Pemenang Anugerah Pilihan Pengguna Guardian (PCA) 2016

11 October 2016

Assalamualaikum. Ingat lagi Ayue pernah cerita dulu tentang Guardian Peple's Choice Award 2016? Ayue ada juga ambil bahagian tau. Alhamdulillah, Ayue langsung tak jangka yang Ayue salah seorang pemenang di antara rakan media. Excited habis okey!

Minggu lepas Ayue dijemput hadir ke majlis pengumuman para pemenang Anugerah Pilihan Pengguna Guardian (PCA) 2016! Bersempena sambutan Ulangtahun ke -49 Guardian, Guardian PCA 2016 mengumpulkan jenama-jenama terunggul di bawah satu bumbung bagi menerima anugerah untuk produk-produk hebat merangkumi penjagaan peribadi hingga ke kosmetik dan penjagaan kesihatan serta manisan.

The happy faces of the L'oreal team

Matlamat Anugerah Pilihan Pengguna adalah untuk menganugerahkan produk-produk yang telah melampaui batasan inovasi dan kualiti produk di samping menyediakan platform untuk para pengguna berkongsi produk kegemaran mereka di kalangan pelbagai jenama di pasaran. Selain daripada pengiktirafan ke atas jenama dan produk terungguk di Malaysia, peraduan ini juga membantu meningkatkan integriti jenama kerana pemilik jenama akan sentiasa berusaha memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. 

Photo box provided some fun for the guests

Bloggers strike a pose at the Guardian PCA Night 2016

Meriah betul malam tu dengan pelbagai persembahan dan lucky draw. Dengan dinner fine diningnya membuatkan majlis malam tu jadi sangat eksklusif. Persembahan malam tu dimulai dengan persembahan pembukaan oleh pemain biola elektrik berbakat Dennis Lau, yang mempesonakan para hadirin dengan kemahiran serta kesenian muzik beliau. 

Violinist Dennis Lau opening the night with an electrifying performance

Selain daripada menganugerahkan Anugerah Pilihan Pengguna kepada pemenang, jenama terkemuka turut diiktiraf atas kejayaan luarbiasa dengan anugerah Pengiktirafan Khas Guardian. GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. terbukti sebagai petanding tahun ini dan telah menerima anugerah Pembekal Terbaik untuk Penjagaan Peribadi serta anugerah ulung Pembekal Terbaik Keseluruhan. Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd, yang terkenal untuk penyediaan rangkaian terbaik makanan tambahan berkhasiat di pasaran telah membawa pulang anugerah Pembekal Terbaik untuk Kesihatan. Anugerah Pembekal Terbaik untuk Kecantikan telah dimenangi oleh juara bertahan, Ginvera Marketing Ent. Sdn. Bhd. Masih kekal di ingatan dan hati orang ramai, anugerah Inovasi Terbaik telah dimenangi oleh Reckitt Benckiser (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk Dettol.

Ms Anna Hull, Merchandising Director, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd awarding the Best Supplier Personal Care award to Mr Ralph Julius G. Villanueva, Key Account Manager Consumer Healthcare for GlaxxoSmithKline

Syarikat-syarikat besar dalam industri kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal menerima penghargaan untuk produk paling popular, di mana pemenang kategori membawa pulang trofi Anugerah Guardian PCA.

The stage set up for the fabulous night

Memasuki tahun ke-16, Guardian memperkukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan terunggul di Malaysia dengan memperkenalkan sistem pengundian berasaskan dalam talian baharu untuk Anugerah Pilihan Pengguna. Sistem ini membolehkan akses mudah dan ringkas untuk orang ramai membuat undian dalam 57 kategori penyertaan, di mana peserta dengan padanan paling tepat akan memenangi hadiah mingguan yang menakjubkan! 

Peraduan ini telah berlangsung dari 28 April hingga 25 Mei 2016 dan mengetengahkan hampir 250 buah produk daripada jenama-jenama terkenal seperti Maybelline, Johnson & Johnson, Nivea, dan banyak lagi.

Bukan tu je, Guardian sekarang sedang menganjurkan peraduan Menangi Sebuah Rumah di mana pemenang bertuah Hadiah Perdana akan menerima sebuah rumah kembar dua tingkat di Eurema, D’Mayang Sari oleh Seri Pajam bernilai RM489,000 serta produk Guardian bernilai RM9,000 untuk menyerikan kediaman baharunya! Peraduan ini berlangsung dari 28hb Julai hingga 28 September.

Tahniah pada kesemua pemenang!


Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Pilihan Pengguna Guardian, sila layari www.guardian.com.my.



xoxo,

Join the conversation!

  1. Xsempat nk join contest guardian hr tu haish klu x manatau rezeki dpt sebiji rumah hehe

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.