Kebaikan Set MARY KAY Botanical Effects | Review

30 November 2016

Assalamualaikum. Kali ni Ayue nak review skincare terbaru dari Mary Kay iaitu Mary Kay Botanical Effects. Dalam entry ni Ayue akan share dengan anda kebaikan dan kelebihan yang ada pada Mary Kay Botanical Effects ni berbanding produk lain. Serta produk apa yang ada dalam set Mary Kay Botanical Effects ni dan step by step cara menggunakannya.

Kebaikan Set MARY KAY Botanical Effects | Review

Botanical Mary Kay ni berfungsi untuk membersihkan segala kekotoran, make up, habuk dan hama yang ada pada muka anda agar muka anda bersih, sihat dan lembut. Untuk pengetahuan anda, Mary Kay Botanical Effects mengandungi Aloe Vera dan Buah Naga (Dragon Fruit) sebagai bahan utama. Bahan yang memang Ayue paling suka sekali guna dekat muka Ayue ni. Lagi lah seronok nak cuba.

💗 MARY KAY BOTANICAL EFFECTS 💗


Okey, jom Ayue share produk yang ada dalam rangkaian Mary Kay Botanical Effects ni.

Botanical Effects Gel Cleanser 127g | Harga RM 75


Mary Kay Botanical Effects Gel Cleanser

Mary Kay Botanical Effects Gel Cleanser

Cara pakai Mary Kay Botanical Effects Gel Cleanser

Botanical Effects Gel Cleanser ni berfungsi untuk membersih secara mendalam dan menyingkirkan sebum. Pencuci muka yang ini jenis gel. Walaupun Ayue kurang gemar cuci muka dengan gel sebab kena letak amaun yang banyak dan Ayue lebih suka buih yang banyak untuk cuci muka, tapi Botanical Effects Gel Cleanser ni elok je. Guna sikit saja sudah cukup dan buihnya juga tak terlalu sikit, tak juga terlalu banyak. Cukup untuk Ayue rasa bersih, puas dan fresh lepas cuci muka. Lagi pun baunya sangat wangi. Nyaman je masa cuci muka. Rupanya, pencuci muka yang tidak berbuih ini lebih bagus dari yang berbuih tau sebab yang jenis berbuih tu boleh mengeringkan kulit anda.



Botanical Effects Exfoliating Scrub 88ml | Harga RM 75


Mary Kay  Botanical Effects Exfoliating Scrub

Mary Kay  Botanical Effects Exfoliating Scrub

Cara Pakai Mary Kay  Botanical Effects Exfoliating Scrub

Botanical Effects Exfoliating Scrub ni berfungsi untuk mengelupaskan dan membuang kulit mati, membersih liang pori secara mendalam. Dicadangkan menggunakannya 2 atau 3 kali seminggu selepas mencuci muka. Ayue suka guna selang 2 hari macam tu. Maksudnya Ayue akan skrub muka Ayue hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Mudah untuk Ayue ingat sebab kadang-kadang bila dah seharian penat, Ayue selalu lupa nak skrub muka. Sesekali dapat skrub rasa mersih sangat kulit muka tau.


Botanical Effects Toner 147ml | Harga RM 75


Mary Kay  Botanical Effects Toner

Mary Kay  Botanical Effects Toner

Cara Pakai Mary Kay Botanical Effects Toner

Botanical Effects Toner ni pula berfungsi untuk membuang kesan kotoran dan sel-sel kulit mati dengan bersih dan sempurna. Ayue suka sangat baunya. Wangi betul. Rasa macam nak letak banyak-banyak pada cotton pad tu. Tapi sebenarnya dalam 3 atau 4 drop saja sudah cukup untuk cover keseluruhan muka. Ayue takda masalah menggunakan cotton pad untuk apply toner sebab pada Ayue lagi bersih dari menggunakan tapak tangan. Toner sangat penting untuk menyediakan kulit kita sebelum apply produk yang lain.



Botanical Effects Moisturizer 85g | Harga RM 85


Mary Kay Botanical Effects Moisturizer

Mary Kay Botanical Effects Moisturizer

Cara Pakai Mary Kay Botanical Effects Moisturizer

Botanical Effects Moisturizer ini berbentuk gel yang mudah menyerap dan melembapkan selama 12 jam. Mula-mula apply rasa macam letak air saja pada muka sebab teksturnya sangat ringan. Kebetulan kulit muka Ayue pula memang jenis oily, tak boleh guna pelembap yang cenderung untuk berminyak selepas beberapa jam. Tapi Botanical Effects Moisturizer sebaliknya. Ayue suka kerana ia dapat melembapkan kulit muka Ayue selama 12jam.



Botanical Effects Moisturizer SPF30 Sunscreen 50ml | Harga RM 65


Mary Kay Botanical Effects Moisturizer SPF30 Sunscreen

Mary Kay Botanical Effects Moisturizer SPF30 Sunscreen

Cara Pakai Mary Kay Botanical Effects Moisturizer SPF30 Sunscreen

Botanical Effects Moisturizer SPF30 Sunscreen ni pula berfungsi untuk melindungi kulit selama 12 jam dari sinaran matahari. Berbeza dengan sunscreen yang Ayue guna sebelum ni yang pekat dan berbau pelik. Sunscreen dari Mary Kay ni lebih lembut dan mudah untuk diapply. Kalau anda nak skip terus pelembap juga takda masalah kerana kebaikannya lebih kurang sama.



💗 INGREDIENTS 💗

Bahan utama yang ada pada Mary Kay Botanical Effects ni adalah Aloe Vera dan Buah Naga. Jom Ayue terangkan kebaikan dan kelebihan Set MARY KAY Botanical Effects ni.

Kebaikan Aloe Vera pada kulit :


Kebaikan Set MARY KAY Botanical Effects
  • Salah satu tumbuhan yang paling berkhasiat di dunia, gel aloe mengandungi lebih daripada 75 nutrien, termasuk 20 mineral dan 12 vitamin.
  • Membantu mengekalkan halangan kelembapan kulit dan mempunyai vitamin yang tinggi kandungan E, antioksidan yang popular dalam penjagaan kulit.
  • Menggalakkan kulit yang sihat dan perolehan sel.
  • Memberikan kulit anda rangsangan tambahan antioksidan.

Kebaikan Buah Naga pada kulit :


Kebaikan Set MARY KAY Botanical Effects
  • Juga dipanggil pitaya
  • Mengandungi asid lemak dan beberapa vitamin B-kompleks : dipanggil "vitamin anti-stress" B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan B3 (niacin).
  • Penuh dengan mineral seperti besi, kalsium dan fosforus.
  • Kaya dengan antioksidan untuk membantu melawan radikal bebas kulit yang merosakkan.


💗 CARA PEMAKAIAN 💗


Cara pakai Set MARY KAY Botanical Effects ni mudah saja. Ikut saja step by step yang Ayue senaraikan di bawah, pasti kulit anda akan nampak kesan nya.

PAGI

Step 1 : Cleansing Gel
Step 2 : Refreshing Toner
Step 3 : Moisturizing Gel
Step 4 : Moisturizing Lotion SPF30 Sunscreen

MALAM

Step 1 : Cleansing Gel
Step 2 : Refreshing Toner
Step 3 : Moisturizing Gel

*Guna Invigorating Scrub pada sebelah pagi atau malam selepas mencuci muka, 2 atau 3 kali seminggu.

Kebaikan Set MARY KAY Botanical Effects



Artikel berkaitan Mary Kay:

💗 CONTACT ðŸ’—


Nak cuba Mary Kay® Botanical Effects ni? Jangan risau, Ayue takkan paksa anda beli. Ayue cuma nak tahu je condition kulit anda. Kalau anda perlu bantuan Ayue, DM je ok? Ayue akan consult anda sampai anda faham tentang masalah kulit anda dan bantuan macam mana yang anda perlukan. Ayue siap bagi FREE skin analysis untuk anda tau. Anda akan nampak apa sebenarnya masalah kulit yang anda hadapi. Cepat-cepat DM ok?


Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Join the conversation!

  1. cantiknya packaging dia.. pinky..

    ReplyDelete
  2. salam.nk tnya..boleh x klau muka jnis oily tp pakai botanical effect? sbb baru perasan kt blkg tu ada tulis untk snstif skin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tlg jawab.. Boleh.. Pakai yg formula 3 utk oily skin. Make sure muka mmg betul oily satu muka ya.. Bukan tzone je oily..

      Delete
    2. Tlg jawab.. Boleh.. Pakai yg formula 3 utk oily skin. Make sure muka mmg betul oily satu muka ya.. Bukan tzone je oily..

      Delete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.