Mini Thailand Week 2017 di 1 Utama Shopping Centre

09 July 2017

Assalamualaikum. Salah satu negara Asia yang terkenal di mata dunia adalah Thailand. Sebut je Tomyam, mesti mereka tahu yang itu makanan pedas yang sedap dari Asia. Nampak tak betapa kuatnya pengaruh negara Thailand ni. Kalau sebut Thailand je, mesti dah terbayang-bayang tomyam yang pekat, pedas dan kaw dari sana. Kita yang duduk di Malaysia ni pun dah jadikan nya makan rutin hingga restoran tomyam boleh didapati dengan mudah di Malaysia.

Tapi sedap mana pun tomyam yang dijual di Malaysia, takkan sama dengan rasa originalnya di Thailand. Dah tu, takkan nak makan tomyam je kena ke Thailand kan? Sekarang ni pula Ayue tengah gila air Thai Tea dan Thai Green Tea. Pun dari Thailand juga. Dia punya sedap tu sampai Ayue tercari-cari lah dimana nak beli serbuk teh yang digunakan untuk buat air tu.


Nasib baik dengan 1 Utama Shopping Centre sedang berlangsung Mini Thailand Week 2017. Bukan setakat makanan dari Thailand yang dijual, tapi ada macam-macam lagi termasuklah kain buatan tangan, barangan fesyen dan produk kecantikan, perabot, hiasan rumah dan kraftangan yang unik.








Sebenarnya Ayue pernah ke Thailand sekali saja seumur hidup. Itu pun ke Krabi saja. tak sempat nak explore macam-macam benda best yang ada di Thailand. Lagi-lagi adat dan budaya mereka yang memukau tu. Mini Thailand Week 2017 ni mempamerkan barang-barang keluaran Thailand dengan kerjasama dari 28 syarikat dibawah satu bumbung. Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni. Paling penting, makanan dan minuman yang dijualkan telah pun diluluskan dan memenuhi piawaian HALAL Malaysia. Jadi anda boleh membeli tanpa was-was ya.






Mini Thailand Week 2017 merupakan Mini Thailand yang ke-9 sejak dari tahun 2009 yang dirasmikan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Thailand. Dengan tema “Urban Lifestyle”, ia menawarkan pelbagai produk gaya hidup dari Thailand yang original. Tahun lepas saja pengunjung yang datang mencapai 20,000 orang, jadi tahun ni mungkin mencecah 25,000 orang sebab lebih banyak barangan menarik yang dipamerkan.

Niat Ayue nak cari serbuk teh Thailand dan paste tomyam saja, tapi rupanya banyak lagi barangan yang menarik perhatian Ayue. Antaranya barang kemas, barangan kecantikan, dan kraftangan. Maklum lah, perempuan mana boleh tengok benda-benda cantik ni. Mesti berkilau biji mata.












Bukan itu saja, jika anda bernasib naik, anda juga akan berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian kebudayaan Thailand tau. Sangat unik dan lemah gemalai. Terhibur juga lah Ayue melihatnya. Yang pasti, setiap tarian mereka ada kisah disebaliknya. Macam tarian di Mini Thailand Week ni, Ayue dapat lihat kisah mereka menuai padi.




Untuk anda yang sukakan lukisan mural pula, pelukis seni yang agak popular di Thailand dengan karya-karya Mural yang menarik iaitu Mr. Tanupon En-On juga ada di pameran ni. Menariknya, Mr. Tanupon En-On sendiri akan ajar anda tentang teknik-teknik yang di gunakan untuk hasilkan Mural dan anda hanya perlu bayar RM20 untuk bawak balik barangan tersebut. Best kan?




Mini Thailand Week 2017 di 1 Utama Shopping Centre (New Wing) ni akan berlangsung dari 6 - 9 Julai 2017 dair pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lupa singgah okey? Kalau anda snap gambar dan post ke Facebook Mini Thailand Week dengan #minithailandweek2017, anda akan menerima hadiah istimewa daripada penganjur. Ayue dah beli serbuk teh dan paste tomyam, anda macam mana pula?


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

FB: Thailand Trade Show.MY
Email : thaibusinessmatching@gmail.com
Hubungi : 03-7960 5055



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Seronoknyaaaa airah memang suka tomyam ! Nak datang sini jauh sangat pulak

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.