Ilm Arts Festival 2016 - Mind Games | Pamer keindahan islam menerusi seni

17 October 2016

Assalamualaikum. Anda buat apa hujung minggu ni? Jom ikut Ayue ke Ilm Arts Festival 2016? Ayue dah pergi ke festival ni tahun lepas, memang berbaloi dan banyak sangat input yang Ayue dapat. Tahun ni mesti lah tak nak lepas peluang juga kan. Rugi tau!


Untuk anda yang tak tahu tu, Ilm Arts Festival ni sebenarnya merupakan perhimpunan terbesar bakat-bakat Islam di seluruh dunia di bawah satu bumbung dari pelbagai bidang untuk berkongsi bakat dan pengalaman mereka dengan cara masing – masing.

Ilm Arts Festival tujuannya adalah untuk mempamerkan kepada kita tentang keindahan islam menerusi seni. Seni ni luas, semua orang sukakan seni. Seni bukan saja melalui perkataan, malah seni juga boleh melalui puisi, fotografi, komik, lukisan grafiti, nasyid, komedi dan macam-macam lagi lah. Ayue pasti setiap orang ada minat seninya yang tersendiri. Macam Ayue, Ayue suka nasyid, puisi dan kata-kata.

Mizz Nina

Untuk tahun ini, artis-artis yang hadir tidak kurang hebatnya dari tahun lepas. Malah ada juga artis dari negara kita sendiri yang turut serta dalam festival ni seperti Muadz Dzulkefly, dan Mizz Nina, Shazet Sounds. Mizz Nina ni salah seorang dari idol Ayue tau. Ayue kagum sangat dengan transformasi dia. Bukan senang ya nak tekad dan kuat semangat macam Mizz Nina ni. 

Jumlah keseluruhan artis yang akan turut serta dalam festival ini adalah 21 orang dari pelbagai negara. Antaranya 

  • Aman Ali, Storyteller
  • Karim Jabbari, Artist – Light Painter
  • Belal Khaled, Calligrapher
  • Mariah Idrissi, Model
  • Omar Suleiman, Speaker
  • Aerosol Ali, Graffiti Artist
  • Muslim Belal, Spoken Word
  • Sara Saleh, Creative Artist
  • Yahya Ibrahim, Imam
  • Edris Khamissa, Public Speaker
  • Faisal Salah, R&B
  • Nour Abou-zeid, MC/Host
  • Essam Muhammad, Rapper
  • Mizz Nina, Designer & Singer
  • Daood Butt, Counselor
  • Castillo, Nasheed
  • Shazet, Beatboxer
  • Martin Travers, Visual Artist
  • Anita Rai, Singer
  • Muadz Dzulkefly, Nasheed

Yang mana satu artis pilihan anda? Kalau Ayue, tahun ni Ayue teringin sangat nak tengok :

Castillo - Penyanyi nasyid, pencipta lagu, komposer dari UK. Uniknya Castillo ni, dia sampaikan nasyid urban, moden yang sesuai dengan citarasa generasi muda.

Muslim Belal - Pelakon, penulis skrip, dan penyair yang berjaya buat hati Ayue tersentuh tahun lepas.

Aerosol Ali - Pelukis grafiti yang sangat berbakat, terkenal dengan menggabungkan seni jalanan dengan skrip dan corak Islam.

Karim Jabbari - Pelukis kaligrafi Arab dan seni jalanan. Beliau merupakan artis kaligrafi cahaya yang terbaik di seluru dunia.





Ini antara yang Ayue nak sangat tengok lah. Tapi ada juga artis-artis lain yang mungkin menarik minat anda seperti Sara Saleh, Faisal Salah dan Mariah Idrissi. Ayue tertarik juga nak tau apa yang Mariah Idrissi ingin sampaikan. Untuk anda yang tidak tahu, Mariah Idrissi ni merupakan model fesyen muslimah dari H&M tau. 


Tahun lepas sampai menangis-nangis Ayue tersentuh dengan persembahan mereka terutamanya persembahan "The Coffin" dari Aerosol Ali. Sangat terkesan dalam hati Ayue. Persembahan yang mengingatkan kita tentang kematian. Ayue pasti tahun ni pasti lagi menarik persembahannya.

Venue: iM4U Sentral, Puchong
Date: Saturday, 22nd October 2016
Time: 10am-7.30PM
Tickets: From RM50

Anda yang berminat nak tengok sendiri personaliti terkenal Islam di dunia ni membuat persembahan, maklumat lanjut dan tempahan tiket di :




For enquiries, please get in touch:
T: +603 4141 5896
M: +6017 209 2419


Jumpa nanti! 



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.