Lepas sebulan Ayue bersalin, alhamdulillah, rezeki susu tu sentiasa ada, cuma tak meriah. Hormon ibu mengandung dan menyusu ni kan setiap orang berbeza. Ada yang banyak susu nya, ada yang kurang, ada juga yang tiada langsung. Alahai, sedihnya. Hormon memang tak stabil. Bila dah tak stabil tu, macam-macam lah kesannya, naik jerawat lah, tekanan lah, silap-silap boleh jejaskan kesuburan kita. Haa, tak bagus tau kalau hormon tak stabil ni. Susu pun boleh drop. Sampai ada ibu yang mengalah dan terpaksa menggunakan susu formula untuk mengisi perut anak supaya tidak lapar.
Setakat ni Ayue hanya cuba milkbooster secara natural je. Ikut petua orang dulu-dulu tu. Tapi susah juga nak cari yang serasi dengan Ayue. Macam-macam juga petua yang Ayue dah cuba tau. Macam-macam jenis herba dah Ayue telan, tapi tak juga jumpa yang betul-betul serasi. Cuma setakat naik sedikit kuantiti susu bila Ayue pam. Susah hati dibuatnya. Yela, kalau boleh Ayue nak sediakan stok EBM masa dalam pantang ni. Senang nanti dikemudian hari.
Anak lelaki ni sangat kuat menyusu sampai kadang-kadang Ayue rasa susu Ayue ni tak cukup untuk baby Ayue tu. Lepas tu mula lah stress. Bila si ibu mula stress, letih dan penat, susu akan makin berkurang. Bila dah kurang, lagi lah stress kan. Itu belum tambah lagi dengan pengambilan pil perancang, faktor pemakanan, sakit, salah teknik mengepam dan lain-lain lagi. Semua tu menyumbang kepada faktor mengurangan susu ibu tau.
Tapi mana boleh cepat putus asa. Kata dah nekad nak susu kan baby sampai 2 tahun, kena lah ikhtiar macam-macam kan. Ayue cuba ambil MAMTEEN, makanan tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan serta menstabilkan hormon wanita. Yang penting, Mamteen ni juga bertindak sebagai milkbooster tau. Sambil-sambil bagi tenaga dekat Ayue yang penat bersalin ni pun tak hilang lagi, boleh meriahkan susu Ayue juga.
Untuk anda yang tak pernah dengar jenama Mamteen ni, ia merupakan tablet kunyahan yang mengandungi tiga bahan utama iaitu susu, delima dan kurma. Manakala bahan tambahan lain bagi membantu penyokongan terhadap keberkesanan tablet ini adalah brokoli, tomato, saffron, dan daun zaitun. Wah, bagus betul bahan utama dia. Susu, kurma dengan delima memang makanan yang Ayue amalkan sejak dari mengandung lagi tau.
Setiap bahan-bahan yang digunakan dalam Mamteen ni mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya:
DELIMA
- Delima dapat membantu mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik.
- Memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
- Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung.
- Buah delima baik untuk penghadaman perut.
- Delima berkesan mengurangkan kemungkinan diserang kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser payudara.
- Buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kulit yang sihat merupakan dambaan setiap orang.
- Mencegah keletihan.
- Mencegah rasa mual.
- Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
- Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah.
KURMA
- Kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa(glukosa memberikan tenaga kepada ibu mengandung untuk melakukan aktiviti seharian)
- Tenaga diserap serta merta selepas makan kurma.
- Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.
- SUSU
- Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar.
- Kalsium susu dapat menguatkan tulang.
- Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf.
- Mengandungi kalsium yang dapat mengurangkan risiko kanser terutama kanser usus besar.
- Mengandungi “Conjugated Linoleic Acid” (CLA) yang membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan reaksi alergi makanan.
- Mengandungi protein berkualiti tinggi dan banyak lagi.
BROKOLI
- Meningkatkan sistem imunisasi kerana brokoli kaya dengan beta-carotene, zinc dan selenium yang menguatkan system imunisasi.
- Mengurangkan risiko kecacatan dalam kandungan kerana secawan brokoli mengandungi 94mg asid folik, iaitu salah satu vitamin B yang sangat penting untuk tumbesaran janin semasa dalam kandungan.
- Mengurangkan penyakit kencing manis ini kerana brokoli kaya dengan fiber dan rendah kandungan gula, penggunaan insulin dapat dibekalkan pada tahap yang minimum.
- Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar.
- Kalsium susu dapat menguatkan tulang.
- Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf.
- Menggalakkan kesihatan tulang kerana brokoli mengandungi lebih banyak kalsium berbanding kebanyakkan produk tenusu, serta mengandungi vitamin K yang menggalakkan tulang yang sihat sekaligus dapat menghindarkan osteoporosis di usia muda.
- Vitamin C di dalam brokoli yang bertindak sebagai antioksidan dan anti-keradangan membantu melegakan symptom selsema.
TOMATO
- Membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1,B3,B5,B6,B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus.
- Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok.
- Memperbaiki sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.
- Mengurangkan bahaya pengambilan ubat statin, ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati.
SAFFRON
- Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
- Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
- Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
- Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
- Menambahkan tenaga zahir dan batin.
- Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
- Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.
- Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
- Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
- Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
- Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.
DAUN ZAITUN
- Daun Zaitun banyak digunakan untuk menjaga kestabilan gula darah dalam tubuh.
- Kandungan antioksidan di dalam daun Zaitun ini lebih tinggi dibandingkan teh hijau yang selama ini dikenal sebagai sumber antioksidan yang sangat baik bagi tubuh.
- Daun Zaitun dapat mencegah kerosakan saraf dan mencegah penyakit kanser.
Fuh, banyak betul khasiatnya. Patut lah badan rasa segar je. Susu pun makin meriah ni. Ayue sendiri dah cuba Mamteen ni okey. Seriously, lepas je makan 2 biji Mamteen sebelum breakfast, tengahari tu Ayue dapat rasa breast Ayue ni berdenyut-denyut. Macam susu mengalir gitu. Lepas tu rasa berat dan macam nak bengkak. Eh, takkan lah cepat betul kesannya kan? Rupanya iya. Memang cepat pun. Ayue terus pam dan hasil kuantiti yang Ayue pam memang banyak dari biasa. Nak melompat rasanya tau. Happy bukan main lagi. Ini baru sekali makan. Kalau Ayue ambil secara berterusan, macam mana lah agaknya kan.
Nak makan pun senang sebab botolnya kecil saja. Boleh masukkan dalam beg dan makan bila-bila masa yang Ayue nak. Tapi kena makan masa perut kosong tau. Kiranya sebelum anda makan lah. Dan makan hanya 2-3 biji saja sehari. Dah la rasa dia sedap. Rasa susu dengan delima. Nak makan pun senang je, isap atau kunyah.
Selain dari nak tambah susu badan, Mamteen ni juga sesuai untuk anda yang sedang ikhtiar untuk hamil kerana kandungan di dalam Mamteen dapat menyuburkan hormon wanita (vitamin C, kurma, olive leaf extract, saffron powder dan DHA), ibu hamil yang usia kandungannya 12 minggu keatas, ibu menyusu kerana ia bertindak sebagai milkbooster, wanita dalam pantang dan juga untuk anda yang mempunyai period yang tidak teratur.
Rupanya bukan Ayue je yang dapat rasa kebaikan Mamteen ni. Ada banyak lagi wanita-wanita lain yang rasa kesan yang sama. Anda boleh baca testimoni di bawah ni. Cuma Ayue nak tekan kan dekat sini, setiap orang lain tindak balas badannya terhadap sesuatu produk. Mungkin untuk Ayue seawal beberapa jam, untuk anda pula makan masa sehari. Jadi anda kena sabar ya?
Untuk anda yang berniat untuk menyusukan anak anda secara eksklusif macam Ayue, anda kenalah menyusu dengan kerap. Menyusu dari awal selepas anda bersalin lagi. Itu lah namanya menyusu secara eksklusif. Masa awal-awal tu anda jangan risau jika susu anda sedikit kerana perut bayi anda masa tu masih kecil lagi. Susu yang dihasilkan oleh anda insyaAllah cukup untuk keperluan anak. Semuanya berdasarkan konsep 'demand' dan 'supply'. Lagi banyak anda menyusukan anak anda, lagi banyak susu yang terhasil mengikut keperluan anak anda. Percaya lah.
Jadi jangan risau okey? Kalau anda nak ikhtiar guna milkbooster, boleh cuba Mamteen ni ya. Ayue recommend sangat sebab Ayue sendiri dah rasa keberkesanannya. Mamteen ni tiada kandungan kolagen, jadi anda yang alah pada kolagen tu jangan risau ya. Anda boleh ambil Mamteen ni. Lagi pun Mamteen dah pun dapat kelulusan KKM dan kilang GMP. Boleh makan tanpa was-was. InsyaAllah.
INFO PRODUK
MAMTEEN (30 TABLET KUNYAH)
RM 65 - SEMENANJUNG MALAYSIA
RM 69 - SABAH DAN SARAWAK
Untuk anda yang berminat untuk cuba Mamteen, anda boleh layari:
INSTAGRAM : INSTAGRAM.COM/MAMTEENHQ
FACEBOOK : FACEBOOK.COM/MAMTEENHQ
xoxo,
elok tau ayue.. jue makan mamteen ni terus mai period dekat setahun tak mai.. hehehe..
ReplyDeleteKak nina pun tengah amalkan Mamteen ni.. Sedap!
ReplyDeleteBerkesan lak tu...
Bru cuba gak produk ni.. bgus!
ReplyDeleteMamteen sedap sebab tak rasa mcm tablet milkbooster pun. Rasa mcm gula gula je.
ReplyDeleteCongrats sis! InshaAllah ok tu susu badan. Bahan-bahan dalam Mamteen ni bagus sangat untuk kita yang wanita ni.
ReplyDelete