuk digayakan, tetapi mampu membuat pelbagai gaya solekan. Hebat kan?
Sebenarnya, kalau diikutkan, eyeliner ni merupakan alat solek yang paling asas dan hampir semua wanita memilikinya. Tetapi eyeliner ni lah yang paling sukar sekali untuk digunakan berbanding alat solek lain. Yela, kalau salah lukis sikit, habis rosak semuanya. Betul? Siapa ada pengalaman? Hehe.
Sebab tu Ayue lebih sukakan eyeliner yang sangat nipis dan tipis. Tajam je untuk memudahkan Ayue untuk menggayakannya. Yela, kita bukan pakar kan. Kalau dapat yang halus, senang sikit nak lukis, kalau comot pun tidak ketara.
Kalau anda nak tahu, sebenarnya Kate Tokyo ni dah ada di Malaysia sejak 1998 lagi dan sudah pun mempunyai peminatnya yang tersendiri. Selain eyeliner, antara produk Kate Tokyo adalah eyeshadow, dan Kate lasting Eyebrow.
Masa majlis pelancaran Sharp Lock Slim Gel Pencil di Mid Valley baru-baru ni, Ayue suka sangat tengok gaya solekan yang dikenakan pada model-model yang ada. Nampak stunning! Bukan saja Sharp Lock Slim Gel Pencil yang diperkenalkan, malah Almond Eye Cream dan Mousse BB Cream juga ada.
Produk Kate Tokyo sesuai digunakan dalam cuaca Asia. Kebanyakan produk Kate memang dicipta sesuai dengan cuaca dan keadaan di Asia. Sebab tu jenama Kate makin mendapat tempat di hati wanita kita. Hehe. Ayue dah cuba, memang cantik, senang untuk dilukis dan serius tahan lama!
Oh ya, ada berita baik untuk peminat Kate Tokyo!!
Anda berpeluang memenangi hamper KATE bernilai RM500 setiap satu! Cara dia mudah je, anda hanya perlu :
1) ke roadshow Kate Tokyo di Mid Valley.
2) Cuba eyeliner yang disediakan, tanpa perlu sebarang produk pun!
3) Ambil gambar di photobooth yang disediakan
4) Terima softcopy gambar anda di email anda dan post di Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #wingityourway.
Ya ampun, senangnya nak join!! Tak payah beli pape pulak tu? Roadshow ni hanya sampai 8 Ogos ni saja tau. Jangan lepas peluang pula?
Kesemua produk Kate Tokyo boleh didapati dengan mudah di cawangan Watsons berdekatan anda.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/katemalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/katemalaysia/
xoxo,
kak ayu pinjam batang eyeliner tu hehe nk join contest
ReplyDelete