Hada Labo Whitening Water Gel

20 December 2016

 Hada Labo Whitening Water Gel terbaharu kini didatangi dengan manfaat 3X pencerahan dan kuasa penghidratan yang tinggi agar kulit kelihatan cerah, berseri dan lembap sepanjang hari.

Diperkaya dengan ramuan pencerahan intensif seperti Vitamin C, Vitamin B3 dan Carnosine, Hada Labo Whitening Water Gel menjanjikan anda kulit yang lebih bercahaya, cerah dan berseri melalui 3 tindakan pencerahan di bawah:

  1. Anti-Kemerahan - Hada Labo Whitening Water Gel dipertingkatkan dengan Vitamin C untuk membantu mengimbangi tona kulit tidak sekata, agar kulit kelihatan lebih cerah & bercahaya
  2. Anti-Bintik Gelap - Vitamin B3 yang terkandung di dalam Hada Labo Whitening Water Gel membantu meningkatkan pencerahan dan pada masa yang sama menyerlahkan kecerahan kulit.
  3. Anti-Kekusaman - Carnosine, ramuan anti-penuaan membantu membangkitkan kulit yang kelihatan kusam dan memperbaiki tona kulit kekuningan untuk penampilan kulit wajah yang lebih berseri.




Hada Labo Whitening Water Gel juga dirumuskan dengan teknologi High Performance Penetrating and Deep Moisturizing (HPP&M), yang diperkaya dengan 4 jenis Asid Hyaluronic (HA) yang berlainan saiz agar ia dapat meresap ke dalam setiap lapisan kulit untuk mengunci kelembapan dan memberikan kelembapan yang berpanjangan. Di samping itu dengan kombinasi teknologi Aqua Oil Volume Matrix ia membentuk perisai perlindungan lembapan pada permukaan kulit untuk memastikan kulit kekal terhidrat pada setiap masa.

Hada Labo Whitening Water Gel didatangi dengan tekstur gel yang amat ringan seperti air untuk membolehkan kulit terasa segar sepanjang hari. Ia adalah pH seimbang, bebas daripada pewangi dan minyak mineral. Untuk kuasa pencerahan yang lebih berkesan, gunakannya bersaman Hada Labo Whitening Essence.

Berharga RM69.90 untuk Hada Labo Whitening Water Gel dan RM74.00 untuk Hada Labo Whitening Essence kedua-dua produk ini boleh didapati di farmasi seluruh negara bermula September 2016.


Cara penggunaan

Guna dua kali sehari selepas Hada Labo Whitening Lotion dan Whitening Essence. Sapu dengan secukupnya dan ratakan pada bahagian wajah dan leher. Urut secara lembut sehingga ia diserap dengan sepenuhnya ke dalam kulit.



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.