Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu jaga kawasan intim wanita

11 October 2016

Assalamualaikum. Semalam Ayue ada baca satu kisah di FB tentang satu pesawat ni yang terpaksa mendarat secara kecemasan selepas penumpang didalamnya tidak tahan dengan bau vagina seorang wanita yang terlalu busuk seperti bangkai.

Allahu, tak dapat Ayue bayangkan macamlah agaknya kehidupan wanita tu. Tahu tak kawasan intim merupakan bahagian paling penting untuk seorang wanita menjaga kebersihannya. Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut.

Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Jadi macam mana anda wanita diluar sana menjaga aset penting kita ni? Sebelum ni memang Ayue mengaku yang Ayue hanya menggunakan air untuk menjaga kawasan intim. Tapi lepas Ayue menggunakan Sumber Ayu, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih, Ayue rasa lebih yakin dan lebih bersih.


Sebenarnya Ayue tak berani nak cuci kawasan intim dengan sebarang produk yang Ayue tidak yakin, tapi dengan Sumber Ayu, Ayue berani sebab Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Malah ia juga di perakui Halal oleh JAKIM tau. jadi anda tak perlu lah risau untuk menggunakannya.



Sekarang ni Sumber Ayu tampil dengan wajah baru, lebih segar lebih sofistikated dan lebih menarik. Ada enam wangian yang menarik dan pelbagai untuk anda pilih mengikut kesesuaian anda.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Mawar
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Floral
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Musk
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Fruity
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Favorite Ayue? Mawar lah, apa lagi. Hehe. Anda pula yang mana satu?


Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Produk-produk Sumber Ayu kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.