PappaDelivery | Food Delivery terbaik di Klang Valley

31 July 2017

Assalamualaikum. Bila dah mula sarat ni, nak buat apa pun jadi tak larat. Walaupun Ayue takda alah mengandung yang teruk macam tak boleh bau tumis memasak, tapi bila dah mula tak larat, nak masak pun jadi tak rajin tau. Husband kena redha je la kalau isteri dia ajak makan luar. Tapi sekarang tak payah susah-susah nak keluar dah sebab Ayue ada jumpa satu perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah yang dah terjamin kesedapan makanannya.

PappaDelivery. Haa, PappaDelivery ni memang food delivery yang terbaik sekitar Klang Valley ni sebab dia ada pelbagai pilihan makanan yang menarik. Anda bukan saja boleh order western food tapi boleh juga order rice, noodle, snack, toast dan minuman sekali. Kena lah tu dengan selera tekak Ayue dan suami. Ayue suka makanan melayu, suami suka western food.



Kenapa Ayue kata makanan yang dihantar oleh PappaDelivery ni memang dah terjamin kesedapannya? Sebab makanan ini sebenarnya adalah makanan daripada PappaRich. Memang salah satu tempat favorite Ayue dan suami. Jadi tak perlu lagi lah nak bersesak beli barang dapur dekat pasaraya tu, nak kena masak lagi. Aduhai, tak larat sungguh rasanya.

Jadi bila suami Ayue on the way nak balik, boleh lah Ayue order siap-siap PappaDelivery ni. Sedang elok je nanti dia sampai rumah, makanan pun dah terhidang. Ayue tak perlu risau tentang cara penghantaran dari PappaDelivery ni sebab mereka akan hantar makanan walau dalam apa jua keadaan pun. Hujan ke, panas ke. Makanan anda tetap akan sampai ke rumah.


Yang bestnya, bukan saja boleh dihantar ke rumah, malah ke pejabat juga. Kalau anda malas nak keluar lunch, atau nak buat makan-makan di pejabat. Order saja dari PappaDelivery, selesai masalah.




Untuk pilihan menu pula, ada 6 kategori yang anda boleh pilih. Nasi, Mi, Makanan Barat, Snek, Roti Bakar dan Minuman. Pilih saja yang berkenan di hati dan pilih tempat yang anda mahu PappaDelivery hantar makanan anda.



Ada beberapa zon yang PappaDelivery cover buat masa ni.
  • Ampang
  • Jalan Ipoh/Sentul
  • Setapak
  • Sri Petaling/ Bukit Jalil
  • Kepong/Jinjang
  • Bangsar
  • Ara Damansara
  • Kota Damansara
  • Batu Caves
  • Gombak
  • Selayang
  • Damansara
  • Petaling Jaya
  • Bandar Utama
  • Sg. Buloh
  • Cheras




Minimum order adalah RM15 (include GST) dan akan dicas RM5 untuk food delivery jika total makanan yang order dibawah RM30. Kalau lebih RM30, maksudnya FREE delivery. Tengok lah salah satu menu favorite Ayue ni. Mengancam sungguh. Nasi Lemak with Sweet & Spicy Sotong. Sedap tau!



Antara menu-menu lain yang ada pula.
















Oh ya, kalau anda nak order Papparich Coffee dan Cat & The Fiddle Cheesecake pun boleh melalui PappaDelivery ni. Best kan? Cepat-cepat order ok?

Untuk maklumat lanjut boleh layari : https://pappadelivery.my/


xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.