Masalah rambut kering dan hujung bercabang hilang dengan TESCOM Beauty Collagen Hair Dryer

30 October 2016

Assalamualaikum. Rambut ni ibarat mahkota wanita. Setiap wanita mesti nak rambut dia cantik dan sihat walaupun wanita tu berhijab termasuklah Ayue. Cuma kadang-kadang bila nak keluar, dan rambut Ayue masih basah, Ayue akan gunakan hair dryer yang biasa tu. Kesan dia, rambut Ayue jadi kering. Stress betul.

Anda tahu tak sekarang ni dekat Malaysia dah ada pengering rambut yang siap ada Beauty Collagen macam dekat Jepun tu? Haa, baru-baru ni Ayue ke event TESCOM Beauty Collagen Hair Dryer. Kalau anda nak tahu, TESCOM ni merupakan syarikat pengering rambut yang famous dekat Jepun tau. Banyak salon dekat Jepun yang gunakan produk mereka sebab ketahanannya, keselamatan dan mampu buat rambut jadi sihat dan berkilat,


Dalam banyak-banyak produk TESCOM, Ayue berkenan yang produk utama mereka iaitu Beauty Collagen Hair Dryer ni sebabnya ia direka khas untuk menggalakkan pertumbuhan rambut sihat dan siap boleh melindungi kulit kepala dengan teknologi unik Beauty Collagen nya. Yela, bukan senang nak jaga rambut dengan gaya hidup kita sekarang kan.


Untuk mereka yang free hair, mereka akan tertedah kepada sinaran UV merbahaya yang boleh menyebabkan rambut mereka kehilangan protein dan berubah warna. Manakala yang selalu mewarnakan rambut pula, mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis bahan kimia yang membuatkan rambut mereka rosak dan rapuh. 

Bukan tu je, kita yang bekerja di pejabat ni pun apa kurangnya. Rambut akan terdedah kepada persekitaran yang tidak baik seperti air-cond yang boleh menyebabkan kulit kepala kita jadi kering dan rambut hilang kelembapan. Susah juga nak jaga rambut ni kan? Mana-mana pergi pun bahaya.


Sebab masalah-masalah macam ni lah Beauty Collagen Hair Dryer sangat popular di Jepun. Teknologi Beauty Collagen nya mempunyai 2 elemen iaitu kolagen dan ion negatif yang berfungsi untuk :

  • Membuat satu lapisan perlindungan untuk membantu mengekalkan kelembapan ke dalam kutikel rambut
  • Mengurangkan kerosakan dari UV yang merbahaya
  • Mengurangkan lebihan sebum ke atas kulit kepala untuk memastikan rambut anjal, berkilat dan sihat


Apa Beauty Collagen dan Ion Negatif tu?


Beauty Collagen
Beauty Collagen merupakan protein yang terbanyak dalam badan manusia yang terdapat pada kulit, rambut dan kuku. Kebaikan kolagen pada kulit adalah untuk memberi kekuatan dan keanjalan. Begitu juga rambut. Setiap helai rambut kita diseliputi dengan kolagen. Bila rambut mula kehilangan kolagen, ia akan menyebabkan rambut menjadi kering, kerinting dan hujung bercabang.

Ion Negatif
Apabila rambut rosak dan terlalu kering, kutikel akan terkopek dan rambut akan hilang kelembapan. Ion Negatif ni berfungsi untuk mengurangkan elektrik statik dan melembapkan rambut. Rambut akan berkilat, lebut dan seperti sutera.


Kelebihan Beauty Collagen Hair Dryer

1) Mempunyai Beauty Collagen yang akan memasuki kutikel rambut dengan cepat dan dalam untuk mengawal kelembapan dan membentuk satu lapisan untuk melindungi rambut.


2) Mengekalkan warna rambut yang baru diwarna sehingga 21 hari.

3) Melindungi kulit kepala dengan Scalp Care option. Sebum yang berlebihan akan menyebabkan kulit kepala berminyak, kulat dan bakteria tumbuh dan menyebabkan kelemumur dan gatal. Pasangkan scalp care option untuk mengekalkan suhu pada 60 degree supaya dapat membantu mengurangkan lebihan sebum pada kulit kepala dan tidak berminyak.


4) Lindungi rambut dan sinaran UV merbahaya. Pendedahan rambut kepada matahari yang berlebihan akan menyebabkan rambut menjadi kering, rosak, dan kerinting. Dengan adanya beauty collagen, ia akan membuat satu lapisan untuk melingungi rambut dari sinaran UV merbahaya.



Ayue suka gila dengan design hair dryer ni. Nampak sangat elegan dan smart. Warna dia pula macam slightly gold gitu. Macam tau-tau je Ayue suka gold kan? Hehe. 


Okey, jom tengok ciri-ciri Beauty Collagen Hair Dryer yang super awesome ni ya.



Beauty Collagen
Double outlet untuk mengeluarkan Beauty Collagen. Dengan kegunaan sehari 2 kali, ia perlu ditukar setiap 2 tahun untuk memastikan ia masih berfungsi. 




Adjustable Negative Ion Negative Output
Ion negatif yang boleh dilaras dari tinggi (Biru) ke rendah (merah). Ubah jumlah ion negatif bergantung kepadakeadaan rambut dan cuaca.



Selectable Blow Speed
Mempunyai 3 speed setting untuk mengawal kelajuan angin iaitu Turbo, Dry dan Care. Rambut 



Scalp Care Temperature Control
Mempunyai 2 switch kawalan suhu iaitu Hot (Panas) dan Cold (Sejuk). Mampu mengekalkan suhu pada 60 degree untuk mengelakkan rambut dan kulit kepala dari terlalu panas. Manakala suhu rendah pula membantu mencegah perubahan warna rambut dan melindunginya sehingga 3 minggu.



Detachable Inlet Mesh
Jaring mengawal habuk yang boleh dibuka dan dibasuh.



Collagen Box Cover
Tempat menyimpan collagen untuk mengeluarkan collagen



Nampak tak betapa uniknya Beauty Collagen Hair Dryer ni. Bukan saja ada beauty collagen, tapi ada juga ciri-ciri lain yang membezakannya dari hair dryer biasa. Paling Ayue suka adalah Scalp Care Temperature Control tu sebab Ayue memang ada masalah kulit kepala. Kadang-kadang terlalu berminyak. Rimas Ayue dibuatnya. Dengan adanya beauty collagen dan suhu penjagan kulit kepala ni, dapatlah kurangkan lebihan sebum tu. Yeay!

Tengok rambut Fish ni, cantik kan lepas guna Beauty Collagen Hair Dryer.


Ayue dah guna dan Ayue memang suka sangat dengan Beauty Collagen Hair Dryer tau. Seriously lain daripada yang lain. Anda kalau nak juga, TESCOM Beauty Collagen Hair Dryer ni boleh didapati secara eksklusif di Superbuy.my dengan harga pengenalan RM499.99 (Harga biasa RM599).

Untuk pelanggan Maybank2U, dengan setiap pembelian, anda akan menerima hadiah istimewa dari Superbuy.my. Boleh juga didapati di TouchPoint (kedai dimana pembeli membeli di Superbuy.my) dan memilih untuk mengambilnya sendiri. Cepat-cepat beli tau?!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari : 



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.