Kitsui Whitenin B.B dan Kitsui Korean White Review

30 April 2017

Assalamualaikum. Memang dah jadi sifat semulajadi wanita nak kekal cantik sentiasa. Macam mana kasarnya pun seorang wanita tu, tak banyak sikit mesti dia teringin nak cantik betul tak? Walaupun definisi cantik ni subjektif, tapi ramai yang beranggapan bila wanita tu putih, mesti dia cantik.

Walaupun Ayue tak berapa setuju tentang perkara ni, sebab wanita berkulit gelap juga ada manisnya yang tersendiri, tapi Ayue juga tak boleh nak sangkal mentality orang kita yang dah tertanam sejak azali tu kan? Sebab tu lah ramai wanita berpusu-pusu nak kan kulit yang cerah dan putih. Lagi-lagi nak raya ni, mestilah balik kampung nanti nak cantik, nak putih kan.



Untuk anda yang inginkan kulit cerah dan cantik berseri-seri, anda boleh cuba KITSUI WHITENIN B.B dan KITSUI KOREAN WHITE. Nak cuba kedua-duanya sekaligus pun boleh, takda masalah. Kitsui ni merupakan produk keluaran Gemini Beauty Resources (M) dan pernah menang dalam Super Health Brand Asia Pacifik tau. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi anda boleh amalkan dengan rasa selamat.


Untuk pengetahuan anda juga, produk Kitsui diformulasi dan dikilangkan di Jepun untuk menjaga standard kualitinya yang tinggi. Haa, bukan calang-calang produk ni okey. Jom Ayue share apa yag bestnya tentang Kitsui Whitenin B.B dan Kitsui Korean White ni.


Kitsui Whitenin B.B Drink | 10g x 15 sachet

Kitsui Whitenin B.B Drink dikenali sebagai minuman anti-penuaan dan supplement pencerahan kulit dalam satu produk. Bahan utamanya adalah Hydrolized Vitamin C+ dimana kekuatannya adalah 2 kali ganda, kombinasi yang kuat untuk sistem imun yang sihat dan kulit cerah. Yela, nak kulit yang cantik, mestilah bermula dari dalam kan. Takkan nak harap krim pemutih saja.


Bestnya tentang Hydrolized Vitamin C+ ni, ia bukan saja membuatkan kulit anda lebih putih, licin dan sempurna, malah ia juga membantu untuk anda kekal sihat kerana Vitamin C mampu mengurangkan risiko pertumbuhan kanser, melindungi kita daripada penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan.


Antara bahan-bahan lain yang ada dalam Kitsui Whitenin B.B ni adalah Sucrose, Citric Acis, Alpha Lipoic Acid, Mixberries Extract, Acerolla Cherry Extract, dan Orange Extract dimana kesemuanya memberi kesan yang sangat baik untuk kulit anda.




Kelebihan Kitsui Whitenin B.B
  • Mencerah & memutihkan seluruh wajah
  • Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
  • Mengawal minyak berlebihan dimuka
  • Menaikkan seri wajah
  • Mencerahkan mata
  • Menghalang penghasilan melanin kulit
  • Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu
  • Menutup liang pori muka
  • Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu

Cara minum Kitsui Whitenin B.B

  1. Tuangkan seluruh isi pek ke dalam air suam (150ml)
  2. Kacau dan mnum segera


Ambil 1 sachet setiap hari sebagai permulaan, kemudian anda boleh ambil 1-2 sachet sehari untuk maintain ye. Mudah kan? Ayue sendiri dah cuba Kitsui Whitenin B.B drink ni. Rasa dia tak ubah macam minum vitamin C. Kalau anda ikut sukatan yang betul, rasanya sedap. Manis-manis masam gitu.



Setiap orang tindak balas terhadap sesuatu produk tu berbeza ya, jadi ada yang lebih cepat cerah, ada yang makan masa untuk cerah. Yang penting kena konsisten. Untuk kesan optimum, Ayue galakkan anda untuk minum semasa perut kosong supaya badan anda dapat serap vitamin-vitamin yang ada dalam Kitsui Whitenin B.B ni sepenuhnya.


Kitsui Korean White | 5g x 17 sachet

Kitsui Korean White merupakan minuman kolagen yang dirumus khas untuk menggandakan kesan pemutihan dan anti-penuaan. Ia berfungsi untuk membantu mengurangkan kedutan dan pembentukan garis halus dengan meningkatkan keanjalan kulit dan kandungan kelembapan. Bahan utamanya adalah Camu-Camu, acerola, mixberries extract, Maltodextrin, Peptida Kolagen Marine, dan ascorbic asid.


Untuk anda yang tidak tahu, Camu-camu ni mempunyai 50 kali ganda vitamin C daripada buah oren tau. Selain camu-camu, bahan yang menarik perhatian Ayue adalah Acerola. Acerola ni mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan anda antaranya ia baik untuk kesihatan jantung, mengawal kandungan gula, baik untuk sistem imun dan metabolisma badan.


Apa yang paling Ayue suka tentang Kitsui Korean White ni adalah ia 100% Sugar Free. Memang takda rasa manis. Jadi untuk anda yang mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes tu, anda boleh amalkan Kitsui Korean White ni. Manakala untuk anda yang sihat, anda boleh amalkan Kitsui Korean White ni dengan mencampurkan ia kedalam minuman anda yang lain seperti kopi, teh, coklat, yogurt, jus dan sup pada pengambilan waktu malam saja okey.



Kelebihan Kitsui Korean White
  • Untuk memutihkan kulit seluruh badan
  • Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, resdung, parut, liang pori terbuka, berkulit kusam dan gelap
  • Mencerahkan kulit, tanpa kesan sampingan. 
  • Menghilangkan flek hitam.
  • Mencegah luka jerawat dan menutupnya secara rapat.
  • Menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit (look brightness).
  • Tegang serta gebukan kulit wajah 
  • Sesuai untuk penguna yang mempunyai masalah Diabetis 100% Sugar Free 
  • Amat sesuai untuk pesakit diabetis atau kencing manis


Cara minum Kitsui Korean White

  1. Campur 1 paket ke dalam 80ml air suam.
  2. Kacau sehingga larut dan minum.


Anda boleh ambil 1 paket sehari sama ada sebelum sarapan atau 2 jam sebelum tidur. Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan terbaik.




Boleh tengok cara minum dan apa pendapat Ayue tentang kedua-dua produk ni di video di bawah.


Mesti anda tertanya-tanya, ibu mengandung boleh amalkan ke produk Kitsui ni? Haa, Semua produk Kitsui adalah selamat digunakan . Tetapi sebarang produk yang memberi kesan seperti slimming, kurus atau detox memang tidak digalakan kerana ia tidak baik untuk baby. Perut semakin membesar, takkan kita nak kurus pula kan? Kesian kat baby.

Produk slimming atau kurus juga tidak sesuai untuk breastfeed mummy. Bila ibu mengamalkan slimming product, ibu akan mula tidak berselera dan badan ibu mula tidak menyerap zat-zat dan nutrisi dari makanan. Jadi macam mana ibu memberi susu yang sihat untuk baby. Produk Kitsui yang lain seperti Kitsui belly loss , Kitsui meal replacement dan Kitsui royal lipo juga adalah tidak sesuai untuk breastfeed mummy tau.

Tetapi produk kesihatan Kitsui generation collagen , Kitsui stemcell mixberries , Kitsui Korean white, Kitsui puraria buxz up , Kitsui whitening bb drink dan Kitsui women's secret, Kitsui Pimple Away adalah sesuai dan selamat digunakan oleh breastfeed mummy dan ibu mengandung dan kerana ia memberi khasiat kepada baby. Apa pun, pastikan anda dapatkan nasihat doktor dulu sebelum mengambil sebarang makanan tambahan okey.





xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Ayu pakai dua ni ea? Ayu. Wsp kita bole? Nk tnye lebih lanjut la

    ReplyDelete
  2. HI Salam ayu. Maaf nak tanya tapi produk ni halal ke?

    ReplyDelete
  3. Assalam, ayu ambk kitsui dan ephyra collagen dlm masa yg sama ke?

    ReplyDelete
  4. Salam ayu maaf nak tanye product ni halal x?

    ReplyDelete
  5. Salam, Kak Ayu nak tanya, pakai produk ni kena ada pantang tak?

    ReplyDelete
  6. Kenapa kitsui whitening B.B, perlu menghalang pertumbuhan melanin kulit, sedang melanin kulit perlu untuk menghalang sinaran ultra ungu uv

    ReplyDelete
  7. Saya konfius nak consume yang mana. Kulit saya agak gelap secara semulajadi. Tapi takde laa breakout sangat dan takde laa flawless sangat. Setakat blackhead dan dan bin hitam sikit tu ade laa. Mana satu yang lebih sesuai untuk saya ye?

    ReplyDelete
  8. Saya Nak Tanya..Saya Ada Beli Kitsui Puraria Di Watsons..Tapi Nak Minum Tu Selepas Makan Malam Ke Ataupun Terus Minum Gitu?

    ReplyDelete
  9. Assalam....boleh tak campur sekali generation 3 coli dgn korean white ni....?sbb sya fisrt time nak try amal produk ni..hehe

    ReplyDelete
  10. Untuk org mengadung blh minum ke ...

    ReplyDelete
  11. mimum bb whitening too kalau kulit gelap boleh cerah ke

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.