Produk berkualiti dan lebih jimat dengan Watsons Switch & Save

12 October 2016

Assalamualaikum. Selalunya bila nak beli barang, ada macam jenis gelagat manusia yang kita boleh lihat. Ada yang tak kisah bayar mahal, janji kualiti tinggi. Ada pula yang nak bayar murah saja janji dapat produk yang seakan-akan sama tapi tidak berkualiti. Anda pula macam jenis yang macam mana?

Ayue ni jenis yang suka survey dulu sebelum beli barang. Ayue akan survey sampai alah Ayue puas hati dengan harga dan kualiti barang tersebut. Selalunya Ayue akan cari yang kualiti tinggi, tapi dengan harga yang murah dari harga pasaran. Susah juga sebenarnya sebab kat situ je masa dah banyak habis kan. Tapi itulah hakikatnya sekarang ni, dengan ekonomi yang terlalu teruk, kita wajib berjimat cermat.

Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia (4th from right), Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (3rd from left) with Watsons celebrity friends at the launch of Switch and Save campaign with Watsons Brand.

Alhamdulillah untuk produk kecantikan dan kesihatan, Ayue tak risau sebab sekarang Watsons dah lancarkan kempen Switch & Save dimana mereka menyediakan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan. Dapat jimat duit kan? Siapa yang taknak dapat produk berkualiti dengan harga yang jauh lebih murah dipasaran?


Tapi tu la, dalam mindset kebanyakkan masyarakat kita ni, barang yang mahal tu mesti berkualiti, yang murah pula tiada kualiti. Salah sebenarnya. Ada juga produk yang mahal tu tidak berkualiti tau. Macam produk keluaran Watsons, walaupun harganya murah, Ayue sendiri dah pakai beberapa produknya seperti sunblock, syampu, dan sabun badan. Jujur Ayue katakan yang kualitinya tidak semurah harganya. Sepanjang pernggunaan produk Watsons, takda pula Ayue mengalami sebarang masalah.







Masa majlis pelancaran kempen Switch & Save di Paradigm Mall hari tu, sempat juga Ayue cuba beberapa test di Switch Test Stations untuk membuat perbandingan kualiti dan meneka yang mana satu produk keluaran Watsons. Ayue sendiri terkejut dengan jawapannya. Walaupun dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran, kualiti produk Watsons memang berkualiti. Jimat duit dari membeli produk yang mahal. Hehe.

Members of the media and blogger’s community going through the Switch Test station to compare the quality of Watsons Brand products with other brands.

Untuk pengetahuan anda, jenama Watsons ni mempunyai program penyelidikan dan pembangunan dan proses kawalan kualiti yang ketat. Setiap produk Watsons yang dibuat akan melalui ujian kawalan kualiti selama 18 bulan. Produk itu akan diuji berulang kali sepanjang proses pengeluaran untuk mamastikan produk itu selamat untuk digunakan, berkesan dan memenuhi keperluan pelanggan. Hebatnya.


Selebriti seperti Fasha Sandha, Amber Chia, Arja Lee, Fuying dan Sam juga ada semasa pelancaran kempen untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk keluaran Watsons. Malah mereka juga buat test di Switch Test Stations bersama rakan media dan blogger di atas pentas. Kalau mereka pun supprot kempen bertukar dan berjimat ni, mengapa tidak kita? Dah tiba masa untuk kita berjimat cermat, dapatkan produk berkualiti dengan harga berpatutan.

Watsons celebrity friends and members of the media going through the Switch Test to compare the quality of Watsons Brand products and other brands.

Oh ya, sempena pelancaran kempen Switch & Save oleh Watsons ni, member Watsons VIP boleh menikmati beberapa produk dengan harga yang menarik apabila anda membeli di store mereka ataupun secara online. Bestnya. Jom Switch & Save!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.