Shurah Pencerah Berwajah Baharu

25 May 2017

Assalamualaikum. Produk penjagaan wajah kini berpusu-pusu untuk menjadi yang terbaik di pasaran. Shurah juga tidak terkecuali. Sesuai dengan citarasa pengguna zaman sekarang, Shurah kini tampil dengan wajah baharu yang lebih cantik dan feminin. Ayue suka dengan pek wajah baru ni sebab ia nampak lebih moden dan sesuai dengan fungsinya iaitu untuk mencerah dan menjadikan kulit kekal berseri dengan tema warna merah jambu dan putih.


Satu set lengkap rangkaian Shurah Pencerah mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri.

Shurah Pencerah mempunyai dua bahan aktif utama iaitu Clear White dan Shiny Glow.

Clear White
Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari sahaja.

Shiny Glow 
Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan efek cerah pada kulit mencerahkan dan mempunyai efek Anti-tyrosinase.


Rangkaian Shurah Pencerah

Shurah Pencerah Pembersih Muka | 50ml, 100ml



Pembersih muka yang dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan kelembapan semulajadi kulit serta menjadikan kulit lebih bersih, lembut dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosok hingga berbuih, kemudian urut lembut pada wajah sehingga semua kotoran hilang. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama Shurah Pencerah Penyegar.



Shurah Pencerah Penyegar | 120ml


Penyegar yang dirumus khusus tanpa alkohol ini bertujuan untuk membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Setiap kali selepas membersihkan muka, segarkan kulit anda sebagai persediaan untuk menerima penggunaan produk yang seterusnya.

Cara penggunaan
Titiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran. Wajah anda akan rasa lebih lembap dan segar.



Shurah Pencerah Pelembap | 120ml


Pelembap yang dirumuskan dengan tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit anda. Juga mengandungi Pelindung UV untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar. Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher.



Shurah Pencerah Krim Siang | 40g


Krim pada waktu siang adalah sangat penting kerana kulit muka kita terdedah kepada sinaran UV dan cenderung untuk mengeluarkan minyak berlebihan. Krim muka yang tidak melekit ini dapat mencerah dan melembapkan kulit anda supaya lebih cerah sekata dan berseri. Dengan rumusan SPF30, ia dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan.

Cara penggunaan
Sapukan krim pada wajah dan leher. Boleh digunakan pada waktu siang untuk memelihara dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Gunakan selepas Shurah Pencerah Serum.



Shurah Pencerah Krim Malam | 40g


Waktu malam pula adalah waktu yang sangat baik untuk proses membaikpulih kulit. Krim muka ini dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa anda tidur dengan lebih intensif. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Ia diserap ke dalam kulit dengan cepat untuk memelihara kulit anda agar lebih lembut, lembap dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar Digunakan pada wktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit anda semasa tidur. Gunakan sebelum Shurah Pencerah Serum.



Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan | 140ml, 400ml


Losyen tangan dan badan yang tidak berminyak ini dirumus dengan Pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kuit anda untuk mencerahkan kulit dengna cepat dan berkesan. Gunakan selalu untuk kulit yang lembut dan cerah sekata.

Cara penggunaan
Sapukan losyen pada tangan dan badan terutamanya selepas mandi.


Sebagai wanita, sudah menjadi sifat semulajadi kita untuk menjaga dan memelihara kulit supaya kelihatan cantik dan berseri tanpa mengira usia. Bukan saja kulit muka, malah keseluruhan badan. Rangkaian Shurah Pencerah ini adalah set yang lengkap untuk anda. Cuba lah :)


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/

Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.