Promosi Pappa Lite Meal RM9.90 di Papparich Malaysia

05 January 2017

Assalamualaikum. Sebenarnya Ayue jarang ke PappaRich Malaysia, tapi lepas Ayue dengar yang mereka kini ada promosi set Pappa Lite Meal, terus Ayue tak sabar nak cuba. Bukan apa, set ni membolehkan kita menikmati menu utama dan minuman dengan hanya RM9.90! Woah, susah nak dapat tempat makan yang berpatutan harganya sekarang ni kan? Lagi-lagi restaurant macam PappaRich ni.

Pappa Lite Meal di Papparich | RM9.90

Kalau anda nak tahu, sebenarnya set promosi Pappa Lite Meal ni menghidangkan menu utama tetapi dengan kuantiti yang sedikit berbanding biasa. Tapi pada Ayue portion yang sedikit ni pun dah cukup banyak dah. Sekali dengan air pula, berbaloi-baloi kan?


Pappa Lite Meal


Hainan Toast with Butter + Kaya with Half Boiled Egg (2 Eggs) | RM9.90

Hainan Toast with Butter + Kaya with Half Boiled Egg (2 Eggs)
Yang suka minum petang dengan makanan yang ringan-ringan, boleh cuba menu ni. Ayue paling suka Hainan Toast Butter ni. Kalau makan mesti nak tambah.


Nasi Lemak Biasa with Curry Potato | RM9.90

Nasi Lemak Biasa with Curry Potato


Ayue dan nasi lemak memang berpisah tiada. Kalau nampak nasi lemak, sanggup ketepikan menu yang lain. Lagi-lagi Nasi Lemak ni ada Kari Kentang yang sangat sedap. Lagi lah Ayue suka. Nasi dia pun wangi tau.


Wok Fried Mee Hoon with Curry Potato | RM9.90

Wok Fried Mee Hoon with Curry Potato


Kalau tak suka nasi lemak, rasa macam berat sangat nak makan petang-petang, boleh cuba menu ni pula. Pun ada Kari kentang favorite Ayue tu. Sedap ok.


Mini Ipoh Kway Teow Soup with Fish Cake Slices + Fried Beancurd Skin | RM9.90

Mini Ipoh Kway Teow Soup with Fish Cake Slices + Fried Beancurd Skin


Untuk menu ni, mungkin kurang kena dengan selera Ayue yang sukakan pedas. Tapi Ayue akan cari menu sup ni bila Ayue demam! Selalunya rakan chinese Ayue suka order menu yang ringan macam ni. Sup nya sangat ringan dan sedap. Dihidangkan bersama Fish Cake Slices dan Fried Beancurd Skin.

Naan with Scrambled Egg & Cheese and Naan with Chicken Roll & Cheese | RM9.90

Naan with Scrambled Egg & Cheese

Naan with Chicken Roll & Cheese


Selain dari Hainan Toast, anda yang inginkan menu ringan, boleh cuba Naan ni sebab ianya nampak saja sedikit, tapi cukup mengenyangkan. Antara Scrambled Egg dan chicken roll, Ayue lebih gemarkan chicken roll lagi. Hehe.


Kelima-lima menu yang Ayue sebutkan tadi hanya RM9.90 saja termasuk minuman tau dan hanya valid ketika hari bekerja (weekday - tidak termasuk public holidays) dari 3PM hingga 6PM dan 6PM hingga tutup. Antara minuman yang anda boleh pilih bersama-sama menu Pappa Lite Meal ini adalah:

  • Coffee (Hot/Iced)
  • Coffee O (Hot/Iced)
  • Cham (Hot/Iced)
  • Teh Tarik (Hot)
  • Teh (Iced)



Bukan itu saja, jika anda ke PappaRich, jangan lupa untuk cuba menu mereka yang lain. Antara yang menarik perhatian Ayue adalah fried dumplings. Dessert mereka juga tidak kurangnya tau. Terliur juga Ayue dibuatnya. Maklum lah, Ayue ni kan dessert person. Mesti lah suka menu-menu macam ni.



Pappa Cendol, Pappa ABC Special with Ice Cream, Cat & The Fiddle Cheesecake, Egg Pudding with Sago, Sago served with an egg pudding. Ah, semuanya menyelerakan. Lagi-lagi Cat & The Fiddle Cheesecakes mereka. Cheesecake ni laku cepat tau. Hari-hari sold out. Jadi anda kenalah cepat kalau nak rasa cheesecake premium ni ok?




Untuk maklumat lanjut tentang PappaRich, boleh layari www.papparich.com.my



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.