Hi-Tea Strawberry di Axis Lounge | DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

05 May 2017

Assalamualaikum. Lepas dari makan tenghari di The Food Store, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru tadi. Ayue dengan Qisti decide nak cuba pula pakej Hi-Tea yang ada di sini. Nampak mengancam. Kebetulan mereka tengah buat pakej Hi-Tea Strawberi, pergh! Lagi lah geram Ayue dibuatnya.


Sebenarnya pakej-pakej ni akan ditukar setiap suku tahun. Selain strawberi, coklat pun antara menu favorite Hi-Tea disini tau. Tapi kena tunggu musim lah ya? Sekarang ni yang ada cuma pakej strawberi, jadi Ayue cuba yang ini je dulu. Siapa peminat strawberi tu mesti terliur tengok. Hahah.


Kami Hi-Tea di Axis Lounge, berhadapan dengan reception. Suasana sangat tenang, lampu pun ala-ala romantik gitu. Sesuai sangat lah untuk Hi-Tea kan.


Untuk teh pula, ada pelbagai jenis teh premium yang disediakan. Antaranya Ceylon Green Tea, Rose with French Vanila, Acai Berry Pomegranate and Vanila, Arabian Mint Tea with Honey, Elegant Earl Grey, Berry Sensation dan macam-macam lagi. Anda boleh pilih mana-mana yang ada berkenan, tapi disebabkan pakej kali ni strawberi, Ayue decide untuk minum Strawberi Tea. Haa, semua strawberi!





Strawberry Hi-Tea Set for 2


Strawberry Hi-Tea Set ni adalah untuk 2 orang. Di dalam nya ada sandwich, scones dan pastries.

Sandwiches
Rye Bread, Camembert & Strawberry Chutney
Foccacia Smoked Salmon with Onion Confit
Panini Style, Grills Chicken & Guacamole Spread

Scones
Plain Scones & Strawberry Scone
Whipped Cream & Strawberry Jam

Pastries
Vanilla Strawberry Choux Paste
Strawberry Mango Dome
Chocolate Strawberry Cremeux Mille Feuills






Yang paling Ayue suka sekali mesti lah scones. Makan pula dengan whipped cream dan strawberi jem. Aduhai. Perfect combo betul. Lepas tu minum pula strawberi teh yang suam. Dalam diam sampai 4 kali tau Ayue refill strawberi teh tu. Punyalah mengamati nikmat makan yang Allah beri ni.


Kalau anda suka yang lebih thrill, anda mesti kena cuba Foccacia Smoked Salmon with Onion Confit tu. Qisti suka salmon, jadi dia seorang je yang makan salmon tu. Ayue tak boleh raw food buat masa sekarang ni. Rugi pula rasanya tak dapat rasa. Lepas bersalin nak kena cuba lagi ni. Hehe.


Strawberry Hi-Tea Set for 2 ni boleh didapati setiap hari dari 3.00pm hingga 6.00pm dengan harga RM58nett. Set strawberi ni available sampai Jun saja tau. Lepas ni dah tukar lain dah. Kalau nak cuba kena cepat-cepat datang ok?


Ramadan Buffet 2017 | DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

Makan Kitchen's Festive Flavors | Level 1
Makan Kitchen's Festive Flavors menyediakan makanan seperti Briyani Kambing, Kambing Panggan, Salmon Tandoori, Sushi on ice, Lemang, Ketupat , Lontong dan macam-macam lagi.

Mulai : May 27 - Jun 26
Masa : 6.30pm - 10.00pm
Harga : RM158nett (Adult)/ RM79 nett (Child)
Maklumat lanjut : https://goo.gl/Afrqf6

Feast @11th Ramadan Buffet | Level 11
Feast @11th Ramadan Buffet pula menyediakan makanan seperti Seafood on ice, Yong Tau Foo stall, Asam Pedas stall, Kambing Panggang, Nasi Kandar Kawah stall, Satay, Sup dan macam-macam lagi.

Mulai : Jun 5 - Jun 20
Masa : 6.30pm - 10.00pm
Harga : RM118nett (Adult)/ RM59 nett (Child)
Maklumat lanjut : https://goo.gl/4tjC51

*Beli 8 voucher, PERCUMA 2 voucher
Voucher boleh dibeli sebelum May 15.


Menyelerakan betul. Teringin pula Ayue nak cuba. Harap-harap adalah rezeki ke sana lagi nanti. Anda kalau teringin juga, cepat-cepat book okey? Mesti tak menyesal punyalah.

Booking :
+607 268 6868 or JohorBahru.Events@hilton.com

Untuk maklumat lanjut tentang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, boleh layari :
Website : DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Facebook : https://www.facebook.com/doubletreeJB


DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
No. 12 Jalan Ngee Heng, 
Johor Bahru,80000, Malaysia
TEL: +60-7-2686868FAX: +60-7-2686888









xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.