Sunsilk berwajah baru

05 August 2016

Assalamualaikum. Bak kata orang, rambut ni ibarat mahkota wanita. Apa jua personaliti seseorang, rambut memang memainkan peranan penting dalam keyakinan diri. Bila rambut cantik, kemas dan menawan, kita jadi lagi yakin dengan diri. Betul?

Wanita berhijab pun sama. Macam Ayue, walaupun rambut ni berada dalam tudung hampir 12jam sehari, penjagaan rambut tu sangat penting. Mentang-mentang pakai tudung, takkan nak biar rambut dalam tu kusut masai kan? Masam berbau pula. Dari jauh orang dah boleh hidu bau rambut kita. Malunya.

Sebab itu produk penjagaan rambut yang kita pilih mesti lah sesuai dengan rambut kita. Jangam main hentam ikut orang, tapi sebenarnya shampoo tu tak sesuai dengan kita. Jenama yang mahal pun belum tentu sesuai dengan diri anda tau.


Baru-baru ni shampoo yang terkenal di Malaysia, Sunsilk melancarkan semula lapan (8) varian utama produk penjagaan rambutnya, dengan memperkenalkan formula dan rupa bentuk yang terbaru. Bukan botol saja yang makin cantik, tapi formulasi kandungannya juga ditambah baik dengan teknologi terkini iaitu diperkaya dengan protein, vitamin dan minyak semula jadi yang berkhasiat dan berkesan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut yang berlainan.



Masa pelancaran, Ayue sempat menjawab soalan tentang rambut Ayue dan variasi yang sesuai dengan rambut dan personaliti Ayue adalah Lively Clean & Freash (Hijau). Kebetulan Ayue memang sukakan bau yang ini berbanding yang lain. Macam-macam juga booth yang disediakan di majlis pelancaran ni. Hampir kesemuanya Ayue cuba tau.




Lagu Persaudaraan Sunsilk berjudul Sisters Forever, juga telah dipersembahkan di majlis pelancaran, buat pertama kali, oleh empat bintang Malaysia yang sedang mencipta nama. Najwa Latif, Daiyan Trisha, Lizz Chloe dan Jestinna Kuan. Comel sangat diorang tu nyanyi sama-sama. Sisters Forever ni merupakan cara jenama memperkasakan anak-anak gadis dengan lagu yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan rapat.


Smooth & Manageable (Pink)
Dicipta bersama pakar rambut licin dan lurus Jepun, Yuko Yamashita. Sunsilk Smooth & Manageable mengandungi teknologi Flexi shield untuk ‘menjinakkan’ rambut kerinting yang meremang dan melindunginya daripada kekerasan cuaca. Adunan lima minyak semula jadi menyuburkan rambut anda secara rapi, menjadikannya lebih lembut mudah diurus dan terpelihara bentuknya.


Lively Clean & Fresh (Hijau)
Dicipta bersama pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia, Dr.Francesa Fusco, Sunsilk Lively Clean & Fresh yang diperkaya dengan Sitrus Vitamin untuk menghilangkan sebum berlebihan. Khas buat kaum Hawa yang bertudung dan yang memiliki rambut biasa hingga berminyak, varian ini menjanjikan rasa bersihdansegarberkekalan.


Anti-Dandruff (Biru)
Dicipta bersama pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia, Dr. Francesa Fusco, Sunsilk Anti-Dandruff diperkaya dengan Zink Pirithiona danSitrus untuk membersihkan kulit kepala dan melenyapkan kelemumur. Varian ini melindungi kulit kepala daripada kekeringan dan membantu memulihkan kulit kepala agar bebas daripada kelemumur* dan melicinkan rambut.
*tiada kelemumur kelihatan dengan penggunaan kerap.


Hair Fall Solution (Emas)
Dicipta bersama pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia, Dr. Francesca Fusco, Sunsilk Hair Fall Solution mengandungiKompleks Vitamin Soyayang menyuburkan rambut dari dalam untuk menangani masalah rambut putus. Sunsilk Hair Fall Solution memperkuat rambut dari akar hingga ke hujung untuk melawan keguguran rambut*.
*akibat rambut putus, berdasarkan ujian makmal berbanding syampu tanpa perapi.


Soft & Smooth (Kuning)
Dicipta bersama pakar rambut kering dan rosak, Thomas Taw, Sunsilk Soft & Smooth dirumus dengan Teknologi ‘Moisture-Lock’ dan mengandungi adunan lima minyak semula jadi. Sesuai untuk rambut kering, varian ini menyuburkan dan menyihatkan rambut,dan memastikan semua orang boleh memiliki rambut bermaya, lembut dan licin.


Damage Restore (Oren)
Dicipta bersama pakar rambut kering dan rosak, Thomas Taw, Sunsilk Damage Restore mengandungi Kalsium dan Keratin untuk memulihkan kerosakan rambut anda, mencegah kejadian rambut bercabang. Sesuai untuk rambut rosak yang bercabang, varian ini membaikpulih rambut rosak dari penggunaan pertama*.
*Berdasarkan ujian makmal ke atas penyikatan rambut, kelembutan dan pengurangan rambut putus, dengan penggunaan sistem berbanding syampu tanpa perapi.


Perfect Straight (Ungu)
Dicipta bersama pakar rambut licin dan lurus Jepun, Yuko Yamashita, Perfect Straight memastikan anda tidak perlu lagi risau akan rambut mengerbang.Sunsilk Perfect Straight dirumus dengan Teknologi ‘Straight Lock’ dan Protein Sutera untuk rambut lurus dan bermaya.


Black Shine (Hitam)
Dicipta bersama pakar pengilauan rambut, Jamal Hammadi, Sunsilk Black Shine mengandungi kelebihan Kompleks Inai dan Teknologi ‘Diamond Shine’. Varian ini memulihkan rambut kusam dan membolehkan anda memiliki rambut hitam yang sihat bersinar.

Dah tengok dah variasi yang mana satu menjadi pilihan anda untuk memiliki rambut yang sihat dan cantik menawan. Walaupun kita sibuk, dengan kekangan masa dan cuaca panas dan lembap di Malaysia, Sunsilk ada jalan penyelesaian dia. Setiap variasi ada kelebihan masing-masing. 


Anda suka yang mana satu?



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. salam .. nice post kak , informative and very detail, sye sedang simpan rambut dan saya lelaki .. rambut agak kerinting dan kasar , lebih kurang rambut aweera hihihi .. shampoo pink tu terbaik tak pada akak untuk saya pakai ??? sebab tak pernah berambut panjang, adik2 perempuan pulak semua rambut lurus , diorang suruh cari shampoo yang sesuai .. biasalah , lelaki mana reti sangat bab2 rambut panjang ni .. kalau ada suggestion , share la skit :D

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.