Assalamualaikum. Siapa peminat Abstrax Jingga dekat sini? Mesti ramai yang dah tahu kan Abstrax ada keluarkan jersey terbarunya bersempena dengan kolaborasi Abstrax Vortex bersama 1Malaysia.com.my. Ramai juga diantara rakan-rakan Ayue yang tak lepas peluang untuk grab jersey yang style ni.
Untuk pengetahuan anda, Abstrax Vortex ditubuhkan pada tahun 2008 oleh pengasasnya Fahmi Fabilah dan Dr. Faiz I. Anuar untuk mengisi kekurangan pakaian berjenama tempatan berkonsep 'streetwear' yang melambangkan budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia. Ciri-ciri Abstrax Vortex adalah ringkas bergaya, moden, eksklusif serta berkualiti. Abstrax Vortex mementingkan keselesaan dan menawarkan harga yang berpatutan serta mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Sejak dari awal penubuhannya, Abstrax Vortex telah mencipta beberapa kejayaan melalui kerjasama Abstrax Vortex dengan beberapa badan korporat seperti Abstrax MASterpiece, Abstrax Vortex Selangor, Abstrax Vortex Johor Darul Takzim dan banyak lagi.
Ayue pula tak sabar nak tunggu Abstrax Vortex Kedah. Mesti tunang Ayue suka punya lah. Dia kan team hijau kuning. Macam design-design yang sebelum ni, Ayue yakin Abstrax pasti akan keluarkan jersey yang cantik juga untuk Kedah.
Jersey terbaru #MYperpaduan yang dibuat khusus untuk melambangkan perpaduan rakyat Malaysia berbilang bangsa. Ia direka dan dihasilkan berpandukan kepada gagasan dan matlamat 1Malaysia serta berteraskan kepada nilai-nilai budaya Kecemerlangan. Kesetiaan. Ketabahan. Meritokrasi. Kerendahan Diri. Pendidikan. Penerimaan. Integriti.
Ayue dah cuba jersey keluaran Abstrax ni. Memang sangat selera materialnya. Tak seperti jersey-jersey yang lain. Ayue kurang gemar memakai jersey sebenarnya kerana Ayue kuat berpeluh. Tapi jersey keluaran Abstrax terkecuali.
Jersey terbaru #MYperpaduan ini didatangkan dengan rekaan lengan pendek, lengan panjang dan juga size kanak-kanak.
Harga Abstrax Vortex #MYPerpaduan
Lengan pendek : RM90
Lengan panjang : RM100
Size kanak-kanak : RM70
Jersey Abstrax Vortex #MYPerpaduan ini boleh didapati di Abstrax Vortex Headquarters Shah Alam dan Abstrax Concept Store Bangsar atau beli secara online di http://shop.abstraxjingga.com/.
Abstrax Vortex Shah Alam (Headquarters)
D-20 Jalan Serai Wangi M
16/M Alam Avenue 2
40200 Shah Alam
Selangor
Tel :- 03-55244248
Facebook :- Abstrax Vortex Shah Alam
Abstrax Concept Store Bangsar
18-A First Floor
Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03-22014303
Facebook :- Abstrax Concept Store Bangsar
xoxo,
Join the conversation!