Assalamualaikum. Siapa orang Tanah Merah, Kelantan? Haa, Ayue ada berita baik nak beritahu anda ni. Anda bakal dapat baju raya PERCUMA sempena Raya Aidilfitri tahun ni. Bukan sepasang ya, tapi 60,000 pasang bakal diedarkan kepada penduduk Tanah Merah secara percuma.
Beruntung penduduk Tanah Merah, Kelantan kerana tahun ni sekali lagi Adun Tanah Merah Dato' Haji Ikmal Hisham telah berbesar hati untuk menyumbangkan 60,000 pasang baju daripada Jakel kepada semua yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017. Semua sedia maklum yang baju raya di Jakel berkualiti tinggi dan cantik-cantik design nya kan?
Pada 26 Mei 2017 lepas, Ayue telah menghadiri majlis Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah Kelantan dengan usahasama Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd. Kalau sebelum ni hanya ibu-ibu tunggal dan golongan PERMATA saja yang pernah dapat hadiah baju raya percuma di Tanah Merah Kelantan. Menariknya tahun ni, Dato' Haji Ikmal telah berbesar hati untuk menghadiahkan baju raya percuma kepada semua penduduk Tanah Merah Kelantan pula sebagai tanda terima kasih beliau kepada para pengundi di Tanah Merah yang menyokong beliau selama 5 tahun ini.
Lebih menarik, anda yang datang menebus pakaian percuma ini boleh memilih warna, rekaan dan saiz yang anda inginkan. Tetapi baju raya ini sudah tersedia untuk semua kaum dan jantina mengikut pembahagian dibawah:
Sumbangan ini bakal dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima. Tapi jangan risau kerana anda semua pasti akan menerima baju raya ini sebelum raya. Alhamdulillah, di harap sumbangan ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk merasa keseronokan berhari raya dengan pakaian yang baru seperti yang diharapkan oleh Dato' Haji Ikmal Hisham.
Beruntung penduduk Tanah Merah, Kelantan kerana tahun ni sekali lagi Adun Tanah Merah Dato' Haji Ikmal Hisham telah berbesar hati untuk menyumbangkan 60,000 pasang baju daripada Jakel kepada semua yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017. Semua sedia maklum yang baju raya di Jakel berkualiti tinggi dan cantik-cantik design nya kan?
Pada 26 Mei 2017 lepas, Ayue telah menghadiri majlis Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah Kelantan dengan usahasama Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd. Kalau sebelum ni hanya ibu-ibu tunggal dan golongan PERMATA saja yang pernah dapat hadiah baju raya percuma di Tanah Merah Kelantan. Menariknya tahun ni, Dato' Haji Ikmal telah berbesar hati untuk menghadiahkan baju raya percuma kepada semua penduduk Tanah Merah Kelantan pula sebagai tanda terima kasih beliau kepada para pengundi di Tanah Merah yang menyokong beliau selama 5 tahun ini.
Cara untuk mendapatkan baju raya percuma ini mudah saja. Siapa yang telah berdaftar sebagai pengundi di Tanah Merah, Kelantan sehingga Mac 2017, anda layak menerima baju raya ini tanpa mengira agama, kaum dan juga fahaman politik. Murah betul rezeki penduduk Tanah Merah. Seronoknya dapat baju raya percuma!
Untuk menebus baju raya percuma ini, anda perlu dapatkannya di pusat pengambilan di Tanah Merah yang akan dibuka bermula pada 5 Jun (10 Ramadan) hingga - 9 Julai (15 Syawal) dengan membawa kad pengenalan. Kaunter akan dibuka sepanjang masa.

- Wanita melayu - Baju Kurung
- Lelaki melayu - Baju Melayu
- Wanita bukan melayu - Kain Pasang
- Lelaki bukan melayu - Baju Kemeja
Sumbangan ini bakal dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima. Tapi jangan risau kerana anda semua pasti akan menerima baju raya ini sebelum raya. Alhamdulillah, di harap sumbangan ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk merasa keseronokan berhari raya dengan pakaian yang baru seperti yang diharapkan oleh Dato' Haji Ikmal Hisham.
Eh, tapi bukan itu saja tau. Setiap penduduk Tanah Merah yang menerima baju raya, anda layak untuk menyertai cabutan bertuah seperti lembu, motorsikal, televisyen, hamper dan banyak lagi. Anda hanya perlu dapatkan borang cabutan bertuah itu di pusat pengambilan baju raya itu nanti dan hantarkannya ke Pejabat UMNO Tanah Merah.
Sudah lah dapat baju raya, ada cabutan bertuah pula? Fuh, memang murah sungguh rezeki penduduk Tanah Merah ni. Jangan lepaskan peluang ni ya?
xoxo,
Join the conversation!