Assalamualaikum. Setiap kali nak masuk musim cuti sekolah hujung tahun ni, ramai ibu bapa yang ambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Yela, masa ni lah kita nak spend time dengan anak-anak lebih lama kan. Kalau cuti biasa, rasa macam sekejap sangat. Cuti hujung tahun kan lama? Yang ambil peluang untuk bercuti sampai ke luar negara pun ada tau.
Dulu masa arwah ayah Ayue masih ada, zaman Ayue sekolah dulu, tiap kali nak sampai cuti hujung tahun je, Ayue dah siap-siap kan dah senarai nak berjalan dan bercuti ke mana. Selalunya ayah Ayue akan tengok dulu yang mana sesuai dengan masa dan bajet dia, baru dia akan proceed. Hehe. Ayue ni kira macam PA ayah lah. Ayah Ayue lebih suka kami adik-beradik yang pilih tempat percutian sebab kami yang nak enjoy lebih nanti kan? Ayah Ayue pula jenis yang tak kisah, janji anak-anak dia seronok. Tu yang best tu.
Bila ayah Ayue dah takda ni, memang dah jadi tanggungjawab Ayue pula untuk bawa keluarga Ayue bercuti. Pada Ayue, percutian macam ni sangat bagus untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga sebab masing-masing seronok. Alhamdulillah, rezeki tu sentiasa ada untuk happy kan keluarga Ayue. Cuma tahun ni Ayue agak sibuk dengan persiapan perkahwinan, tak sempat lagi nak survey mana-mana promosi percutian yang ada.
Nasib baik ada website Traveloka. Ayue ni kalau nak bercuti, Ayue memang suka survey Traveloka ni dulu sebab promosi yang diadakan memang menarik gila. Bukan saja dalam negara, malah promosi sampai ke luar negara tau. Mak Ayue yang tak tau IT sangat tu pun dah biasa dengan Traveloka ni sampai baru-baru ni mak Ayue tanya, “Dah tengok Traveloka ke belum?”. Haha, over betul tau mak Ayue tu.
Sebenarnya, kalau anda nak tau kenapa Ayue suka survey di Traveloka, sebabnya ada dekat 100 hotel di Malaysia, Indonesia dan Singapore dengan diskaun yang sangat best sampai Ayue rambang mata nak pilih yang mana. Untuk keluarga, Ayue ingat nak bawa dalam Malaysia je lah sebab ramai nak angkut kan? Belum ada rezeki lagi nak bawa ke luar negara. InsyaAllah coming soon.
Planningnya Ayue nak bawa keluarga Ayue ke Langkawi sebab mak Ayue dah dua tiga kali sebut dah lama tak ke sana. Hint lah kononnya tu. Macam lah anak dia ni tak faham kan? Hehe. So Ayue dah survey sikit promosi yang ada di Traveloka, bajet Ayue dalam RM400 je semalam untuk satu bilik. Even dah last minute macam ni pun, banyak betul pilihan dan promosi! Ni kalau tunjuk dekat mak Ayue ni, mesti dia tersengih sampai ke telinga. Bahaya betul.
Tapi kalau anda ada bajet lebih, ada banyak lagi pilihan yang ada. Nak yang ada swimming pool ke, tepi pantai ke, tengah bandar ke, semuanya ada. Pilih saja mengikut bajet dan aktiviti yang anda nak buat bersama keluarga nanti.
Untuk yang ada bajet kurang dari Ayue pun, jangan risau sebab harga yang ditawarkan di Traveloka memang sangat mampu milik oleh sesiapa pun. Ada yang suka tengok berapa bintang hotel, Ayue pula suka filter dari harga yang ditawarkan. Jadi Ayue boleh pilih mengikut bajet Ayue supaya tak over bajet. Nanti tak pasal-pasal kami seronok-seronok nak holiday, Ayue pulak pening kepala sebab bajet dah burst! Tak seronok lah nanti kan? Holiday planning tu penting tau.
Mak Ayue suka pantai, jadi Ayue ingat nak bawa ke hotel yang dekat dengan pantai. Kalau boleh buka-buka pintu je terus nampak pantai. Haa, baru lah best kan. Ayue pula memang suka ke tempat-tempat yang boleh rehatkan minda macam ni berbanding di bandar sebab pada Ayue konsep bercuti tu adalah berehat bersenang lenang bersama keluarga. Cewah. Lain orang lain pandangan nya kan. Ada yang suka ke bandar sebab nak shopping.
Ayue dah pun senaraikan beberapa hotel untuk ditunjukkan pada mak Ayue. Semua hotel best-best. Yang paling penting semua hotel tu ada swimming pool. Mak Ayue suka dan pandai berenang, kalau tak duduk hotel ada swimming pool, muncungnya nanti panjang berjela! Haha. Harapnya mak enjoy lah nanti bila holiday. Amenn.
Okey, sekarang Ayue nak cari tempat untuk Ayue dan bakal suami honeymoon pula. Sibuk sangat dengan persiapan kahwin, sampai honeymoon boleh lupa? Sebenarnya Ayue dah lama nak ke Bali, Indonesia sebab Ayue tengok Bali tu ada banyak tempat-tempat yang romantik. Nak photoshoot pun best nanti. Nanti Ayue update lagi tentang planning honeymoon kami okey? Tak sabarnya!
xoxo,
Traveloka jer senang kan ayue
ReplyDelete