Tema dan Trend Warna 2017 / 2018

22 December 2016



Assalamualaikum. Tahun 2016 dah nak melabuhkan tirai, jadi dah tiba masa untuk Ayue update Tema dan Trend warna 2017/2018 untuk rujukan kita bersama sepanjang tahun 2017 nanti terutama untuk bakal pengantin. Maklum lah, nak cari tema warna pengantin tahun 2017 lah, tema dan trend baju sedondon raya lah. Jadi Ayue update siap-siap. Haa, senang. Kalau tahun lepas gabungan dua warna rose dan serenity, tahun ni color of the year untuk tahun 2017 adalah Greenery.


Cantik kan? Macam ala-ala rumput lumut gitu. Apa lagi? Tema garden wedding lah tahun 2017 nanti! Ayue pula baru je lepas selesai kenduri kahwin, tema wedding Ayue gold dan pink. Kalau lambat lagi, boleh juga pertimbangkan warna Greenery ni. Alahai.

Okey, macam tahun-tahun sebelum ni, Ayue memang suka update color of the year untuk rujukan B2B (Bride to be) di luar sana. Yela, senang nak cari tema warna untuk perkahwinan anda kan. Paling penting untuk rujukan Ayue juga supaya senang nak refer masa cari tema warna untuk raya nanti. Raya tahun ni kan dah berdua, kena lah sedondon! Cewah~



Pakar dari Pantone telah memilih Greenery sebagai tema warna 2017. Pada Ayue warna ni agak unik berbanding tema warna 2016 yang pastel. Warna ni agak garang, ala-ala rumput lumut gitu. Tapi kalau kena cara dan gayanya, pasti cantik. Kalau anda nak gayakan warna Greenery ni untuk majlis perkahwinan anda, Ayue sangat cadangkan anda buat tema garden wedding. Gabungan warna putih dan sedikit citrus. Ya Allah, cantiknya. 

Tapi kalau tak buat kat garden pun takpa! Dalam dewan atau dekat rumah pun boleh, kita penuhkan saja dengan daun-daun warna hijau. Sweet sangat okey. Cuba tengok contoh wedding yang menggunakan warna greenery ni.


Tema warna perkahwinan 2017





Cantik sunguh la. Tapi untuk anda yang kurang gemar warna fresh macam ni. Takpa, jangan risau, anda boleh pilih Top 10 warna untuk tahun 2017 yang lain okey. Ni Ayue ada senaraikan semua warna sekali dengan contoh wedding lagi. Haa, suka tak?


Tema dan Trend Warna 2017/2018



Tak suka wedding satu warna je? Takpa, Pantone siap senaraikan lagi color apa yang sesuai dengan Top 10 color 2017 ni.



1) Niagara (PANTONE 17-4123 )




2) Primrose Yellow (PANTONE 13-0755)



3) Lapis Blue (PANTONE 19-4045)



4) Flame (PANTONE 17-1462)



5) Island Paradise (PANTONE 14-4620A)



6) Pale Dogwood (PANTONE 13-1404)



7) Greenery (PANTONE 15-0343)



8) Pink Yarrow (PANTONE 17-2034)



9) Kale (PANTONE 18-0107)



10) Hazelnut (PANTONE 14-1315)


Haa, rambang mata tak? Mata satu yang berkenan dihati? Kalau Ayue, dalam banyak-banyak warna ni, Ayue paling suka Niagara dengan Pale Dogwood. Mungkin ni lah warna tema hari raya 2017 Ayue nanti. Hehe. Anda pula suka yang mana?

Have fun choosing your best color ladies~ 

Info and picture credit to Pantone


xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Suka yang nombor enam tu. Soft aje warnanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sgt cantil warna tu. Gabungkan dgn warna hijau daun mmg naik seri :)

      Delete
  2. Wahhhh....akak suka. Terutama greenery tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! lain macam betul warna tema tahun 2017 ni. hehe

      Delete
  3. Ala raya tahun lepas da ijau..wedding pun da ijau..tapi ijau ni cantik..takkan bak ijau lgi ye.ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kalau peminat hijau apa salahnya. hijau kan byk tone :)

      Delete
  4. cantiknyaaa. saya suke warna pastel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. sy pun suka warna pastel. Kena sgt dgn jiwa :)

      Delete
  5. cantek sgt warna nye sis..tapi sy rasa warna bju pernikahan sy pale dogwood..tudung nye warna ape yea..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baju awak tonenya semua sama, maksudnya lace, manik semua warna yg sama. boleh cuba guna warna yg sama juga utk tudung atau ambil yg tone gelap sedikit. Sy pun ssh nk pilih tudung masa kenduri haritu. Jadi sy beli 2 tudung yg agak2 sesuai dgn baju. hehe. masa wedding day, dah siap mekap, nak pakai tudung baru decide yg mana sesuai sbb masa tu dah naik seri. kt boleh nampak yg mana sesuai dgn muka kita :)

      Delete
    2. tq sis for the advice..tapi bukan pale dogwood tapi pink yarrow but macam pink pastel la..sesuai tudung ape sis..tq sis membantu..

      Delete
  6. cantik nye..nk mntk pendapat sy punye bju pernikahan ala2 warna pink cair..nk di padankan dengan tudung warna ape yea n lace warna ape..tq membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pink cair, macam warna Rose Quartz. Tema warna tahun lepas. Sgt2 cantik digabungkan dgn warna Serenity. Awak boleh refer sini utk lebih jelas :)

      http://www.ayueidris.com/2016/01/tema-dan-trend-warna-2016-2017.html

      Delete
  7. ya Allah.. semua pun cantik lahai !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sampai rambang mata nk pilih yang mana satu :)

      Delete
  8. Hi sis nk minta pendapat sis..kalau baju sanding sy warna navy blue + rose gold/blush pink..pelamin,khemah,baju family, bridesmaid warna ape ye yg sesuai? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ampun, cantiknya warna awak pilih!!! Suka sangat kombinasi warna ni.

      Depends pada baju sanding awak warna apa yang banyak, kalau navy blue byk, sy suggest pelamin warna soft rose, bunga bunga putih/peach dgn warna tangkai hijau. Nampak cantik sangat.

      Utk yg lain2 awak bole refer sini: https://www.pinterest.com/merrymintdesign/rose-gold-navy-blue-wedding/

      Delete
  9. Salam sis..nak tanye pendapat colour apa yang sesuai untuk tudung bridesmaid sye kalau bajunya colour baby blue?saya pakai colour putih..terima kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, awk bole refer ig : farahanimrazak
      dia guna bridesmaid baby blur jgk. Cantik :)

      Delete
    2. Da tgkkkk..cantiknyaaa..thanks sis.. 😘

      Delete
  10. Salam sis..nk mintk suggestions if bj pengantin warna green turquoise, bj family warna purple,tapi baju bridesmaid/pengapit n alas meja makan dewan sesuai warna apa ye...ur suggestions will be much appreciated.. Thanks in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, warna awk pilih agak terang, jadi sy tak suggest awak tambah lg warna utk bridesmaid. Mungkin boleh guna warna yg sama dengan family, tp lain tone atau purple ombre pun cantik juga. Utk dewan, ribbon dan bunga main peranan. Yg penting jgn terlalu byk warna sama dgn baju awak. Takut tenggelam. Apa pun, ni cuma pendapat sy, pilihan semua ditangan awak, best of luck!

      Delete
  11. Salam sis..nk mintk suggestions if bj pengantin warna green turquoise, bj family warna purple,tapi baju bridesmaid/pengapit n alas meja makan dewan sesuai warna apa ye...ur suggestions will be much appreciated.. Thanks in advance

    ReplyDelete
  12. assalam sis,nk tnya pndpat sis kalau kulit sawo matang wrna apa yg sesuai ye sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, maaf tnya, kulit sawo matang macam nabila huda ke? Sy tak berapa pasti, white/purple seems nice. Tapi awak bole cuba bandingkan warna kulit awak dgn artis yg ada, dan tengok warna apa yg paling sesuai dan nampak cantik bila mereka pakai :)

      Delete
  13. Slm... nk mntk sdkt pndpt... wrna ape yg sesuai utk sy yg berbdn agk cubby n rendah ni... hihihi keliru dah.. ingatkn nk pilih wrna greenery..agk2 sesuai x

    ReplyDelete
  14. Cantiknya warna warna tu Ayu. Sebenarnya warna apa pun cantik janji kita pandai menggayakan ...

    ReplyDelete
  15. Patut lah ramai yang pilih hijau untuk baju kahwin.
    Saya perhati je kawan-kawan kahwin, memang majoriti tahun ni warna hijau.

    Rupa-rupanya pantone ni yang set warna hijau.
    Artis pon sama naik pakai baju hijau. hehe

    Penting jugak nak padankan baju dengan tudung.
    Kot tak sama padan boleh nampak tak cantik.
    boleh tengok sini
    , macam mana nak match kan warna baju dan warna tudung.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.