Assalamualaikum. Ayue ni bukan lah seorang penggemar kopi. Jadi Ayue kurang pasti rasa kopi yang betul-betul sedap tu macam mana. Bukan tu je, nak buat air kopi pun Ayue tak pasti sukatan dia tau. Tiap kali buat mesti fail! Nasib bailk lah ada Nescafe Gold Barista Coffee Machine ni. Mudah sikit kerja Ayue lepas ni sebab bakal suami Ayue seorang yang sangat gemarkan Nescafe.
Pernah sekali Ayue buat air nescafe satu jug untuk keluarga Ayue minum petang. Sekali dari 1 jug tu bertukar jadi 3 jug terus sebab terlalu pekat. Semua orang tak bole minum. Hehe. Itu memang pengalaman yang paling Ayue tak boleh lupa. Sampai sekarang kena bahan dengan keluarga Ayue. Sabar je la.
Bila dapat tunang yang gemarkan Nescafe, Ayue risau juga sebab buatnya dia suruh Ayue buat air, sekali tak sedap! Adoi, kantoi lah macam ni. Lagi pula tunang Ayue ni tekak dia suka kopi yang versi cafe tu. Hipster kononnya. Yang cantik-cantik, yang banyak buih la, apa la. Pening Ayue kadang-kadang. Tapi rasanya bukan tunang Ayue saja kan? Ramai golongan dewasa yang sukakan air macam ni. Sebab tu mana-mana coffee house penuh je memanjang. Bila Ayue dapat je Nescafe Gold Barista ni, seriously, tarik nafas lega Ayue tau.
Nescafe Gold Barista merupakan terbaru mesin kopi menggunakan teknologi terkini yang dikeluarkan oleh Nescafe. Mesin ni bukan saja boleh buat 1 jenis kopi, tapi 5 jenis sekaligus! Ya ampun, mudahnya kerja Ayue lepas ni. Tekan butang je siap. Dah macam cafe pula rumah Ayue sekarang ni.
Apa yang Ayue suka dengan Nescafe Gold Barista ni adalah ia sangat mudah digunakan dan sangat praktikal untk digunakan dirumah mahupun pejabat. Kenapa Ayue cakap macam ni? Sebabnya mesin ni tidak menggunakan sebarang kapsul. Ia hanya menggunakan Nescafe Gold yang boleh didapati dengan mudah di pasaraya terdekat.
Okey, jom Ayue tunjuk bahagian-bahagian mesin ni ya.
Nescafe Gold Barista didatangkan dengan menyukat susu, corong untuk anda tuang Nescafe ke dalam container dan user manual. Setiap mesin mempunyai water tank, container dan mixing chamber yang sangat mudah untuk dibuka.
Tiada sebarang skru diperlukan. Nak isi air ke, nak refill Nescafe ke, malah nak bersihkan mixing chamber tu pun mudah saja. Semuanya diterangkan secara terperinci dalam user manual. Jangan risau.
Untuk pengetahuan anda, mesin kopi keluaran Nescafe ni hanya menggunakan butang LED. Anda hanya perlu sentuh saja jenis kopi yang anda mahu, dan mesin ini akan membuat kopi mengikut kemahuan anda.
Apa yang paling penting adalah Nescafe Gold Barista hanya boleh digunakan bersama dengan Nescafe Gold Barista Style (Nescafe Gold Blend atau Nescafe Gold Blend - Decaffeinated). Sebarang Nescafe lain seperti Blend and Brew atau Classic tidak boleh sama sekali digunakan dalam mesin ni tau sebab ianya direka hanya untuk tekstur Nescafe Gold Blend. Letak yang lain nanti tersumbat pula dia.
Jom tengok kopi jenis apa pula yang boleh dibuat menggunakan Nescafe Gold Barista ni okey?
Ada 5 jenis kopi yang boleh dibuat menggunakan Nescafe Gold Barista. Antaranya Espresso, Lungo, Americano, Cappuccino dan Latte Macchiato. Fuh, semuanya air kegemaran peminat kopi kan?
Tapi sebelum nak buat kopi, anda perlu isi dulu air dan Nescafe ke dalam water tank dan container yang disediakan. Nampak 5 butang tu? Setiap butang tu lah mewakili jenis kopi yang boleh disediakan. Yang tengah-tengah tu pula butang ON/OFF. Lepas anda tekan butang ON, ia akan berkelip selama 25s dan untuk pertama kali penggunaan, anda perlu rinse dulu mesin ni ya.
Cara-cara penggunaan pertama kali dan rinsing
- Isi penuh water tank dengan air, dan letakkan semula ke dalam mesin.
- Pasang plus dan tekang butang ON (akan berkelip 25s)
- Lampu LED Espresso akan menyala. Sentuh butang Espresso untuk mulakan proses rinse
- Pastikan anda letak cawan/bekas dahulu di tempat keluar air sebelum mulakan proses rinse
Selepas rinse, kesemua LED akan berwarna hijau bermaksud Nescafe Gold Barista anda dah sedia untuk digunakan. Ayue dah cuba kelima-lima jenis kopi ni tau. Mudahnya dan memang rasa seperti barista dekat rumah sendiri. Hehe.
Untuk Espresso, Lungo dan Americano, anda hanya perlu letak cawan yang sesuai dan sentuh saja LED mengikut jenis kopi yang anda mahu. Lepas tu baru lah boleh masukkan gula ya.
Manakala untuk Cappuccino dan Latte Macchiato, anda perlu sukat susu terlebih dahulu menggunakan menyukat susu yang diberikan dan tuang ke dalam cawan anda sebelum anda sentuh LED. Kemudian mesin akan menembak air panas ke dalam cawan untuk buihkan susu sebelum masukkan Nescafe ke dalamnya. Nescafe cadangkan guna keluaran Nestle juga supaya rasanya lebih sedap.
Siap! Haa, pilih je yang mana berkenan dihati. Yelah, dalam satu keluarga tu, mesti minat jenis kopi yang berlainankan. Lepas ni mudah lah. Mak yang ada anak ramai tu pun senyum sebab tak perlu nak buat kopi banyak kali. Ayue pun senyum lebar juga sebab lepas ni dah boleh jadi barista untuk bakal suami tersayang.
Sukatan cadangan cawan menggunakan Nescafe Gold Barista:
Espresso - 100ml
Lungo - 200ml
Americano - 250ml
Cappuccino - 300ml (Susu 50ml)
Latte Macchiato - 300ml (Susu 60ml)
Percayalah, kopi yang dihasilkan memang sangat halus, berkualiti, beraroma dan lemak berkrim. Tunang Ayue pun hari-hari minta Ayue bungkuskan untuk dia. 1 botol Nescafe ni boleh buat sehingga 60 cawan kopi tau. Kira-kira 2 bulan juga tu. Haa, berbaloi-baloi kan? Dari anda beli kopi hipster, moden di cafe luar sana. Baik buat sendiri dirumah. Ubah saja sukatan mengikut citarasa anda. Lagi sedap!
Anda boleh dapatkan Nescafe Gold Barista di website Lazada dengan harga promosi RM239 dimana anda akan dapat Nescafe Gold Blend 200g jar dan 1 refill pack. Woah! Berbaloi betul tu. Tunggu apa lagi?
Beli Nescafe Gold Barista sekarang!
xoxo,
Join the conversation!