Review | Nurish Organiq Cerah Berseri Hanya Dalam 1 Hari

11 July 2017

Assalamualaikum. Untuk anda yang tercari-cari produk penjagaan wajah yang berasaskan organik dan halal, anda boleh cuba Nurish Organiq yang kini telah pun berada di pasaran. Dilengkapi dengan pembersih wajah, skrub wajah, penyegar, serum mata, esen wajah, krim siang dengan SPF20 dan krim malam yang mana semuanya telah disahkan selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit.


Rangkaian penjagaan kulit Nurish Organiq diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan semulajadi dan bahan-bahan organik tanpa bahan-bahan yang berpotensi membahayakan kulit. Ia diuji secara termatologi dan selamat tanpa pewarna tiruan, tanpa minyak mineral, tanpa SD-alkohol, tanpa lanolin, tanpa sulfat, tanpa paraben dan bebas komedogenik.


Ia mengandungi 500,000 ekstrak aktif Kemboja yang dapat membantu menghalang pembentukan bintik-bintik hitam dan pigmentasi, menjadikan kulit cerah berseri tanpa cela.


4x Aksi Cerah diperkaya dengan 100% ekstrak tumbuhan semula jadi


Kemboja
Akti-Oksida semula jadi untuk mencerah dan mengekalkan kelembapan dan penghidratan kulit.

Bunga Raya 
AHA semula jadi untuk pengelupasan kulit dengan lembut dan menggalakkan pembaharuan dan pencerahan kulit.

Bilberi
Agen pencerahan organik untuk memudarkan pigmentasi.

Timun 
Agen pengecilan pori dan pencerahan semula jadi untuk membantu menghaluskan kulit dan mengurangkan pembentukan pigmentasi agar kulit kelihatan cerah gebu sempurna.


Ok lah, jom Ayue terangkan cara-cara atau regime pemakaian set penjagaan wajah Nurish Organiq ni ya.


Regime Pencerah

Langkah 1 : Pembersih Kawalan Minyak/Pembersih Pencerah Wajah/Skrub Wajah
Langkah 2 : Penyegar & Pencerah Wajah
Langkah 3 : Serum Pencerah Mata/Esen Pencerah Muka
Langkah 4 : Krim Pencerah Sian SPF20/Krim Pencerah Malam




Cara penggunaan

Pembersih Kawalan Minyak/Pembersih Pencerah Wajah/Skrub Wajah
Gosok pada tapak tangan dengan sedikit air sehingga berbuih. Urut dengan lembut pada kulit wajah leher, kemudian bilas sehingga bersih.

Penyegar & Pencerah Wajah
Tuangkan amaun yang secukupnya di tapak tangan dan sapukan dengan lembut di kulit wajah dan leher.

Serum Pencerah Mata
Letakkan dihujung jari dan tepuk-tepuk dengan lembut di sekitar mata sehingga meresap sepenuhnya.

Esen Pencerah Muka
Sapu dengan lembut di seluruh kulit wajah dan leher, urut dengan perlahan dalam gerakan memusing.

Krim Pencerah Sian SPF20
Sapu dengan lembut di seluruh wajah dan leher dengan perlahan dalam gerakan memusing.

Krim Pencerah Malam
Sapu dengan lembut di seluruh wajah dan leher dengan perlahan dalam gerakan memusing.


Nurish Organiq dihasikan untuk memenuhi keperluan peribadi wanita Islam yang tidak dapat mencari produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kehendak mereka dengan matlamat untuk menjadi jenama Halal no.1 Malaysia dengan bahan-bahan semulajadi dan organik.


Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Website : http://www.nurishorganiq.com
Facebook : https://www.facebook.com/NurishOrganiqMY
Instagram : https://www.instagram.com/nurishorganiq/





xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.