Anlene HEART-PLUS membantu menjaga kesihatan jantung anda

30 August 2017

Jenama susu dewasa terkemuka, Anlene® bersama dutanya Dato’ Sheila Majid menyeru warga Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung mereka dengan menjaga 3 Tinggi iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi. Seruan ini dilakukan pada pelancaran Anlene HEART-PLUS™, produk susu tepung baharu yang diformulasikan untuk membantu menjaga kesihatan jantung berikutan statistik tahap kesihatan rakyat Malaysia yang membimbangkan.


Menurut Professor Dr. Chee Kok Han, Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi, yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, ia juga merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Berkongsikan tip-tip penjagaan kesihatan jantung di majlis pelancaran, Dr. Chee berkata: “Hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi, satu daripada enam mengalami diabetes Jenis 2, dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun.”

“Oleh itu, golongan dewasa perlu lebih berwaspada dan menjaga 3 Tinggi ini menerusi tabiat serta gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia berkata, demi memenuhi keperluan gaya hidup sihat pengguna Malaysia, syarikat tersebut telah berinovasi untuk menghasilkan formulasi terbaharu bagi membantu menjaga kesihatan jantung serta menganjurkan kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung.


“Di Fonterra, kami fokus dalam menghasilkan produk tenusu yang bukan sahaja lazat tetapi meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Sejajar dengan misi ini, peningkatan usaha kami beberapa tahun kebelakangan ini, membawa Anlene® menjangkau lebih daripada aspek pemakanan untuk tulang. Bermula dari tahun lepas , kami telah menambah MoveMax™ ke dalam formulasi Anlene® untuk menjaga bukan sahaja tulang, tetapi membantu menjaga aspek pergerakan seperti sendi dan otot. Tahun ini, produk terbaharu kami Anlene HeartPlus™ mengandungi MoveMax™ dan HeartMax™, yang mengandungi gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung disamping juga menyokong pergerakan,” tambahnya lagi.

Gabungan nutrien HeartMax™ termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA), dan kalium, dengan kebaikan-kebaikan seperti berikut:
  • Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah;
  • Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan
  • Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah. 
Tambahan pula, formulasi Anlene Heart Plus™ diuji mengandungi Indeks Glisemik yang rendah*. Pengambilan makanan dengan indeks glisemilk yang rendah adalah penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah.

Bersetuju dengan nasihat daripada Dr. Chee, Karen berkata walaupun cara pemakanan yang betul merupakan permulaan yang baik, golongan dewasa Malaysia juga perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik.

“Oleh itu Anlene® memilih untuk bekerjasama dengan ratu jazz kesayangan Malaysia, Dato’ Sheila Majid, untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung dan gaya hidup yang sihat,” kata Karen.


Berkongsi dengan ramai, dua cinta dalam hidupnya, Sheila berkata: “Bukan mudah untuk kekal aktif setelah 32 tahun berkecimpung dalam industri muzik dan pada masa yang sama, memberi perhatian kepada keluarga saya, terutamanya dua orang anak saya yang aktif dan masih bersekolah. Untuk terus melakukan apa yang saya gemari, saya harus kekal aktif dan amalkan diet yang seimbang untuk kesihatan dan kesejahteraan diri saya.”

“Oleh itu saya menyeru agar rakyat Malaysia, tua atau muda untuk mula menjaga kesihatan jantung mereka dan menjaga 3 Tinggi. Lakukan senaman secara kerap, amalkan diet yang seimbang dan minum dua gelas Anlene Heart-Plus™ setiap hari, anda akan terus melakukan apa yang anda gemari!” tambah Sheila lagi.

Dr. Chee bersetuju dengan pendekatan Sheila untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menasihatkan mereka yang ingin mengekalkan jantung yang sihat. “Untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik, lakukan pemeriksaan jantung tahunan untuk menjaga tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah,” kata Dr. Chee.

“Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stres anda. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam, yang juga dapat membantu menjaga 3 Tinggi anda!

Anlene Heart-Plus™ kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Plus™ dan tips menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di www.anlene.com.my.



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.