Majlis Pelancaran Rencana Royale TTDI Smart Home

29 August 2017

Assalamualaikum. Memiliki rumah dan hartanah sendiri adalah impian setiap orang termasuklah Ayue. Siapa yang tak nak ada rumah sendiri kan? Lagi-lagi bila kita dah mula berkeluarga, mesti kita nak sediakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Ayue dan suami juga memang ada perancangan untuk memiliki rumah sendiri, cuma rezekinya belum ada. Tapi takpa, apa yang Ayue nak share dengan anda hari ni adalah sesuatu yang akan membuatkan anda senyum lebar terutama untuk anda yang mencari rumah yang mampu milik.


Rencana Royale


Anda pernah dengar tentang Rencana Royale?

Rencana Royale ni merupakan sebuah projek pembangunan daripada CK East Group yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang mempunyai pelbagai jenis suite. Pembangunannya merangkumi dua ekar tanah komersil dengan jumlah 622 unit yang ditempatkan dalam 2 blok yang dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam infiniti langit, gimnasium, taman permainan, bilik permainan dan taman.

Unit-unit di Rencana Royale bermula dari saiz 472 sqft sehingga 5,780 sqft dan bernilai dari RM282,000 hingga RM3,990,000. Rencana Royale terdiri daripada 13 tingkat pembangunan Suite merangkumi Deluxe Suite Duplex, Deluxe Suite, Executive Suite Duplex dan Executive Suite.


Apa yang menariknya adalah, Rencana Royale ni letaknya di kawasan yang sangat strategik kerana ia berdekatan dengan mall seperti Ikea Damansara, The Curve, Tesco Damansara, 1 Utama, Publika, Sunway Giza Mall, Tropicana City Mall, Bangsar Shopping Centre, Suria KLCC dan Mid Valley. Kawasan hot dan ramai orang lah kiranya. Jadi kalau anda membuat pelaburan, memang sangat berbaloi.


Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home


Semalam Ayue telah ke Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home dan European Quality Award di Rencana Royale Sales Gallery, TTDI yang turut dihadiri oleh Dato Razali Bin Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). 




Sebelum ni Ayue hanya melihat konsep smart home ni di internet, tapi kali ni Ayue dapat lihat sendiri bagaimana konsep smart home yang serba serbi canggih ni. Mana tidaknya, dengan kawasan yang terhad, CK East Group berjaya membuatkan unitnya menjadi sangat luas dan selesa.


Untuk memudahkan pembeli membuat pilihan dan rasai sendiri bagaimana rasanya berada di dalam salah satu unit mereka dengan konsep smart home, CK East Group telah membuat satu show unit yang bernilai hampir RM300,000. Show Unit inilah yang Ayue lihat tadi. Siapa saja yang melihatnya mesti jatuh hati terus.









Dengan keluasan hanya 472 sqft, ia mampu meletakkan dua biji katil, satu ruang dapur yang sangat selesa, bilik air dan ruang tamu yang boleh diubahsuai menjadi bilik utama. Hebat bukan? Sangat sesuai untuk golongan muda dan keluarga yang kecil.




Selain dari katil yang boleh disembunyikan pada siang hari, satu lagi konsep smart home yang Ayue suka adalah meja makannya yang boleh digerakkan dengan mudah untuk memberi ruang yang lebih luas jika anda dikunjungi oleh rakan-rakan. Malah kawasan itu juga boleh dijadikan tempat untuk lepak sambil menonton rancangan menggunakan projektor. Kira macam mini teater lah. Best kan? 


Meja study ini pula boleh dipanjangkan menjadi meja makan. Tidak memakan ruang yang banyak. Manakala TV itu pula boleh digerakkan ke kiri dan kanan untuk kemudahan anda. Sambil memasak pun boleh tengok sinetron okey. Best betul. Kalau Ayue bujang, memang rumah macam ni menjadi pilihan Ayue.


Memandangkan Rencana Royale ni dibina di atas tanah rizab Melayu, jadi projek ini hanya dijual kepada pembeli Melayu dan telah pun dijual 80%. CK East Group pula menawarkan harga yang murah dari harga pasaran. Itu yang jualan hangat macam goreng pisang panas tu.

Siapa yang tak sempat grab tu memang rugi lah. Tapi jangan risau kerana CK East Group mempunyai projek pembangunan lain yang anda boleh pertimbangkan. 


European Quality Award

Selain dari Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home, malam semalam juga turut meraikan kemenangan CK East Group di European Quality Award (EQA) dalam ‘Kecemerlangan dan Pengurusan Kualiti’ dari Jawatankuasa Socrates pada European Awards Night yang akan diadakan di Cannes France, Oktober nanti.


Berbeza dengan pemaju lain yang lebih mementingkan gaya hidup dan kemudahan semata-mata, CK East Group pula sangat mementingkan kualiti setiap binaannya. Malah mereka juga turut memastikan yang projek mereka mematuhi piawaian antarabangsa dan siap dibina tepat pada masanya mengikut spesifikasi yang ditetapkan kata Mr Ng Chong Kiat, Pengarah Urusan CK East Group. Yela, kita dah melabur duit yang banyak, mesti lah kita harapkan kualiti yang bagus kan?


Bukan mudah untuk memenangi anugerah ini ya kerana Sandeep Juneja, Pengarah Urusan Sandeep Juneja Holdings Sdn Bhd. berkata “European Quality Award telah ditubuhkan pada tahun 2000 untuk memberi penghargaan kepada syarikat serantau yang terbaik dari segi pengurusan kualiti. Calon-calon terpilih akan melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk kriteria seperti pelaksanaan sistem pengurusan mutu yang moden, pengendalian mutu, operasi, produksi dan kecekapan pemasaran, kelebihan daya saing, sijil nasional, serantau dan antarabangsa, pendapat berorientasikan pelanggan, profesionalisme, mesra alam dan reputasi perniagaan”.



Tahniah diucapkan kepada CK East Group atas kejayaan menerima anugerah European Quality Awards untuk pencapaian cemerlang dalam bidang tanggungjawab sosial korporat, hubungan antarabangsa, ekonomi, politik, sains dan aktiviti sosial.


Untuk maklumat lanjut tentang Rencana Royale, boleh layari:


Facebook :
https://www.facebook.com/Rencanattdi/
https://www.facebook.com/RencanaRoyale/

Interested to own one, can contact their sales team @0377221688




xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.