Kulit Kering Hilang dengan Magic Jelly Lovera

27 December 2017

Assalamualaikum. Ayue pun tak tahu lah kenapa lepas dari bersalin ni kulit muka jadi kering dekat bahagian tertentu terutama pipi. Kadang-kadang kering sampai gatal dibuatnya. Ayue pun garulah lembut-lembut, tapi kulit jadi menggelupas. Pelik kan? Hormon lepas bersalin ke apa ni? Jadi Ayue kena lah pakai macam-macam pelembap untuk elakkan dari pipi Ayue ni kering.

Kelakar pun ada sebenarnya sebab yang keringnya bahagian pipi je. Tapi tu lah hakikatnya. Mungkin sebab kulit Ayue ni jenis kombinasi, berminyak dekat bahagian T-zone saja, jadi bahagian lain tu mudah kering. Kalau balik rumah mertua memang Ayue ambil sedikit Aloe Vera bawa balik rumah sebab aloe vera kan memang terkenal dengan khasiatnya yang mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, parut dan luka kecil.


Ayue sendiri menggunakan Aloe Vera untuk menyejuk dan menyegarkan kulit bila seharian berada diluar rumah. Syok je rasa bila muka rasa sejuk dan segar. Pokok yang mak mertua Ayue panggil Lidah Buaya ni bukan saja untuk kegunaan luaran, malah untuk dalaman juga.


Sekarang ni Ayue tengah cuba produk berasaskan Aloe Vera dari Lovera iaitu Magic Jelly. Memang best sangat sebab rasa macam pakai Aloe Vera straight dari pokoknya. Baru pakai beberapa hari dah nampak kulit kering Ayue ni makin hilang. Eh, seronok gila okey? Dah tak gatal lagi. Lepas pakai foundation pun dah tak nampak kulit menggelupas. Nampak lah licin sikit kulit ni.


Lepas tu rupanya Magic Jelly ni boleh juga pakai dekat rambut. Wanita lepas bersalin majoriti memang ada masalah rambut gugur tau. Siapa takda masalah ni memang hebat lah. Ayue ada masalah rambut gugur yang agak teruk lepas bersalin. Lepas mandi tu boleh nampak rambut segumpal. Oh my, gerun kalau tengok. Sampai mak Ayue tegur rambut depan dah nak clear! Sedih kot. Terus whatsapp suami, hantar gambar dahi dekat dia. Tanya "Ayue dah nak botak ke?" Haha.

Jadi sebelum berlaku benda-benda macam tu, kena lah cegah awal-awal. Ayue ada nampak dekat Instagram Lovera, mereka share cara-cara nak rawat rambut gugur menggunakan Magic Jelly dan putih telur. Tak sabarnya nak cuba. 


Bau dia? memang wanig lah sebab ada chomomile. Ayue dah lah suka bau chamomile ni. Tekstur dia pun ringan, tak melekit lepas sapu. 




Antara khasiat lain Magic Jelly ni adalah :

KHASIAT MAGIC JELLY LOVERA UNTUK KULIT
  1. Merawat jerawat di muka dan juga badan 
  2. Membantu menyerikan wajah yang kusam
  3. Memudarkan parut 
  4. Menghilangkan bintik gelap
  5. Memulihkan Ekzema
  6. Menghidratkan kulit kering
  7. Merawat dari selaran matahari
  8. Mengecilkan liang pori
  9. Membantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensitif
  10. Mengurangkan selulit
  11. Anti penuaan


KHASIAT MAGIC JELLY LOVERA UNTUK RAMBUT
  1. Membantu mengurangkan kelemumur
  2. Melicinkan rambut yang tidak teratur
  3. Boleh digunakan sebagai serum rambut
  4. Menggalakkan pertumbuhan rambut


MAGIC JELLY LOVERA JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI :
  1. Pelembap kulit
  2. Base Make up
  3. Serum muka
  4. Serum rambut
  5. Serum bulu mata (panjang dan menggalakkan pertumbuhan)
  6. Pelembap bibir
  7. Pelembap muka siang / malam
  8. Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur.
  9. Merawat bibir mengelupas & kering
  10. Kegunaan luaran


Harga Magic Jelly ni RM70 sebotol (65ml).



Sebarang pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :

Website : http://www.lovera.com.my/
Facebook : Lovera Malaysia
Instagram : @loveramalaysia


xoxo

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.