Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine | Malaysia Review

24 April 2017

Assalamualaikum. Macam mana kalau Ayue cakap yang anda kini boleh buat pelbagai jenis kopi yang setanding dengan kopi di Cafe hanya dari rumah atau pejabat anda dengan menggunakan mesin baru keluaran Nescafe iaitu Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine.


Bagi seorang penggemar kopi, rasa kopi yang sedap dan mengikut citarasa adalah sangat penting. Ada orang suka yang jenis pekat dan pahit. Ada juga yang suka jenis light saja macam Ayue. Menariknya Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine ni adalah, anda bukan saja boleh buat kopi kegemaran anda, malah anda juga boleh buat air teh dan cokelat dengan menggunakan mesin yang sama.




Mudah. Tak perlu lagi anda nak masak air, sukat berapa sudu kopi untuk satu cawan, berapa banyak susu nak letak. Anda cuma perlu masukkan minuman perasa apa yang anda mahu dan tentukan kuantiti air mengikut citarasa anda. Nak pekat ke, nak cair ke. Terpulang. Eh, senang sangat lah dari anda perlu drive ke Cafe dan beli kopi yang mahal tu.



Citarasa masyarakat kini juga berbeza. Kalau dulu orang akan tanya “Encik nak secawan kopi?”, sekarang mereka akan tanya “Kopi jenis apa yang encik mahu kan?”. Haa, nampak tak perbezaannya. Kopi sekarang bukan saja banyak permintaan, malah ada banyak pilihan tau. Ayue sendiri tak pernah cuba macam-macam kopi yang lain selain dari Latte. Tapi bila ada Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee ni, boleh lah cuba macam-macam. Buat saja dekat rumah!






Apa yang Ayue suka dengan Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine ni adalah design nya yang cantik, minuman yang disediakan sangat berkualiti dan ia mempunyai lebih 16 jenis minuman. Bestnya, ia sangat mudah digunakan dan sangat praktikal untuk digunakan di rumah mahupun pejabat. Anda hanya perlu ada kapsul kegemaran anda yang sangat mudah didapati di pasaraya berdekatan anda dengan pelbagai minuman berstyle seperti di Cafe. Bukan saja air panas tau, anda juga boleh buat air sejuk menggunakan mesin ni.





Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine didatangkan dengan 6 kapsul PERCUMA di dalam setiap kotak. Antara jenis kopi yang ada ialah Espresso Intenso, Cafe Au Lait, Latte Macchiato dan Chococino. Jadi untuk permulaan, jika anda tak tahu yang mana satu minuman yang bakal menjadi kegemaran anda, anda boleh cuba kapsul percuma ni dulu. Bagus kan?




Ciri-ciri Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine
  • Mempunyai pilihan Panas dan Sejuk
  • Pam bertekanan tinggi sehingga 15 peringkat
  • Tekanan yang terbaik untuk setiap minuman
  • Dulang tadah (dip tray) yang boleh dilaras - 3 saiz cawan
  • Pilihan cara manual - Mula dan henti kuantiti air mengikut citarasa anda
  • Energy Save Mode - Auto Off selepas 5 minit tidak digunakan



Untuk penggunaan kali pertama, anda perlu membuat pembersihan dulu pada mesin ni. Caranya mudah saja.

Penggunaan kali pertama:
  1. Tuang air ke dalam tank, letakkan semula tank pada mesin.
  2. Buka pod holder, masukkan corong putih yang didatangkan sekali dengan mesin dan tutup semula.
  3. Pastikan dip tray pada kedudukan paling bawah. Letak gelas tinggi pada mesin.
  4. Tolak lever ke kiri (biru) selama 60saat dan tolak semula ke tengah apabila selesai.
  5. Tolak lever ke kanan (merah) selama 60saat dan tolak semula ke tengah apabila selesai.
  6. Keluarkan corong putih dari pod holder. Mesin sedia untuk digunakan.





Cara menggunakan Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine
  1. Tuang air ke dalam tank dan letakkan semula tank pada mesin.
  2. Tekan button ON, tunggu sehingga lampu hijau menyala.
  3. Buka pod holder, masukkan kapsul pertama pilihan anda dan tutup semula pod holder.
  4. Tolak lever ke kanan (merah) mengikut sukatan diberikan dan tolak semula ke tengah apabila selesai.
  5. Keluarkan kapsul pertama dari pod holder dan masukkan kapsul kedua.
  6. Tolak lever ke kanan (merah) mengikut sukatan diberikan dan tolak semula ke tengah apabila selesai.
  7. Minuman sedia diminum.

Kalau tak faham takpa, boleh tengok tutorial cara buat air menggunakan Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine ni di video yang Ayue sediakan dibawah. Sangat mudah ok.









Mudah kan? Ada lebih 16 jenis minuman yang anda boleh pilih dari kapsul yang dijual oleh Nescafe.

Anda boleh pilih antara kopi saja, kopi bersusu, teh, cokelat dan berais. Antara pilihan yang ada ialah:

Black Cups
Milky
Chocolatey
Tea
Iced
Ristretto Ardenza
Cappuccino
Chococino
Green Tea Latte
Cappuccino Iced
Espresso
Vanilla Latte Macchiato
Mocha
Tea Latte
-
Espresso Intenso
Café Au Lait
-
Chai Tea Latte
-
Grande Mild
Caramel Latte Macchiato
-
-
-
Lungo
Latte Macchiato
-
-
-
-
Cortado
-
-
-





Setiap kapsul telah ditanda paras air yang sesuai untuk secawan. Anda hanya perlu ikut sukatan yang disediakan. Jika sukatan bar yang ditunjukkan pada kapsul pertama adalah separuh cawan, maka air yang perlu diisi pada cawan anda adalah separuh dan diikuti dengan kapsul kedua. Setiap bar sukatan anggaran 30ml.



Berbeza dengan mesin Nescafe Dolce Gusto yang lain, Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine ni lebih kecil dan dijual dengan harga yang sangat mampu milik. Untuk anda yang berminat untuk beli Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine ni, anda boleh dapatkannya secara eksklusif di Lazada Malaysia. Preorder online model eksklusif ini bermula dari 21 April - 30 April 2017.



Untuk anda yang membuat preorder eksklusif di Lazada, anda akan mendapat Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine, Free 1 x Limited Edition Box (3 Random Designs) dimana didalamnya mempunyai 16 kapsul (Sementara stok masih ada).


Khas untuk pembaca blog Ayue. anda boleh membeli Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine dengan diskaun sebanyak 10% (Max RM20) dengan tiada minimum pembelian dengan menggunakan kod yang Ayue berikan dibawah. Sah untuk semua produk Nescafe Dolce Gusto termasuk Piccolo. Voucher ni sah sehingga 31 May 2017 saja tau. Cepat-cepat beli ok?




Voucher Code : PICCOLO10AY







xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.