Hapuskan masalah jeragat tebal dengan Set De'Wajah

29 September 2016

Assalamualaikum. Selain dari jerawat, masalah kulit muka yang paling ramai wanita di Malaysia hadapi adalah masalah jeragat. Sudah betul nak hilangkan tompok-tompok jeragat tu kan? Ada yang dah cuba macam-macam produk, tapi masih tak berkesan. Jangan risau, apa kata anda try pula set De'Wajah?


Rangkaian penjagaan wajah De’Wajah diformulasikan untuk membantu kulit yang bermasalah seperti jerawat dan sensitif agar berubah tampak lebih berseri. Ayue faham, kadang-kadang bila kita ada masalah di bahagian kulit muka, boleh moody seminggu dibuatnya. Apatah lagi yang ada masalah jeragat kan. Ayue pernah dengar yang jeragat ni tak boleh hilang dan akan kekal selamanya di kulit. Mitos semua tu!

Untuk anda yang berkulit kusam dan berjeragat tebal, boleh cuba set De'Wajah ni okey. Sesuai untuk kulit normal/kering.


Okey, meh Ayue nak terangkan satu persatu produk yang ada dalam set 5 dalam 1 ni ya?


Set 5 dalam 1 De'Wajah

Sabun muka | Harga: RM40.00 (130ml)/RM125.00 (500ml)
Pencuci Muka AHA & Vitamin E (Untuk kulit normal). Sesuai untuk kulit normal dan kering dan turut member kelembutan dan kesegaran pada kulit seharian.


Susu pembersih | Harga: RM35.00 (200ml)/RM90.00 (500ml)
Menanggalkan make-up dengan lebih mudah dan berkesan sambil melembutkan kulit muka dan turut mengimbangi PH dan Asid.



Toner | Harga: RM30.00 (200ml)/RM85.00 (500ml)
Penyegar Kulit Normal  ini bertindak memberi kesegaran dan kelembutan pada wajah anda sepanjang hari sambil mencerahkannya.



Sunblock - Day Cream (Normal) | Harga: RM60.00 (10gm)/RM130.00 (30gm)

Sesuai untuk kulit biasa dan kering. Pati bunga-bungaan (kuning) dan perlindungan UV yang ada di dalamnya dapat melembapkan dan melindungi kulit dari selaran mentari. Kaya dengan vitamin E dan C. Dengan pati buah-buahan AHA & UV (merah). Perlindungan UV De’Wajah bertindak sebagai sunblock dan foundation bagi mengekalkan keseimbangan dan kelembapan. Kulit menjadi lebih lembut dan halus, mengurangkan rengsaan kulit.



Nightcream - Beauty Cream | Harga: RM60.00 (10gm)/RM130.00 (30gm)


Anda akan mengalami sedikit pengelupasan tanpa rasa perit ketika krim bertindak menanggalkan sel-sel mati dan menggantikannya dengan yang baru. Merawat dan memulihkan untuk semua masalah kulit. 



Langkah-langkah menggunakan Set De'Wajah

1) Susu pembersih - Letakkan sedikit di tapak tangan, basahkan dengan air, gosok dengan tapak tangan dan urut muka selama 2 minit dan bilas bersih. Bagi kulit berminyak dan berjerawat, gunakan hanya 2kali seminggu.

2) Sabun muka - Gunakan 3kali sehari, pagi, tengahari atau petang dan malam atau cuci muka apabila rasa perlu. Letakkan sedikit pada tapak tgn, buih kan, sapu dan urut sedikit pada muka secara merata dan bilas bersih.

3) Toner - Gunakan penyegar setiap kali selepas mencuci muka dengan sabun muka. Pupukkan toner/ penyegar pada kapas, tekapkan pada keseluruh wajah, tepukkan wajah dengan jari agar ia menyerap ke kulit dan biar ia kering sendiri.

4) Sunblock (Day Cream) - Gunakan selepas menyapukan Penyegar Jerawat pd wajah. Gunakan setiap hari (apabila keluar rumah) pada waktu siang untuk mengelakkan kulit dari sinar UV terus ke wajah.

5) Nightcream (Beauty Cream) - Gunakan pada setiap malam, selepas penggunaan penyegar/toner. Ambil sedikit krim di hujung jari, letakkan secalit di dahi, pipi dan dagu kemudian ratakan keseluruh wajah kecuali lingkaran sekitar mata. Selepas menyapukan krim, tidak perlu bilas dan terus boleh di bawa tidur.



Kesan Penggunaan :

1 minggu pertama
Jika anda pakai set ni secara konsisten, kulit memang akan menggelupas sedikit. Tapi jangan risau, ia hanya pengelupasan halus saja. Pengelupasan tu untuk mengeringkan dan membuang jeragat dan pigment pada permukaan kulit anda. Jangan digosok-gosok pula kulit tu mempercepatkan proses pengelupasan tau. 

Waktu ni anda boleh lebihkan penggunaan susu pembersih. Susu ni untuk meneutralizekan semula kulit dan melembutkannya supaya kulit yang menggelupas tu akan tanggal secara natural. Kulit anda akan lebih fresh, bersih, lembut dan halus lepas proses pengelupasan tu.


1 bulan berikutnya
Kulit anda akan semakin serasi dengan produk. Teruskan pemakaian secara konsisten sehingga semua pigment, jeragat dan bekas parut yang lain hilang. Pada tahap ni masih akan berlaku proses pengelupasan. Ingat, jangan diusik atau garu ya.

Jika anda rasa tidak selesa dengan kulit menggelupas, boleh guna susu untuk melembapkan kulit muka anda. Jika perlu, boleh gunakan pelembap atau essence untuk melembapkan lagi kulit anda supaya pengelupasan tu tidak ketara kelihatan.


2-3 bulan berikutnya
Pada tahap ini, anda akan rasa semakin selesa menggunakan produk ni. Kulit semakin serasi dengan produk. Kulit akan kurang menggelupas sebab dah banyak sel kulit mati dan jeragat yang ditanggalkan. Anda sudah boleh kurangkan pemakaian nightcream daripada setiap malam kepada 3-4 kali saja seminggu.

Tapi produk lain seperti sabun, toner dan daycream masih perlu dipakai seperti biasa sebagai regime pengjagaan kulit muka harian. Semasa proses pemulihan kulit, elakkan dari berjemur di tengah panas matahari. Pastikan anda menggunakan daycream lebih sedikit dari biasa jika terpaksa berjemur ya.


Kalau anda teringin nak cuba set De'Wajah ni, boleh hubungi :
Hotline : 03-5511 8519
Whatsapp 1 : 019-317 8007 
Whatsapp 2 : 019-2028 983 
Whatsapp 3 : 016-2250 686 


Untuk maklumat lanjut boleh layari :
FB 1 : De'Wajah HQ 
FB 2 : De'Wajah Online 
Instagram : @dewajah_online
Web: www.dewajah.net



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. nampak branded packing dia...de wajah ni kira dah lama juga dalam industi

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.