Dekorasi Rumah Tema Scandinavian dari SGshop Malaysia

16 June 2017

Assalamualaikum. Kurang dari 2 minggu je lagi nak raya ni. Anda dah siapkan semua persiapan ke belum? Baju raya dah beli? Kasut raya? Haa, kalau belum boleh tengok entry yang Ayue share hari tu. Manalah tahu boleh dapat ilham nak beli baju raya apa. Baju raya di SGshop murah-murah tau! Bukan baju je, kasut dan beg raya pun anda boleh borong sekali.


Baca : 14 fesyen baju raya 2017 di Taobao Malaysia


Settle baju raya, semua dah cantik, tapi rumah belum makeover lagi. Alahai, mana boleh kan. Kalau nak semua baru, dekorasi rumah pun kena lah cantik juga. Bosan lah dah bertahun guna langsir yang sama, sofa yang sama. Apa kata tahun ni anda tukar sikit selera? Macam taste orang zaman sekarang ni. Ala-ala tema scandinavian tu. Berkenan sungguh Ayue tema rumah macam ni. Nampak kemas dan ada style tersendiri.


Kalau anda tak tahu dari mana nak mula, takpa, meh Ayue tunjukkan apa barang kelengkapan rumah yang anda boleh beli di SGshop tu okey?


Langsir


Pertama sekali, golongan ibu mesti nak tukar langsir raya. Baru lah berseri sikit rumahnya. Ayue pun kalau dah tak tahu sangat nak deko rumah macam mana, Ayue cuma tukar selera langsir saja. Bila dah tukar tu terus nampak berseri-seri rumah macam rumah baru. Ewah.

Link : https://goo.gl/VDnyhb

 

Sengaja Ayue pilih corak langsir yang moden macam ni sebab harga di SGshop jauh lebih murah dari yang dijual di Malaysia. Corak yang ada pun susah untuk kita jumpa. Kalau ada pun mesti dijual dengan harga yang mahal.

Link : https://goo.gl/vfPEsW
Link : https://goo.gl/GqgQ1s
Link : https://goo.gl/NiEJe2
Link : https://goo.gl/d9Qjyt

Bukan tu je, langsir dapur pun main peranan ya. Buatnya keluarga mertua datang, tengok dapur berkerak. Aduhai, malunya! Jadi kalau nak tukar langsir tu, ingat sekali langsir dapur tau. Hehe.

Link : https://goo.gl/1EqPzA


Set Sofa


Kalau anda ada bajet lebih sikit tu. Boleh tukar set sofa sekali. Set-set sofa yang ada di SGshop ni cantik-cantik betul. Dah macam shopping dekat IKEA pula. Sangat moden dan ada banyak sangat pilihan. Ayue sendiri pun geram je tengok. Kalau Ayue ada bajet lebih memang dah grab dah seketul dua ni. Tapi sebab baby nak keluar dah September ni, jadi segala perbelanjaan kena lah utama kan baby dulu ye tak?

Link : https://goo.gl/wqVKqZ
Link : https://goo.gl/f7GEQ2
Link : https://goo.gl/ptSmfS

Tapi untuk anda yang memang nak shopping sofa raya, boleh tengok design-design sofa yang ada ni. Memang cantik. Kena betul dengan tema scandinavian tu. Nak tema minimalis pun ada juga. Pendek kata, segala tema raya yang anda nak untuk rumah anda, adalah dekat Sgshop ni. Tinggal anda nak pilih je yang mana satu.

Link : https://goo.gl/B8PK5K

Link : https://goo.gl/B8PK5K


Bantal Cushion

Haa, dah ada set sofa, mesti lah kena ada bantal cushion pula. Tak cantik lah kalau dibiarkan kosong je ye tak? Lagi-lagi kalau sofa yang jenis plain tu. Bila ada bantal cushion ni, naik lah lagi seri sofa tu. Sindrom mak-mak ni memang macam tu. Walaupun sofa tu dah cukup empuk dah, mesti nak kena ada bantal cushion juga sebagai pelengkap. Baru lah selesa.

Link : https://goo.gl/hdbPaG

Link : https://goo.gl/j6jCbo

Cuba tengok corak bantal cushion yang ada ni. Cantik gila kan? Mata Ayue ni memang nampak yang tema scandinavian je. Ada banyak lagi tema lain, anda jangan risau. Ayue memang suka tema scandinavian ni, jadi Ayue tunjuk lah tema ni. Hehe. Untuk anda yang suka corak floral ala-ala rose british tu pun ada. Tak nak beli bantal? Nak beli sarung je? Pun boleh juga. Anda cari seller yang jual sarung saja okey?

Link : https://goo.gl/irVV81
Link  : https://goo.gl/RCmLP7


Set alas meja makan

Set meja makan yang Ayue maksudkan ni bukan lah meja makan ke apa, tapi alas kepada meja makan tu. Kadang-kadang Ayue perasan ada yang jenis suka hias meja makan diorang dengan macam-macam dekorasi. Alas meja jangan kata lah. Macam-macam jenis. Tapi yang Ayue nak tunjuk ni lain macam sikit sebab bukan saja alas meja, tapi dengan alas kerusi sekali. Haa, cantik kan?

Link : https://goo.gl/S95gXc
Link : https://goo.gl/dcSNMf

Alang-alang langsir dah tukar warna, tukar lah sekali alas meja makan tu. baru lah sepadan. Kalau anda suka yang jenis minimalis saja, pun ada juga. Ayue lebih suka yang minimalis tu. Tapi sengaja nak tunjuk dengan anda set alas meja makan sekali dengan kerusi ni. Dah lah murah, cantik pula tu.

Link : https://goo.gl/W6zUaM
Link : https://goo.gl/N8ichs


Set pinggan mangkuk

br/> Haa, set pinggan mangkuk dah ada? Macam Ayue dan suami, kami baru je kahwin. Jadi set pinggan mangkuk ni belum ada banyak pun. Set yang kecil-kecil hadiah masa kahwin tu adalah. Tapi kalau nak jamu untuk tetamu yang ramai, memang takda set pinggan mangkuk. Sedih kan? Ayue memang cari set pinggan mangkuk yang sesuai untuk kami sekeluarga. Senang nanti nak jamu orang makan.

Link : https://goo.gl/dysGaT

Link : https://goo.gl/Jyi14A
Link : https://goo.gl/1wmLLQ
Link : https://goo.gl/SCPnZC

Macam mana? Rambang mata dah kan? Ayue pun sama. Memang kalau buka website SGshop ni, kalau tak rambang mata tak sah. Ada je barang yang nak dibeli. Hehe. Anda kalau belum shopping tu, cepat-cepat shopping okey. Meriahlah raya tahun ni. Rumah berseri-seri.

Oh ya, Ayue ada lagi satu benda nak share dengan anda ni. SGshop sekarang dah ada blog sendiri dimana tujuan utama mereka adalah untuk memberi maklumat penghantaran dan pengetahuan mengenai Taobao dan e-dagang kepada anda. Ayue faham ramai yang suka beli secara borong di SGshop kan? Jadi anda mesti ada pelbagai persoalan tentang barang yang anda ingin beli tu. Ayue nak terangkan pun panjang sangat pula nanti. Anda boleh baca sendiri di blog SGshop tu okey.

https://mysgshopblog.wordpress.com/

Dekat blog SGshop tu ada terangkan secara terperinci tentang cara-cara nak tahu sama ada seller yang kita berunding tu boleh dipercayai atau tidak. Macam mana feedback pembeli tentang seller tersebut dan apa rating seller tu. Servis dia ok ke tidak. Semua lah. Anda boleh baca satu per satu ya.

Untuk anda yang tertanya-tanya sama ada barang yang anda ingin beli tu barang sensitif/terlarang atau tidak pun Sgshop ada terangkan cara-cara nak kenal pasti barang tersebut dan bagaimana cara nak membeli barang sensitif/terlarang tu. Pendek kata semua masalah anda pasti ada penyelesaian nya. Jangan risau okey?

Ayue ada juga survey barang-barang baby yang di jual di Malaysia dan di SGshop ni. Seriously memang jauh lebih murah hingga 3-4 kali ganda tau. Memang berbaloi dan murah banyak kalau Ayue beli di SGhop. Nanti Ayue share dengan bakal-bakal ibu tentang barangan bayi yang boleh anda beli di SGshop pula ya. Maklum lah, lepas baby keluar nanti lagi banyak nak pakai duit kan? Jadi mana yang boleh jimat, kita jimat. InsyaAllah.

Kalau anda nak beli terus RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2020) ni boleh terus klik di bawah. 

Klik Butang Dibawah Sekarang Untuk
Mendapatkan Ebook Yang Hebat Ini!

RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2020)

Ayue ada tulis full review tentang buku ni di post : https://www.ayueidris.com/2020/12/rahsia-taobao-panduan-import-barang-china.html. Jemput baca.


Kalau anda belum ada akaun di SGshop, boleh register di sini:
https://goo.gl/RsSp66

Untuk daftar akaun, cara pembelian dan macam-macam info lagi, boleh baca entry-entry Ayue sebelum ni tentang SGshop:
1) http://www.ayueidris.com/2016/09/cara-beli-barang-borong-di-taobao.html
2) http://www.ayueidris.com/2017/05/14-fesyen-baru-raya-2017-di-taobao.html


Happy shopping!




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.