Stationery Stylo di Sassy | Online gift and lifestyle store

10 October 2017

Assalamualaikum. Sejak dari zaman belajar lagi sampai lah ke zaman bekerjaya Ayue memang suka tulis nota dalam buku yg Ayue custom sendiri coraknya. Sanggup beli pen warna dan pembalut semata-mata nak bagi buku nota Ayue cantik dan seronok untuk menulis. Tapi sekarang tak perlu lagi dah buat semua tu sebab buku dan alat tulis yang cantik-cantik dah ada di pasaran. Antara yang paling Ayue suka adalah dari jenama SASSY - online gift and lifestyle store.


Untuk pengetahuan anda, SASSY ni sebenarnya adalah satu jenama alat tulis baru yang sesuai dengan gaya hidup kita sekarang. Yela, orang zaman sekarang kan semuanya nak trendy, ada style, kalau boleh semua benda nak yang insta-ready. Boleh snap gambar cantik-cantik lepas tu uplaod terus ke Instagram. Betul tak?

Sama lah Ayue pun. Apa yang buatkan Ayue suka dengan jenama SASSY ni adalah produknya sangat praktikal, cantik, sesuai dengan citarasa wanita ataupun lelaki zaman sekarang dan yang paling penting, harganya berpatutan. Kalau mahal-mahal, fikir dua tiga kali juga nak belikan. Hehe.

Kalau anda nak cari produk SASSY, anda boleh ke kedai MPH berdekatan. Tapi untuk memudahkan anda, SASSY telah pun melancarkan online stationery store supaya anda boleh cari produk keperluan anda dan membelinya dengan mudah di https://www.sassy.com.my/


Menariknya jenama SASSY ni, dia mempunyai siri koleksi yang pelbagai. Baru-baru ni SASSY melancarkan satu koleksi baru iaitu Koleksi Lemon, Koleksi Hitam dan Emas, Koleksi Neon dan Koleksi Tropika. Cantik sangat semuanya sampai Ayue tak tahu nak pilih yang mana satu.

Black and White Collection

Tropical Collection

Neon Collection

Lemon Collection

Bukan senang tau Ayue nak rambang mata sampai macam ni sekali sebab Ayue ni cerewet orangnya. Susah nak memenuhi citarasa Ayue. Tapi design-design yang ada pada produk SASSY ni memang mengancam betul lah. Rasa macam nak borong semuanya.

Mana tidaknya, design produk semuanya up to date. Tak terhad pada satu style pula tu. Macam Ayue suka gold, memang Ayue tertarik dengan Koleksi Black and Gold ni. Nampak smart gila okey.


Untuk anda yang suka tema buah-buahan, warna pastel atau yang lain-lain, boleh tengok koleksi-koleksi yang ada di website SASSY sendiri. Seriously mesti anda juga rambang mata macam Ayue. Ada macam-macam produk alat tulis yang dijual antaranya buku nota, pencil case, pen, clipboard, planner, kalkulator dan macam-macam lagi.

Tablet Sleeve


Pencil Case


Ayue suka betul dengan kualiti produk SASSY ni. Sangat bagus dan berkualiti. Kertasnya keras, sedap je nak menulis. Rasa macam eksklusif sangat.

Journal With Pen Holder



Note Pad



Favourite Ayue adalah planner. Tengok lah, memang sesuai betul dengan citarasa Ayue. Design, style, dan material nya memang terbaik. Ayue suka dengan corak dan susun atur pada planner ni. Bukan saja cantik, malah mudah untuk atur aktiviti harian Ayue. Tak macam sesetengah jenama stationery Malaysia yang lain yang nampak saja cantik, tapi kualiti tidak setanding harga. Mahal saja tapi tidak sesuai untuk kegunaan harian. Membazir saja beli.

Planner




Selain MPH dan online store, SASSY juga boleh didapati di KL Sogo. Ia baru saja dilancarkan pada 25 Ogos yang lepas. Anda boleh lah tengok koleksi-koleksi SASSY yang ada di sana. Jangan kata anda, silap-silap anak-anak anda juga berkenan dengan koleksi dari SASSY nanti. Jangan rambang mata okey?

Kalau anda nak beli online pula, Ayue ada benda best nak share dengan anda ni. Anda boleh guna voucher code dibawah untuk dapatkan diskaun sebanyak 30% di website SASSY yang dijual pada harga normal.

VOUCHER CODE
AYUE30

Voucher ni boleh guna sehingga 31 Oktober 2017 saja tau. Jadi cepat-cepat shopping di SASSY okey? Pembelian melebihi RM80 akan dapat FREE shipping tau. Yeay!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website : https://www.sassy.com.my/
Instagram : @mysassystuff





xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.