Cabaran Raja Kuah Knorr 2017

12 December 2017

Pengusaha makanan Nur Fakhira Mohd Rosli, 27, berjaya menyakinkan para pengadil juri untuk dinobatkan juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2017, yang menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu digemari oleh ramai rakyat Malaysia.

Juara Nur Fakhira Mohd Rosli (kedua dari kanan) dengan Pengarah Urusan UFS Nusrat Perveen, Pengarah Pemasaran Rangkaian Claire Sullivan dan naib-juara Mohd Sharifudin Saleh dan pemenang ketiga Zaleha Idris.

Dengan menampilkan dua hidangan ayam dan satu hidangan udang iaitu Udang Kari Kering, Masak Lemak Tempoyak Ayam dan Ayam Kichap Szechuan, kesemua hidangan kreatif ini menjadi pilihan utama pengadil juri yang terdiri dari cef.

Para juri sedang mencuba hidangan masakan peserta Fakhira.

“Ketiga hidangan menjadi pilihan saya kerana agak berlainan dari kuisin Melayu dan merupakan gabungan yang bercitarasa sedap serta senang dimasak dalam jangkamasa pendek iaitu tidak melebihi 90 minit,” Nur Fakhira berkata.

Hidangan masakan pemenang Fakhira (dari kiri) Masak Lemak Tempoyak Ayam, Ayam Kicap Szechuan dan Udang Kari Kering.

Para juri yang mengadil termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, Cef Budiman Bistari Mohamed serta Dr Ahmad Esa Abdul Rahman, Pengetua Pusat Seni Kulinari dan Pendidikan Gastronomi di Kampus UiTM Puncak Alam yang menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Para juri yang mengadil (dari kiri) Cef Budiman Bistari Mohamed, Cef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, Dr. Ahmad Esa Abdul Rahman dan cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo) sedang merasa hidangan masakan peserta-peserta.

Nur Fakhira yang berasal dari Kuantan dipilih dari 400 lebih peserta dan kemudian untuk pusingan terakhir dengan 19 peserta lain dalam acara yang diadakan di Kampus Puncak Alam Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Nur Fakhira menangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper sementara naib juara Mohd Sharifudin Saleh, 47, dari Melaka menerima tunai RM10,000 beserta hamper diikuti oleh pemenang ketiga iaitu Zaleha Idris, 60, mendapat tunai RM6,000 dan hamper. Peserta lain memperolehi hadiah saguhati tunai RM500 beserta hamper.

Juara Pasukan Kencanaa (dari kiri) Nur Fatin Syahirah bt Mohd Fisol dan Nur Suhana bt Jamaluddin bersama Pengarah Pemasaran Rangkaian Claire Sullivan dan Pengarah Urusan UFS Nusrat Perveen.

Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions akan berfokus pada hidangan berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu terutamanya sebagai kari, kicap, masakan lemak dan rempah lain.

Pemenang dari Kawasan Utara iaitu Budiman Bistari Mohamed dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016, diikuti dengan naib johan Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad dari Pantai Timur, pemenang ketiga Mohd Salehzarin Mohd Saleh dari Kawasan Selatan dan pemenang keempat Raiei Mahidin dari Kawasan Sentral.

Penyertaan 2017 dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr.

“Hari ini amat bererti kerana kerjasama khas UFS ini dengan UiTM yang merupakan pusat pendidikan utama dalam bidang keunggulan kulinari. Kami sungguh yakin dengan pendekatan bahawa langkah menjadi cef bagus harus bermula seawal boleh, termasuk di tahap universiti.

“Lebih lagi, acara Cabaran Ketupat Rendang Knorr yang berlangsung pada hari dan lokasi sama dengan Cabaran Raja Kuah Knorr akan memberi pendedahan sewajar kepada kesemua 40 penuntut UiTM dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang menyertai cabaran pertama ini.”

Gambar kenangan penyertaan 40 penuntut Pengurusan Seni Kulinari, UiTM Kampus Puncak Alam selepas tamat cabaran.

Dua pelajar UiTM iaitu Nur Fatin Syahirah Mohd Fisol dan Nur Suhana Jamaluddin, kedua-dua berumur 21 tahun, menangi hadiah utama tunai RM200 dan hamper untuk hidangan interpretasi mereka iaitu Rendang dan Ketupat Palas.

“Kemenangan juara Cabaran Raja Kuah Knorr tahun lalu oleh Chef Budiman Bistari Mohamed sungguh bererti kerana beliau merupakan graduan fakulti kulinari UiTM!” Nusrat berkata.

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.

Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!

Nusrat berkata: “Unilever Food Solutions Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam arena makanan tempatan, berkongsi kepakaran dan terus membuat inovasi untuk memberikan kandungan makanan terbaik untuk rakan perniagaan dan pelanggan kami.

“Dari Chefmanship Akademi berinovatif yang dilancarkan pada tahun 2013 dan melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia – iaitu satu inisiatif pertama di negara ini – sehingga kedua dua acara hari ini, UFS Malaysia akan terus mengukuhkan piawaian tempatan yang diiktiraf oleh rangkaian global kami.”





xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.