Assalamualaikum. Bulan Oktober memang terkenal dengan bulan untuk wanita, bulan kesedaran kanser payudara. Semua wanita paling takut dengan penyakit yang ini termasuklah Ayue. Kanser payudara merupakan pembunuh no 1 wanita tau.
Be My Reason Shower Run dari Shokubutsu ni merupakan program yang diadakan untuk memberi sokongan terhadap kempen pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi. Yelah, ramai wanita yang ambil mudah tentang perkara ni, padahal benda ni lah paling penting sekali untuk dibuat supaya sebarang perubahan pada payudara kita dapat dikesan dari awal.
1,500 participants ran at Be My Reason Shower Run to support breast self check during shower campaign |
Sebenarnya Ayue dah bangun awal pagi dah untuk join larian ni. Excited sangat tau. Tapi Ayue masa bangun tu kepala Ayue ni berat rasa nak pecah, mungkin sebab dah beberapa hari Ayue tidur hanya 3-4jam. Jadi Ayue terpaksa batalkan ni Ayue nak ke larian tu. Sedih sangat bila tengok gambar kawan-kawan yang seronok lari tau.
Tapi takpalah, Ayue nak share juga dengan anda apa yang menariknya di Be My Reason Shower Run dari Shokubutsu ya. Comel je semuanya bila pakai baju warna pink. Hehe.
Participants flood the run in pink to raise awareness on taking action for early detection |
Acara Larian Be My Reason Shower Run ini dianjurkan oleh Shokubutsu, jenama krim mandian terkemuka di Malaysia, bagi menggalakkan wanita dan lelaki dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Ini merupakan tahun ke-2, jenama Shokubutsu mengadakan kempen Pengesanan Awal Kanser Payudara, dimana ia adalah sambungan daripada siri jelajah yang telah pun berlangsung tahun lepas.
Ada yang siap datang dengan pelbagai aksesori tau sebab ada pertandingan best dress. Kreatif juga masing-masing.
Some Be My Reason Shower runners came creatively dressed |
Tak kira lelaki ke perempuan, masing-masing Ayue tengok enjoy dengan larian ni. Ayue kagum dengan para lelaki yang datang bersama isteri mereka untuk support kempen kesedaran kanser payudara ni.
Couples were seen running hand in hand at the Be My Reason Shower Run for Breast Cancer awareness |
Berinspirasikan tema mandian, peserta-peserta secara amnya akan dihujani dengan buih-buih serta pancuran air di penghujung larian, selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Selain daripada larian yang menggalakkan peserta untuk berlari dengan orang-orang tersayang, Be My Reason Shower Run turut mengadakan aktiviti riadah lain seperti senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronakkan lain yang dapat dinikmati bersama yang tersayang yang pastinya menjadi sebab utama untuk mempraktis pemeriksaan payu dara sendiri terutamanya ketika mandi ini.
Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.
Renowned Malaysian actor Beto Kusyairy and wife Tisha Shahar lent weight to support breast self-check during shower |
Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.
Representatives from NSCM receiving the mock cheque from Southern Lion management |
Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.
Rugi betul rasanya Ayue tak join larian tahun ni. InsyaAllah kalau ada lagi tahun depan. Ayue mesti takkan lepaskan peluang lagi. Wajib tidur awal. Hehe.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia
xoxo,
jalan jalan sni har dok cari info pasai run ni hehe sbb kt join bkn sbg media! hahahha boleh jugak
ReplyDeletehaha kak suzai sebagai peserta. hebat tuuu hahaha bkn senang nk dpt fashion blogger hadir running2 ni kan kak ayue
ReplyDelete