Resepi Green Tea Rolls | #BOHGTLBreakfastSearch

29 May 2017

Assalamualaikum. Siapa yang follow Ayue di Instagram mesti tahu yang hari tu Ayue ada cari idea untuk sarapan pagi Ayue. Tapi bukan sebarang idea tau, menu sarapan pagi yang diperbuat daripada GREEN TEA. Haa, itu yang uniknya sarapan yang Ayue nak buat ni.

Sebenarnya Ayue ada join #BOHGTLBreakfastSearch bersama 4 lagi blogger yang lain. Kami masing-masing bertanding untuk menang hadiah daripada BOH Malaysia. Caranya mudah saja, kami hanya perlu cipta satu resepi menggunakan produk terbaru BOH iaitu Green Tea Latte (GTL).

Seriously, sebelum ni Ayue tak pernah tahu pun yang GTL ni boleh dicampur dalam makanan. Selama ni Ayue hanya ingat ia hanya boleh diminum bersama air panas atau sejuk saja. Bila Ayue dah cuba sendiri, memang terkejut juga dibuatnya sebab rasa sarapan pagi yang Ayue buat tu serious sedap! Haha. Nampak tak puji diri sendiri ni? Bukan selalu tau. Yang paling penting, husband approved :)



Ayue memang suka cuba pelbagai resepi. Tak kira lah masakan berlauk ke, dessert ke, semuanya Ayue suka cuba dan olah sendiri resepinya mengikut citarasa Ayue. Bila diberi peluang untuk menadi sebahagian dalam #BOHGTLBreakfastSearch ni, Ayue excited gila kot. Yela, nak buat sesuatu yang Ayue belum pernah cuba sebelum ni. Cipta resepi sendiri menggunakan BOH Green Tea Latte.


Green Tea kalau diikutkan, ada macam-macam khasiat dan kebaikannya. Terutama untuk mereka yang ingin turunkan berat badan. Tapi antara kebaikan yang menarik perhatian Ayue adalah:
  • Membakar kalori dengan cepat
  • Merendahkan kadar kolestrol yang bagus untuk penyakit jantung
  • Mencantikkan dan menjaga kulit
  • Dapat menghidarkan kita dari penyakit kanser kerana antioxidant nya
  • Elok untuk penyakit diabetes kerana ia membantu mengawal gula dalam darah

Banyak kebaikkannya kan? Sebab tu mereka yang ingin turunkan berat badan sangat digalakkan minum green tea ni.

Okey lah, sebelum Ayue share resepi Green Tea Rolls Ayue tu, Ayue nak ucap terima kasih sangat pada followers Ayue di Instagram yang banyak bantu Ayue dalam mencari idea untuk sarapan pagi menggunakan BOH Green Tea Latte ni. Semua idea yang diberi sangat membantu dan menyelerakan. Ayue sendiri buntu nak pilih yang mana satu. Tapi disebabkan Ayue memang suka makan roti saja untuk sarapan, Ayue decide untuk buat Green Tea Rolls. Rolls ala-ala cinnamon rolls, tapi versi green tea.


Resepi Green Tea Rolls


Bahan-bahan

Doh
1 cawan susu suam
11g yis segera (1 paket)
1/2 cawan gula
1/3 cawan mentega cair
1 sudu teh garam
2 biji telur (sederhana)
600g tepung
2 sachet BOH Green Tea Latte


Green Tea Glaze
1/3 cawan mentega cair
1sudu susu
1 sudu teh ekstrak vanila
1/2 cawan gula icing
1 sachet BOH Green Tea Latte
*Campur kesemua bahan dan kacau hingga semua sebati.


Cara-cara masak

  • Satukan susu suam dan yis. Biarkan hingga yis kembang selama 5 minit.
  • Campur mentega cair, gula, garam dan BOH Green Tea Latte ke dalam susu. 
  • Ambil 1 cawan tepung dari 600g tepung yang disediakan, masuk ke dalam adunan tadi. 
  • Masukkan telur ke dalam adunan. Kacau rata.
  • Campurkan kesemua adunan bersama tepung. Uli hingga menjadi doh selama 3-5 minit.
  • Tutup doh dengan kain dan biarkan selama 1 jam.





Selepas 1 jam, doh akan kembang dan gebu. Uli sedikit doh dan sedia untuk digulung. Ayue tidak gunakan cinnamon butter dalam resepi ni sebab Ayue rasa green tea lagi sedap dimakan bersama pes red bean.


  • Selepas gulung, potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
  • Susun didalam loyang.
  • Tutup semula dengan kain dan biarkan selama 20 minit untuk doh mengembang sebelum dibakar.
  • Selepas doh kembang, sapu butter pada permukaannya.
  • Bakar green tea rolls dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 180°C.








Bau rolls ni masa bakar akan buat anda rasa lapar. Suami Ayue pun tak sabar nak rasa tau. Cepat-cepat dia suruh hidang bila doh dah siap bakar. Hehe. Tapi sebelum hidang, Ayue buat dulu green tea glaze tu untuk dibuat topping. Baru lah umphh nak makan Green Tea Rolls ni.


Alhamdulillah, menjadi resepi try and error Ayue ni. Seriously anda kena cuba sebab rasa BOH Green Tea Latte tu lain daripada yang lain tau. Dia ada rasa berkrim sikit. Itu yang membuatkan rolls Ayue ni sedap. Tambah pula dengan green tea glaze diatasnya, alahai, sampai jilat jari lah juga suami Ayue tu. Haha.

Kami berdua memang suka makan roti sebagai sarapan pagi kami sebab bila makan roti ni, rasa kenyang dia sampai ke tengahari. Resepi ni pula memang tidak banyak gula yang digunakan berbanding resepi roti Ayue yang sebelum ni. Sekali buat boleh tahan hingga 3 hari kalau Ayue dan suami yang makan. Jimat dah dekat situ. Ni suami Ayue request suruh buat lagi untuk potluck dekat office dia pula. maksudnya apa tu? Resepi Ayue ni menjadi lah. Yeay!

Anda kalau nak cuba juga, Ayue ada sediakan video untuk rujukan anda. Boleh tengok step by step cara Ayue buat Green Tea Rolls ni ya.



Hopefully resepi Ayue ni adalah peluang untuk menang #BOHGTLBreakfastSearch nanti. Amenn. Doakan Ayue eh?



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.