Untuk pengetahuan anda, churros ni terkenal di seluruh dunia sebagai snek ataupun pencuci mulut. Manakala di negara Europe dan Latin American pula. Churros dihidangkan sebagai sarapan pagi yang dicicah bersama sos coklat panas. Aduhai, sedapnya!
Street Churros pula datangnya daripada Korea dan hanya bahan-bahan segar saja yang digunakan dalam penghasilan churrosnya. Patut lah sedap. Apa yang Ayue suka adalah cara penyediaannya. Kita boleh lihat sendiri cara pekerja di Street Churros ni menyediakan churros yang kita order. Sangat bersih dan teratur.
Churros pula hanya akan dipaip keluar dari mesin dan digoreng serta merta bila anda order. Jadi bukan yang di sedia lebih awal tau untuk memastikan churros yang anda terima sentiasa rangup dan segar. Churros yang dihasilkan pula mempunyai pelbagai bentuk mengikut menu yang anda order. Favorite Ayue adalah Street Churros yg plain tu, suami pula suka yg ada filling.
Baru-baru ni Ayue ke Street Churros cawangan MyTown Cheras. Ada menu baru rupanya! Ini yang buat Ayue tak sabar nak cuba ni. Tapi sebelum tu meh Ayue share dengan anda menu-menu churros yang ada di Street Churros ni ya.
Street Churros
Haa, ni lah dia favorite Ayue tu. Nampak je macam plain, tapi sebenarnya anda boleh pilih sama ada nak perisa Cinnamon, Chocolate ataupun Cheese. Yang paling Ayue suka mesti lah cheese!
Menu Street Churros ni boleh dimakan bersama dipping sos nya kalau anda mahu. Antara dipping sos yang ada ialah Chocolate, Cream Cheese, Blueberry dan Butterscotch. Ayue suka makan cheese churros bersama cream cheese dipping sos. Memang gabungan yang padu. Kadang-kadang kalau nak tukar selera, Ayue akan order Cinnamon Churro bersama chocolate dipping pula. Memang sedaplah.
Filling-Chu
Ni pula favorite suami Ayue. Tiap kali order dia mesti order chocolate filling. Terbaik katanya. Kalau dia order, mesti 2 pcs terus. Baru puas. Hehe. Filling-Chu ni ada 3 jenis iaitu Chocolate, Cream Cheese dan Custard. Ayue pernah cuba yang custard tu. Pun sedap juga. Eh, ada yang tak sedap ke? Semua sedap ni. Sebab tu Ayue kata Ayue suka ke Street Churros ni sebab semuanya sedap-sedao belaka.
Ah-Chu (Ice-Cream Churros)
Okey, yang ni Ayue jarang order sebab selalunya Ayue makan churros ni on the go je. Sambil jalan-jalan. Tapi sebenarnya gabungan ais krim dan churros ni boleh tahan sedapnya tau. Anda boleh pilih antara Choco-choco, Choco-berry, dan Mango. Ayue paling suka yang Choco-Berry tu. Rasa masam-masam manis gitu.
Haa, tadi Ayue kata Street Churros ada menu baru kan? Ni lah dia.
Stick Churros
Stick Churros ni ada perisa Choco, Cinnamon dan Cheese. Pada Ayue stick churros ni macam Street Churros, tapi versi kecil. Sesuai lah kalau nak makan masa perut masih kenyang, tapi masih inginkan kudapan. Tak pun untuk kanak-kanak sebab Street Churros tu agak besar bagi mereka. Kalau Stick Churros ni pula size dia macam bite size, siap ada cawan. Kanak-kanak memang sesuai lah ni.
Churros Fries
Ni lagi satu menu baru yang ada di Street Churros. Churros Fries! Sejujurnya, ni favorite Ayue yang terbaru. Mana tidaknya, Ayue order sampai 3 cawan tau. Sedap betul. Tak sangka Ayue churros pun boleh jadi fries. Menariknya, churros fries ni masih mengekalkan rasa rangup di luar, lembut di dalam walaupun saiznya sangat kecil berbanding churros yang lain.
Ayue dah cuba kesemua perisa yang ada. Sour Cream, Tomato dan Seaweed. Semua pun sedap. Tapi yang paling Ayue suka adalah Sour Cream. Sampai jilat-jilat jari gitu. Kalau anda nak cuba, sila lah order 2 cawan ye sebab satu memang tak puas. Makan pula panas-panas. Pergh!
Kalau dah makan, tak lengkap lah kalau tiada air kan. Ni pula menu-menu air yang ada di Street Churros.
Beverages
- (Shake) - O'My Mango, O' My Coconut
- (Fruit Ade) Lemon, Passionfruit, Korean Citron
- (Coffee) Caramel Macchiato
- (Non-Coffee) Chocolate, Green Tea Latte, Milk Tea.
Tengok saja menu ni, Ayue dah tahu dah minuman yang mana satu menjadi pilihan Ayue. Mesti lah Green Tea Latte. Favorite sepanjang zaman ni. Rasa Green Tea Latte di Street Churros ni pula memang kaw. Sedap dan tak terlalu manis. Patut lah ia menjadi salah satu menu pilihan di Street Churros.
Tapi kalau anda kurang gemar minuman berasaskan susu, boleh juga order air seperti Lemon, Passionfruit dan Korean Citron.
Anda juga boleh pilih untuk ambil Combo Set terus. Antara combo set yang ada ialah:
- Combo Set A : Street Churros + Latte
- Combo Set B : Filling Churros + Latte
- Combo Set C : Stick Churros + Latte
Overall, harga di Street Churros ni pada Ayue tidak lah terlalu mahal. Sesuai dengan portion dan kualiti makanannya. Betul tak? Rugi tau siapa yang belum pernah cuba Street Churros ni.
Oh ya, untuk anda yang ingin dapatkan voucher Street Churros ni, boleh komen atau PM Ayue terus ya sebab Ayue ada 10 keping voucher untuk diberikan kepada pembaca blog Ayue ni. Haa, suka la tu? Hehe.
Anda yang berada di kawasan Cheras, boleh cuba ke outlet terbaru mereka di MyTOWN Shopping Centre ya. Atau di outlet-outlet lain.
Street Churros
MyTOWN Shopping Centre
Lot no, B1-046,
Basement 1, MyTOWN Shopping Centre,
No. 6,Jalan Cochrane, Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099
Street Churros Outlets
- IOI City Mall
- One Utama Mall
- Sky Avenue
- Berjaya Times Square
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook: StreetChurrosMY
Instagram: @streetchurrosmy
Website: http://streetchurros.com.my/
xoxo,
Join the conversation!