Kad Kahwin | Tempah atau DIY?

30 September 2016

Assalamualaikum. Salah satu benda yang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting dalam sesuatu majlis perkahwinan adalah KAD KAHWIN. Kalau takda kad, macam mana nak menjemput ye tak? Persoalannya, nak tempah kad kahwin hingga habis beribu ringgit atau DIY saja?


DIY kad kahwin

Sumber : Google

Pada pendapat Ayue, ada dua perkara yang perlu diambil berat bila anda nak DIY kad kahwin. Pertama, anda perlu kreatif. Hehe, kalau dah kreatif, pusing kot mana pun, mesti kad tu jadi cantik. Kadang-kadang tak perlu pun kreatif, google dah berlambak contoh kad kahwin DIY, tinggal anda untuk ubah nama dan print saja. Janji siap. 

Tapi, kalau anda tiada perkara kedua ni, MASA, tak payah la susah-susah nak DIY bagai. tempah saja di kedai okey? Jangan nanti bila tiba masa, kad kahwin belum siap! Kalau rasa nak tempah design dengan Ayue pun boleh juga, takda masalah :)

Selalunya tujuan utama bakal pengantin mengambil keputusan untuk DIY sendiri kad kahwinnya kerana bajet. Bila buat kad kahwin sendiri, banyak bajet boleh save tau. Antaranya buat kad kahwin menggunakan kertas kraft, sekeping hanya 15sen termasuk sampul! Jimatkan?


Tempah kad kahwin

Sumber : rekacetak2u.blogspot.com

Untuk anda yang nak tempah kad kahwin pula, Ayue mohon elakkan lah pembaziran. Anda tempah kad mahal-mahal, sudahnya ke tong sampah juga. Jarang dah orang nak simpan kad kahwin sekrang ni. Lain lah kad yang anda tempah tu rupa dia macam kad bawah ni. Kalau macam ni nak buang pun fikir 10 kali sebab cantik sangat. Silap-silap bole recycle buat kad lain. Hehe. 



Sekarang ni banyak sangat printing service yang murah dan berbaloi. Pastikan anda pilih kedai yang dipercayai ya. Google dulu review orang ramai tentang kedai dan service yang ditawarkan. Jangan masa offer mulut manis, bila sampai masa habuk pun takda. Jadi macam kawan Ayue ni, lagi seminggu nak kahwin pun kad belum siap! Sudahnya dia terpaksa print di kedai biasa dengan kertas biasa. Alahai, kesiannya. Ingat tu ya wahai bakal pengantin sekalian?

Sebenarnya malam ni Ayue nak buat entry lain, tapi sudahnya ini yang Ayue taip. Maklum lah, kenduri tinggal lagi 2 bulan. Kepala tak boleh nak fokus buat benda lain kecuali hal kenduri. Hehe. Okey lah, Ayue nak sambung menaip entry lain.



Till then,  

post signature

Join the conversation!

  1. Yup setujuuuu
    xperlu mahal2 sgt nnt ke 'cik pah' jg akhirnya hihi

    DIY je boleh jimat (^_^)
    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/07/diy-kad-kahwin.html

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.