Assalamualaikum. Tiap kali Tony Roma's memperkenalkan menu baru, belum ada lagi menu yang mengecewakan Ayue. Semuanya sangat sedap terutama menu yang mempunyai ribs dan gabungan mashed potatoes nya. Memang favorite Ayue lah dua benda tu. Bila Ayue dapat tahu yang Tony Roma's memperkenalkan menu baru mereka, Turn Up The Heat, lagi lah Ayue excited sebab dah tentu menu yang disediakan pedas-pedas. Ayue dengan pedas memang tak dapat dipisahkan. Tak pedas tak umphh lah kan?
Okey, jom tengok apa menu-menu yang ada dalam seleksi Turn Up The Heat ni.
Makan takkan lengkap tanpa pencuci mulut. Dessert trio ni mempunyai gabungan tiga jenis pencuci mulut bersaiz mini yang anda boleh pilih daripada lima menu yang ada iaitu Red Velvet Cake, Strawberry Cheesecake dan Rasberry Royale Brownie, Chocolate Chunk Cookie Sandwich dan Shortcake with Fresh Strawberry Sauce.
Lepas cuba kesemua menu yang ada, pada Ayue ia tidaklah pedas mana. Masih boleh diterima dan tidaklah sehingga menitik peluh di kepala Ayue ni menahan pedas. Jadi anda yang tidak makan pedas tu boleh cuba menu-menu ni ya. Jangan risau.
Untuk maklumat lanjut tentang Tony Roma’s boleh layari :
Okey, jom tengok apa menu-menu yang ada dalam seleksi Turn Up The Heat ni.
Harissa Maple Glazed Chicken Wing | RM24.90
Masa mula-mula Harissa Maple Glazed Chicken Wing ni sampai ke meja, Ayue dah risau sebab warnanya merah menyala! Ada 6 ketul kepak ayam, dihidangkan bersama jalapeno coleslaw. Nampak macam sangat pedas, tapi sebenarnya ayam ni tak lah pedas mana. Rasa manis-manis pedas gitu.
Jika dibandingkan antara ayam dengan coleslaw, coleslaw lagi pedas sebenarnya tau. Hehe. Tapi menu ni memang salah satu menu yang Ayue suka. Ayue seorang saja makan 4 ketul kepak ayam tau!
Spicy Peach Beef Ribs & Peppercorn Steak Combo | RM79.90
Untuk menu Spicy Peach Beef Ribs & Peppercorn Steak Combo ni, ada dua ketul beef ribs yang disaluti dengan kuah habanero-peach, sirloin (daging panggang) yang disaluti dengan lada, dihidangkan bersama mashed potatoes dan brokoli. Ayue dah kata tadi favorite Ayue tiap kali ke Tony Roma's adalah ribs. Mesti lah cuba ribs dulu kan. Memang tak pernah mengecewakan. Sedap betul ribs ni. Cuma bezanya dengan ribs yang lain adalah kuahnya yang ada rasa sedikit peach dan pedas. Makan pula dengan mashed potatoes, fuh, dua menu ni saja dah boleh buat Ayue kenyang tau.
Tak tahu macam mana Ayue nak gambarkan kesedapannya, anda kena cuba sendiri ok? Untuk daging panggang pula, daging dimasak sepenuhnya. Keseluruhan gabungan menu ni memang kena, cuma Ayue suka menu ribs berbanding sirloin.
Anda yang gemarkan seafood, mesti suka dengan platter ni. Mana tidaknya, dalam satu platter ni ada lobster, udang dan salmon. Cukup meriah untuk dimakan bersama 2-3 orang lagi. Menu yang menarik perhatian Ayue mesti lah lobster kan. Pada Ayue, rasa lobster ni agak unik, dipanggang tetapi tidak terlalu kering. Rasanya pedas-pedas masin dan saiznya besar! Shrimp pasta pula tidak pedas, kanak-kanak boileh makan jika anda datang bersama keluarga.
Manakala untuk salmon, Ayue sebenarnya tak gemar salmon yang dimasak kerana isinya akan jadi keras. Ayue lebih gemar salmon mentah. Tapi untuk menu ni, salmon yang dimasak garing dan disapu dengan ancho chili, menarik perhatian Ayue. Sedap juga rupanya salmon yang dimasak ni. Menu ini dihidangkan dengan jalapeno coleslaw, 3 mangkuk sup dan 2 side dishes pilihan anda.
Cucumber Jalapeno Romarita & Spicy Cucumber Jalapeno Romarita | RM14.90
Tiada yang terkecuali dari pedas dalam menu Turn Up The Heat ni termasuk lah airnya. Nasib baik ini bukan kali pertama Ayue minum air yang pedas, jadi Ayue tidaklah terkejut sangat. Ada dua jenis pilihan yang anda boleh pilih, untuk yang sekadar ingin mencuba air pedas ini, anda boleh cuba Cucumber Jalapeno Romarita kerana rasanya tidak terlalu pedas. Manakala yang memang gemarkan rasa pedas, anda boleh pilih Spicy Cucumber Jalapeno Romarita. Anda boleh bezakan air ini dengan hiasan yang ada pada gelas, yang ada timun kurang pedas manakala yang ada cili tu mesti la pedas kan?
Rasa air ni pada Ayue sebenarnya ia sangat menyegarkan kerana mempunyai gabungan jus limau, jus oren, timun dan jalapeno. Sejujurnya, anda kena makan menu-menu dari Turn Up The Heat dan minum air pedas ni baru lah anda dapat feel sedapnya air ni. Hehe.
Desert Trio (RM25.33)
Makan takkan lengkap tanpa pencuci mulut. Dessert trio ni mempunyai gabungan tiga jenis pencuci mulut bersaiz mini yang anda boleh pilih daripada lima menu yang ada iaitu Red Velvet Cake, Strawberry Cheesecake dan Rasberry Royale Brownie, Chocolate Chunk Cookie Sandwich dan Shortcake with Fresh Strawberry Sauce.
Lepas cuba kesemua menu yang ada, pada Ayue ia tidaklah pedas mana. Masih boleh diterima dan tidaklah sehingga menitik peluh di kepala Ayue ni menahan pedas. Jadi anda yang tidak makan pedas tu boleh cuba menu-menu ni ya. Jangan risau.
Menu-menu Turn Up The Heat ni hanya boleh didapati sepanjang bulan March dan April. Jadi kalau anda nak cuba menu-menu yang Ayue sebutkan tadi, cepat-cepat pergi ke cawangan Tony Roma's terdekat tau. Rugi tak cuba!
Untuk maklumat lanjut tentang Tony Roma’s boleh layari :
Website : www.tonyromas.com.my
Facebook : Tony Roma’s Malaysia
Instagram : TRMalaysia
Facebook : Tony Roma’s Malaysia
Instagram : TRMalaysia
xoxo,
sedapnya T.T pernah mkn tony roma's sekali je time turun kl ritu
ReplyDelete