Hada Labo Hydrating Cream

20 July 2016

Memiliki kulit wajah yang lembut dan berseri adalah penting bagi setiap wanita. Namun, pendedahan berterusan kepada cahaya matahari, cuaca kering atau penghawa dingin boleh menjadikan kulit menjadi kering dan kusam. Kini, Hada Labo Hydrating Cream baharu yang dipertingkatkan dengan Vitamin A.C. E berkesan mengembalikan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit agar kulit kekal lembut dan sinar berseri. 




Hada Labo Hydrating Cream ini diperkaya dengan Vitamin A, C dan E yang dikunci dalam manik-manik mikro berwarna kuning. Apabila krim ini disapu pada kulit, nutrisi di dalam manik akan dibebaskan secara beransur-ansur ke dalam kulit. Ramuan antioksida ini bertindak secara bersama untuk mengembalikan penghidratan kulit dan menyerlahkan kulit yang lebih licin, padat dan cantik berseri. Kini, kulit anda bukan sahaja bertambah tegang, malahan ia menjadi lebih lembut serta dapat mencegah dari radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Hada Labo Hydrating Cream ini juga mengandungi ramuan 4 jenis Asid Hialuronik (HA) yang berlainan saiz iaitu - saiz besar, sederhana, super HA dan nano HA berserta dengan nutrisi tumbuhan untuk membekalkan kelembapan dari dari permukaan luar sehingga jauh ke dalam lapisan kulit. Ia juga dirumuskan dengan teknologi Hada Labo High Performance Penetrating & Deep Moisturizing (HHP&M) untuk membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk menyerap nutrien daripada produk penjagaan kulit seterusnya.

Hada Labo Hydrating Cream ini adalah pH seimbang dan bebas daripada ramuan haiwan, alkohol, pewangi, pewarna serta minyak mineral. Oleh itu, ia sesuai untuk kulit normal dan kulit kering. Untuk mendapatkan hasil yang ketara, gunakan dua kali sehari selepas menyapu Hada Labo Hdyrating Lotion. Sapukan krim pada seluruh bahagian muka dan leher dan tepuk secara perlahan-lahan bagi membolehkan penyerapan menyeluruh ke dalam kulit.

Krim Hidrasi Super Asid Hyaluronic, 50g dijual pada harga RM69.90 dan boleh didapati di semua kedai farmaseutikal terkemuka bermula Mei 2016.



xoxo,



Join the conversation!

  1. Dkt twer ramai yg ckp hada labo ni best. Tringin gak try, kulit muka ni susah btl nk jmp skin care yg elok

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.