Buffet Ramadan 2017 | Hidangan Arab di V E HOTEL & RESIDENCE Bangsar

29 April 2017

Bermula pada 29 Mei sehingga 23 Jun 2017, V E Hotel & Residence (V E Bangsar South) mengalu-alukan kehadiran bulan mulia ini dengan berbagai-bagai jenis hidangan enak dari negara Arab serta tempatan bagi mengetengahkan citarasa unik Malaysia di restoran mereka, The Straits Estate.


Di The Straits Estate, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yang meliurkan, hasil pertembungan budaya kedua-dua rantau berkenaan. Sajian menu istimewa ini disediakan oleh pasukan chef yang diketuai Eksekutif Chef Sous Unaver Unabia. Chef Unaver yang berasal dari Sabah akan mempamerkan kepakarannya dalam menyediakan masakan Arab serta kecintaan beliau terhadap masakan tradisional Malaysia dalam aneka sajian bertemakan ‘Straits & Arabian Bazaar’ (Bazar Negeri Selat & Arab) tahun ini.


“Citarasa rakyat Malaysia dalam menikmati pelbagai jenis makanan sudah tidak asing lagi , oleh sebab itu kami ingin mencari dan menyediakan sesuatu kelainan daripada selera tempatan bagi meningkatkan lagi mutu pengalaman kulinari di restoran kami.” kata Chef Unaver. “Memandangkan berbuka puasa bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi komuniti di seluruh dunia, kami telah berusaha untuk menggabungkan elemen makanan rantau Arab tanpa mengetepikan citarasa unik Malaysia untuk santapan di bulan yang mulia ini.”

Falsafah makanan Chef Unaver berjaya menghasilkan menu yang diatur khas untuk ‘Straits & Arabian Bazaar’ yang memberikan keseimbangan antara hidangan Arab yang popular dengan hidangan istimewa Malaysia yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.



Para tetamu boleh menikmati jamuan berbuka puasa bersama yang tersayang dengan hidangan pembuka selera seperti Hummus, Babaganoush, Moutabel, Salad Fattoush, Kerabu Pucuk Paku Dengan Udang Kering, Serunding Ayam dan Daging dan banyak lagi.

Hummus | Sapuan tebal dan berkrim yang diperbuat daripada kacang kuda lenyek dengan tahini (pes bijan) dan diakhiri dengan minyak zaitun dan tomato kecil segar, memberikan rasa yang menyeluruh buat celupan Arab popular ini.
Moutabel | Satu lagi celupan Arab yang popular selain daripada Hummus. Keunikan rasanya terserlah apabila ia diperbuat daripada terung panggang dan kisaran pes bijian yang ditumis dengan herba beraroma, diakhiri dengan minyak zaitun dan zaitun hitam.
Pastilla Ayam | Merupakan pilihan santapan yang klasik dan digemari ramai terutamanya dalam makanan Maghribi, Pastilla Ayam menggabungkan rasa dan tekstur rempah manis serta daging ayam enak untuk dibakar sehingga rangup sempurna.

Kemudian, rasailah hidangan utama Arab yang padat dengan aroma seperti Lamb Shank Tagine, Ouzi Kambing, Kebab dan Shish Taouk, Shawarma Ayam (makanan jalanan yang klasik), dan Sup Harira yang berkhasiat (sup tomato dan kekacang).

Lamb Shank Tajine | Masakan Lamb Shank Tajine ini semestinya dicuba kerana hidangan lagenda Maghribi ini padat dengan rasa manis dan enak, menggunakan perasa klasik seperti prun dan badam dan dimasak secara perlahan sehingga sempurna.
Kebab Iran | Kebab ataupun dikenali sebagai Kabab adalah resipi tradisional Iran di mana dagingnya dipanggang dengan pelbagai gabungan herba dan rempah aromatik. Dicadangkan memerah sepotong lemon di atas daging kebab berjus bagi menyerlahkan rasa panggang hidangan ini.

Shish Taouk | Satu lagi hidangan istimewa autentik Timur Tengah dengan daging ayam yang dipotong kiub, diperap dan kemudian, dicucuk dan dipanggang dengan gabungan rempah kaya dan berperisa. Ayam brochette ini sangat sesuai dimakan bersama celupan Hummus.
Keju Manakish | Pastri Arab yang enak, dilitupi dengan keju dan dibakar dengan sempurna. Roti Arab ini biasanya disajikan untuk sarapan di negara-negara Timur Tengah, namun ia juga boleh dihidangkan sebagai pembuka selera di sebarang majlis jamuan dan acara.


Manakish Za’atar (Thyme) | Seenak Keju Manakish, menggunakan thyme sebagai litupan utama yang memberikan kelainan rasa pastri yang sedikit masam untuk memenuhi citarasa dan selera seseorang individu.

Para pengunjung juga boleh menikmati masakan Melayu yang hebat seperti Kambing Golek dan Ayam Golek yang diperap dengan resipi tradisi Kelantan, Kari Kawah Kepala Ikan Ala Melaka dan Ayam Percik Terengganu yang dipanggang hingga sempurna. Tambahan lagi, anda juga boleh memuaskan selera makanan laut yang dibakar seperti Ikan Tenggiri Bakar, Ikan Pari, Ikan Tongkol, Ikan Cencaru dan banyak lagi.

Kawah Kari Kepala Ikan Melaka | Kepala Ikan Merah (Red Snapper) dipadankan dengan limpahan bendi, cili merah dan hijau, potongan tomato, hirisan bawang dan herba serta rempah-rempah bagi menghasilkan kari yang sederhana pekat dan padat rasa, semuanya dihidangkan dalam satu periuk yang menakjubkan.

Ayam Percik Terengganu | Ayam Percik adalah makanan istimewa tradisional Melayu yang berasal dari rantau Timur Laut Semenanjung Malaysia. Disalut dan dipanggang bersama rempah berperisa seperti kunyit, kari dan gula Melaka, daging yang empuk serta beraroma pastinya memuaskan selera seseorang.

Bagi mengakhiri juadah ini, para tetamu juga boleh menikmati pemanis mulut seperti Pancuran Coklat dengan pelbagai kondimen, Tart Laici Rangup, Kek Mousse Strawberi atau hidangan manis tempatan seperti Bubur Serawa Nangka, Pengat Pisang, aneka kuih-muih Melayu dan berbagaibagai jenis pemanis mulut yang lain.

Pastikan anda tidak terlepas promosi Straits & Arabian Bazaar seperti berikut:

1) Bermula pada 29 Mei sehingga 5 Jun, hanya RM98 untuk dewasa bawah promosi “Early Bird Savings”.
2) Bermula pada 6 Jun dan seterusnya, buat tempahan dan bayar sebelum 15 Mei 2017 bagi menikmati potongan harga sebanyak 20%: 

  • Harga biasa RM128 bagi dewasa 
  • Set Muhibbah Dome (hidangan untuk 10 orang sahaja) berharga RM1,288 atau RM1,588 semeja

Untuk membuat tempahan, sila hubungi +603 2246 2888 atau emel kepada dine@vehotel.com.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai V E Hotel & Residence, sila layari
Website : http://www.vehotel.com/
Facebook : https://www.facebook.com/VEBangsarSouth/





xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.