Matte Lipstick ZarraB'Joy Halal dan Tahan Lama

05 April 2017

Assalamualaikum. Matte lipstick sekarang dah jadi kegilaan ramai wanita diluar sana termasuk lah Ayue. Tapi seriously, dah banyak matte lipstick yang Ayue cuba, kebanyakkannya kurang memuaskan sebab tak tahan lama dan cepat merekah (anti-flaky) terutama untuk wanita yang berbibir kering macam Ayue. Sangat tak best ok bila kejap-kejap nak kena touch-up.


Ayue ada berita baik untuk peminat matte lipstick. ZarraB'Joy Cosmetics baru-baru ni telah melancarkan produk pertama mereka iaitu Zarra Matte Lipstick. Ayue dah cuba dan terus jatuh cinta. Bukan Ayue saja tau, rakan-rakan yang lain juga setuju dengan pendapat Ayue ni sebab kualitinya setaraf jenama antarabangsa yang lain tapi dengan harga yang jauh lebih murah dan mampu milik.



Matte Lipstick ZarraB'Joy ni dihasilkan daripada bahan utama seperti Shea Butter, Argan Oil dan Vitamin E. Mungkin sebab itulah baunya sangat wangi macam butter dan selesa untuk dipakai. Untuk yang berbibir kering macam Ayue. kandungan utama lipstick ni sangat membantu dan apa yang menariknya, bibir Ayue tidak cepat kering seperti kebanyakkan matter lipstick yang lain yang pernah Ayue cuba. Awesome gila.

Sebagai permulaan, Matte Lipstick ZarraB'Joy mempunyai 7 warna terkini bagi tahun 2017 dan berkonsepkan pemakaian dari hari Isnin hingga Ahad. Maksudnya, anda mempunyai 7 warna berlainan untuk menyinari hari-hari anda memngikut kesesuaian. Setiap lisptick ini juga mempunyai kata-kata positif yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta aura wanita bila memakainya.




7 warna ZarraB'Joy Matte Lipstick
Isnin - Zesty Rose
Selasa - Zenia Daisy
Rabu - Zazzy Verbena
Khamis - Zaftig Carnation
Jumaat - Zealous Dahlia
Sabtu - Zonal Peony
Ahad - Zappy Therapy

Apa yang Ayue suka tentang Matte Lipstick ZarraB'Joy ni adalah ia bersifat menyerap cahaya dan memiliki kandungan minyak yang sangat sedikit sehingga memberi efek tidak berkilat walaupun menggunakan shea butter. Ia sangat ringan dan bibir tidak berasa terlalu tebal. Semasa pelancaran, Ayue ada cuba warna Zazzy Verbena. Apa yang Ayue dapat simpulkan adalah lipstick ni sangat tahan lama, tidak melekit, tidak mudah mudah melekat pada benda yang disentuh oleh bibir seperti stain pada gelas minuman dan anda tidak perlu touch-up banyak kali kerana ia tahan lama.


Untuk wanita muslim pula, anda tak perlu risau kerana ZarraB'Joy Matte Lipstick ni halal dan mempunyai kelulusan KKM.


Kelebihan Matte Lipstick ZarraB'Joy Lipwear
Halal
Lulus KKM
Mesra Wuduk
Tidak Mudah mengeringkan bibir
Mengandungi Vitamin E, Argan Oils dan Shea Butter
Tanpa bahan kimia
Berbau sedap seperti kek
Tidak berminyak
Warna-warna menawan dan trend masa kini
Warna tak mudah luntur (tahan sampai malam)
Tidak melekat di cawan/gelas/straw ketika minum
Kiss baby atau suami pun tidak meninggalkan kesan
Produk Malaysia yang berkualiti setanding dengan jenama antarabangsa
Harga mampu milik
100% milik bumiputra


Harga Matte Lipstick ZarraB'Joy ni cuma RM47.00. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian, boleh layari :

Whatsapp ke 019-344 7788 / 012-622 9970
Toll Free Line : 1-300-22-7622
Instagram : @zarrabjoycosmetics
Website : www.harmonymall.com.my


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.