Akhirnya,
muncullah fesyen yang tidak lapuk dek musim! Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena®
Happy Skin 24/7, merupakan satu siri yang
terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival
(MBSTYLOAFF) 2017.
Dihasilkan oleh
pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan
gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang sihat dan cantik.
Menurut Julia
Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson &
Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik
merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita. “Sebagai jenama No.1 yang
disarankan oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula
dengan kulit yang sihat – sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam
kehidupan harian mereka. Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang
sihat dan berseri apabila di depan cermin, tidakkah anda berasa lebih gembira
dan yakin untuk memulakan hari anda? Sememangnya, kulit yang sihat mampu
menggembirakan dan menceriakan seseorang dan inilah sebabnya kempen terbaru
kami menampilkan Happy Skin 24/7
dengan Neutrogena®,” katanya.
Tambah Teo lagi:
“Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO
AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki
kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit
Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik
untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen,
yang diinspirasikan konsep Happy Skin”!
Menerangkan
sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan kempen
terbaru Neutrogena®, Teo berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan
fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin
meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk
kesihatan kulit mereka”.
“Happy Skin adalah relevan bagi setiap
musim – ianya sememangnya bukan trend
sementara. Menerusi koleksi fesyen oleh para pereka kami, kami ingin
menunjukkan bahawa anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dengan Neutrogena®, kelihatan
cantik dan kekal gembira setiap masa!
Kami bekerjasama
dengan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang sering
mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan
warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan
bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7 Neutrogena®,” sambung Teo.
Keunikan
personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang
kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh
graduan Raffles Design Institute KL ini adalah: “Apa sahaja pun fesyen pilihan
anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!”
Koleksi Kittie
diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari
kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa
dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini
jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol,
garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin
seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.
Hazzer Wan Lee, pengarah
kreatif HWL by Hazzer Wan Lee Fashion
Atelier Kuala Lumpur, mempunyai sarjana dalam Fashion and Apparel Design dari Herriot-Watt University, Scotland.
Koleksi fesyen Hazzer
diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih
Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan
yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga
dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu. Teknik hebat dalam
memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi,
kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D
unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air.
Saksikan
kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7
Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat
lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®:
xoxo,
Join the conversation!