Menu Baru Delicious Cafe 1 Utama

15 June 2017

Assalamualaikum. Menu-menu baru di Delicious Cafe kini lebih menarik dan sedap dari biasa. Haa, Ayue bukan cakap saja tau, Ayue sendiri dah rasa betapa sedapnya menu-menu baru di Delicious Cafe ni sampai ada menu-menu yang terus jadi favorite Ayue tau. Bukan saja menu, malah dekorasi dan interior di cafe Delicious Cafe ni juga di ubah suai mengikut citarasa masyarakat kini.


Ayue dan rakan-rakan blogger telah ke Delicious Cafe di One Utama baru-baru ni. Cafe yang pertama diubah suai oleh management baru mereka, Envictus International Holdings Limited.


Menariknya, Delicious Cafe ni merupakan "Grand Cafe" yang pertama dari Envictus International Holdings Limited, jadi tak hairan lah dekorasi dan pilihan menunya sangat wow! Siap ada Instagram-spot untuk anda yang gemar menangkap gambar dan update di social media. Best kan?





Okey, Ayue tak nak cakap banyak sebab ada banyak sangat menu-menu baru yang Ayue nak share dengan anda. Sila bertenang dan hayati menu-menu ni satu per satu ya.


Menu Baru Delicious Cafe


Soups & Starters

Salt & Pepper Squid | RM29


Sotong segar yang digoreng hingga garing dan dihidangkan dengan lemon, sos tartar dan sayur-sayuran. Menu pertama saja Ayue dah suka sangat. Rasa sotong memang segar dan dicicah dengan sos tartar yang lain daripada yang lain. Ayue seorang saja boleh habis ni.

Salt & Pepper Squid | RM29


Muchacho Nacho Platter | RM30


Dihidangkan dengan daging lembu cili con carne, guacamole, krim masam, keju dip, jalapenos dan pico de gallo. Dari apa yang Ayue faham, menu starter ni merupakan antara menu favorite pelanggan yang datang ke Delicious Cafe ni. Mana tidaknya, ralit sungguh makan Nachos dengan kuah daging tu.

Muchacho Nacho Platter | RM30


Saved By The Bell-acan | RM18

Seriously, bila menu sampai saja di meja kami, terus menusuk ke hidung bau belacannya. Terasa perapan belacan tu hingga dalam isi ayam ni. Jilat jari dibuatnya. 4 ketul kepak ayam ini dihidangkan dengan sos cili Thai bagi melengkapkan lagi rasa ayam tu.

Saved By The Bell-acan | RM18


Salmon Else | RM22

Dalam banyak-banyak menu, Salmon Else ni satu-satunya menu yang Ayue tidak dapat menikmati sendiri rasa segar salmonnya sebab ia dihidangkan mentah. Maklumlah, ibu mengandung tak boleh makan makanan mentah ya. Tapi dari feedback rakan blogger yang lain, salmon segar Altantic dengan virgin lemon olive oil, lemon curd, horseradish sauce, Ikura, radish dan dill ini memang men starter yang terbaik untuk dicuba. Sangat fresh!

Salmon Else | RM22



Salads

One in a Melon | RM26

Antara salads yang paling Ayue suka sebab bukan saja buah tembikainya yang manis dan sayur-sayurannya yang segar, malah gabungan tembikai, sayur roket, keju feta, buah zaitun, pudina, basil, kacang pain, mutiara balsamic, minyak selasih, ravioli yogurt ni merupakan gabungan yang cukup sempurna.

One in a Melon | RM26


Sawa-Duck-Ka Salad | RM28

Untuk penggemar kerabu, anda pasti sukakan meni ni. Ayue sendiri suka makan pelbagai jenis kerabu termasuk kerabu mangga, perut dan sotong. Tapi di Delicious Cafe, kerabunya agak unik kerana bahan utamanya adalah daging itik. Haa, bukan calang-calang okey. Bila dicampurkan bahan-bahannya yang lain seperti pomelo segar, timun, tomato julienne, pudina, selasih Thai, basil, daun bawang, cili merah, biji bijan dan sos Thai, lebih terserlah rasa daging itik tadi. 

Sawa-Duck-Ka Salad | RM28



Burgers & Sandwiches


Mad As A Croque Madame | RM 30

Kayang dengan rasa cheddar cheese dan sos cheese yang melimpah ruah. Ditambah pula dengan turkey ham dan telur separuh masak diatasnya. Pergh, menggugat iman sungguh. 

Mad As A Croque Madame | RM 30


Go Cheesed Lightning | RM 45

Menariknya menu ini adalah dagingnya adalah 100% US Black Angus Patty. 80% daging, dan 20% lemak cincang. Rasa daging yang sedap mestilah kena ada lemak cincang sikit, baru umphh rasa dia. Daging yang semahal ini pula lebih sedap jika dimasak medium saja. Baru dapat rasa jus daging yang sedap tu. Menu ini dihidangkan dengan keju cheddar, bawang, jeruk, tomato, salad, onion rings.

Go Cheesed Lightning | RM 45



Mains

Country Roast With The Most | RM 39

Menu ini pun merupakan salah satu menu favorite Ayue. Mana tidaknya, daging ayam panggangnya sangat lembut dan masih mengekalkan kelembapan ayam tu sendiri. Jarang Ayue dapat rasa ayam yang dipanggang tidak kering dan keras. Rasa perapannya juga meresap hinggan ke dalam isi. Ayam yang dipanggan selama 48jam ini dihidangkan bersama kentang lenyek, coleslaw, roti jagung dan au jus.

Country Roast With The Most | RM 39

Country Roast With The Most | RM 39


Dibs On The Beef Ribs | RM 55

Ini lagi satu menu yang Ayue rasa sangat eksklusif tetapi dijual dengan harga yang berpatutan. Tulang rusuk daging lembu ini dimasak secara slow cook selama 5 jam bagi mengekalkan kelembapan dagingnya dan dihidangkan bersama kentang goreng ubi keledek, coleslaw, roti jagung, dan onion rings.

Dibs On The Beef Ribs | RM 55

Dibs On The Beef Ribs | RM 55



Pasta

Seashells By The Seashore Aglio Olio | RM 42

Pasta yang dihidangkan bersama fresh tiger prawns, squid, mussels, sundried tomatoes, button mushroom, parsley, basil, pangrattato dan juga hirisan cili padi ini sangat sesuai dengan citarasa orang melayu. Tidak terlalu pedas tapi ada ciri-ciri kemelayuannya. Makanan laut yang digunakan juga tidak hanyir, segar dan manis.

Seashells By The Seashore Aglio Olio | RM 42


Duck Con-fit For A King | RM 33

Kalau tadi kita makan daging itik dalam salad, kali ni kita makan daging itik dalam pasta pula. Jarang sebenarnya Ayue dapat makan daging itik ni. Bila dapat makan, memang seronok lah. Pasta ni dimasak menggunakan minyak zaitun, bawang putih, bawang, baby bayam, tomato sundried, dan daun ketumbar.

Duck Con-fit For A King | RM 33



Dessert & Drinks

Panna "Kota" Kinabalu | RM 22


Salah satu dessert favorite Ayue adalah panna cotta. Memang seronok lah bila dapat makan dessert kegemaran kan. Panna "Kota" Kinabalu ni merupakan gabungan panna cotta dengan bandung dan dihidangkan bersama aiskrim vanila. Memang menutup yang sangat sempurna.

Panna "Kota" Kinabalu | RM 22


Hi-Tea Set | RM 75++

Jika anda datang berkumpulan pula, Ayue cadangkan anda ambil Hi-Tea set ni. Lebih berbaloi kerana ada macam-macam di dalam set ini. Ada Chocolate Lava Cake, Chocolate Dipped Strawberries, Scones With Whipped Cream, Boysenberry Jam and Butter, Croissant, Vanilla Twist Danish, Blueberry Strudel Danish, Cinnamon Whirl Danish, Salmon Crudo Cocktail, Tuna and Ham & Cheese Finger Sandwiches, Belacan Chicken Wings, and Tea or Coffee.

Hi-Tea Set | RM 75++


Haa, macam mana? Terliur tak? Ayue kata dah tadi, menu-menu baru di Delicious Cafe ni sedap-sedap semuanya. Mana tidaknya, kesemua bahan-bahannya dibuat homemade oleh Chef Timothy Sebastian (Group Executive Chef) dan barisan team chef yang lain untuk memastikan setiap hidangan di Delicious Cafe adalah terbaik dan fresh untuk dimakan.

Malah sempena bulan ramadan ni, Delicious Cafe juga ada menghidangkan Movie Date Popcorn (RM 15) bersama kurma untuk para pelanggannya berbuka puasa. Popcorn ini juga dibuat sendiri okey. Popcorn nya disaluti dengan sos caramel, dan dipenuhi dengan kacang almond yang sangat sedap!

Movie Date Popcorn | RM 15

Antara menu yang paling Ayue suka adalah Salt & Pepper Squid, One in a Melon, Sawa-Duck-Ka Salad, dan Country Roast With The Most. Ada banyak lagi menu-menu baru yang ada. Anda kenalah datang dan cuba sendiri menu-menu baru ni ya. Memang lain daripada menu-menu yang pernah Delicious Cafe hidangkan sebelum ni. Cuba lah :)



Untuk maklumat lanjut, bolah layari :

Website : www.thedeliciousgroup.com
Facebook : Delicious 1 Utama
Instagram : @DeliciousCafeMy


Delicious Cafe 1 Utama
Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping
Centre (New Wing), 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Tel: 603 7724 1086



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.