Pensonic "We Want You To Be On TV" Contest

24 February 2017

Assalamualaikum. Ingat lagi tak tahun lepas Ayue ada menang contest "Cook with Celebrity & Chef DCH Ismail" dari Pensonic dan hadiahnya Ayue dapat masak bersama selebriti dan juga hadiah produk Chef's Like dari Pensonic. Rancangan tu disiarkan di TV3 tau. Memang satu pengalaman yang sangat bermakna pada Ayue. Ayue rasa bersyukur sangat-sangat bila diberi peluang macam ni.


Tahun lepas Ayue hanya hantar satu resepi saja di Facebook Pensonic dan tak sangka resepi Ayue tu terpilih sebagai salah seorang pemenang. Yang bestnya, Chef Ismail sendiri yang datang ke rumah untuk masak bersama Ayue tau. Fuhh. dapat juga lah merasa air tangan chef terkenal. Lepas tu bila tengok diri sendiri di kaca TV, macam tak percaya yang kat dalam TV tu Ayue. Dah la rancangan memasak untuk bulan Ramadan, awkward sungguh rasanya. Haha. Tapi serius seronok. Macam Ayue kata tadi, satu pengalaman yang tak dapat Ayue lupakan.


Chef Ismail dan artis jemputan yang datang ke rumah Ayue masa tu, Nadiya Nisa  memang sangat sporting. Dengan Ayue yang nervouse tak ingat punya, dah la takda skrip, rasa macam nak cancel shooting pun ada. Nasib lah mereka bagi semangat dan sangat friendly. Ayue tak rasa kekok langsung bila camera dah starting recording tau. Chef Ismail memang banyak membantu dengan celoteh dia yang tak henti tu. Ayue yang kekok terus boleh spontan berborak.


Ayue ada tulis panjang lebar lagi pengalaman Ayue masak bersama Pensonic di link ini.

Baca : PENGALAMAN SHOOTING BERSAMA CHEF ISMAIL, NADIYA NISA DAN PENSONIC

Tahun ni, Pensonic Kembali lagi dengan kontes yang sama. Anda juga berpeluang untuk masak bersama Chef Ismail dan muncul di TV3 tau dengan menyertai Peraduan “We Want You To Be On TV” Bersama Dato’ Chef Haji Ismail dan Selebriti Jemputan



Cuma kali ni lain sikit dari tahun lepas kerana penggambaran video akan dibuat bersama Dato' Chef Haji Ismail dan Selebriti Jemputan di restoran yang dipilih oleh penaja. Bukan di rumah anda. Haa, takda alasan lagi lah anda taknak join kontes ni. Kalau tahun lepas anda segan rumah bersepah lah, rumah tak cukup ruang lah. kali ni takda masalah lagi.

Hantar saja seberapa penyertaan yang anda mahu. Ajak sekali mak, adik beradik, rakan dan jiran-jiran anda untuk join kontes ni sebab Pensonic mencari 7 orang pemenang!

Cara penyertaan mudah saja :
Like Facebook Pensonic dan email details anda seperti dibawah kepada fb@pensonic.com. Tarikh tutup adalah pada 3 March 2017.

  • Email : Nama resepi dan gambar, cara penyediaan makanan dan bahan-bahan masakan
  • Email : Personal details seperti Nama penuh seperti di dalam IC, No IC, Alamat, No telefon. dan Email anda.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Ish, mudah sangat lah. Lagi-lagi anda yang suka memasak, atau suri rumah yang hari-hari memasak tu. Haa, elok sangat lah join. Sambil masak, sambil ambil gambar resepi dan step masakan. Hantar pada Pensonic. Untung-untung terpilih untuk masak bersama Chef Ismail dan artis jemputan. Dapat hadiah dari Pensonic lagi tau. Berapa banyak untung dah ni. Hehe. Tak rugi pun mencuba. Rezeki kita tak tahu kan.

Best of luck!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/pensonicmalaysia/

xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.