Review Philips Hue | Wireless Lighting System Malaysia

08 December 2017

Assalamualaikum. Pernah tak anda dah baring nak tidur, lepas tu teringat yang lampu ruang tamu belum tutup lagi. Aduhai, malasnya nak bangun semula kan. Sudahnya biar je lampu tu nyala sampai ke pagi. Membazir betul. Ayue selalu jadi macam tu tau. Sekarang ni tak lagi dah sebab Ayue dah boleh control lampu rumah guna phone saja. Best kan? Nak tahu Ayue guna sistem pengcahayaan apa? Philips Hue!


Untuk anda yang tidak tahu, Philips Hue ni merupakan sistem pengcahayaan di rumah yang terdiri daripada mentol, jalur, tempat, lampu dan kawalan. Apa yang Ayue suka tentang Philips Hue ni adalah Ayue kini boleh kawal lampu di rumah Ayue hanya melalui telefon Ayue saja kerana Philips Hue ni menggunakan sistem pencahayaan pintar tanpa wayar (wireless lighting).

Apa yang membuatkan Philips Hue ni lagi best adalah ia ada 16 juta warna yang Ayue boleh pilih mengikut mood Ayue masa tu. Bayangkan, nak rumah warna biru, tukar warna biru. Nak rumah warna kuning, tukar warna kuning. Atau pada siang hari anda nak mendapat manfaat dari cahaya putih sejuk untuk tetap fokus bekerja, manakala di malam hari pula, anda nak berehat dengan meredupkan lampu dan beralih ke suhu cahaya yang lebih hangat, pun boleh. Tukar saja ikut mood dan acara yang sedang anda jalankan.


Dalam apps Philips Hue tu dah ada siap-siap dah pelbagai mood yang Ayue boleh gunakan. Kalau nak set mood baru pun boleh. Anda yang masih belum dapat gambaran macam mana sistem pengcahayaan Philips Hue ni, bawah ni ada video yang Ayue buat menggunakan Scenes yang ada dalam apps Philips Hue.


Macam mana? Seronok kan tengok Ayue boleh tukar-tukar lampu rumah wirelessly dengan hanya menggunakan smartphone Ayue. Yes, wirelessly. Walau dimana saja Ayue berada, Ayue boleh tukar lampu rumah Ayue tau. Asalkan ada internet saja.


Sistem pengcahayaan yang Ayue pasang di rumah Ayue ni menggunakan 4 item iaitu:
  • Philips Hue Bridge x 1
  • Philips Lightstrip Plus x 1
  • Philips Single Bulb A60 x 2

Philips Hue Bridge

Philips Hue Bridge ni ibarat jantung pada sistem ni. Semua lampu-lampu hue yang anda pasang akan disambung pada Bridge ni. Ia menjadi peranti pengantara kepada apps Philips Hue yang telah di install pada smartphone anda. Tapi, benda paling penting yang ada perlu ada untuk pasang Philips Hue ni di rumah adalah rumah anda WAJIB ada router. Kalau takda tak boleh pasang ya. Setiap box Hue Bridge ni mempunyai :
  • Peranti Hue Bridge x 1
  • Power adapter x 1
  • Kabel ethernet x 1



Philips Lightstrip Plus

Kalau anda perasan, lampu panjang yang Ayue pasangkan pada sofa Ayue tu, itu lah dia Lightstrip Plus. Lightstrip Plus ni adalah lampu bergetah yang fleksibel sepanjang 2meter dimana hujungnya mempunyai sambungan kepada plug yang turut disediakan di dalam box. Anda boleh sambungkan Lightstrip ini sehingga 10meter. Setiap box Lightstrip Plus ni mempunyai :






Philips Single Bulb A60

Single Bulb A60 ni pula adalah sejenis mentol E27 yang mempunyai cahaya putih dan berwarna yang berkualiti tinggi yang menawarkan anda kemungkinan tidak berkesudahan. Lampu ni juga lah yang Ayue set kan pad bilik Ayue waktu untuk dia menyala dan tutup dengan sendirinya.






Antara kelebihan Lightstrip Plus dan Single Bulb A60 yang menarik perhatian Ayue adalah:
  • Boleh seiringkan lampu dengan muzik dan filem
  • Bangun dan tidur dengan sendirinya
  • Boleh dikawal dari dalam dan diluar rumah
  • Set timer untuk memudahkan


Cara nak pasang Philips Hue ni mudah saja. Ikut saja arahan yang diberi.
  1. Hidupkan Hue Bridge dengan menyambungkannya pada suis elektrik dan sambungkannya pada router menggunakan kabel router yang diberi.
  2. Muat turun aplikasi Philips Hue ke dalam smartphone anda
  3. Apps ini akan automatic cari Hue Bridge anda. Ikut arahan yang diberi sehingga anda berjaya "Pair Bridge" anda dengan smartphone.
  4. Masukkan accessory setup code yang berada dibelakang peranti Hue Bridge untuk pengesahan.
  5. ON kan lampu-lampu dan mentol yang ada untuk hubungkannya dengan Hue Bridge.

Selesai. Anda boleh setkan lampu-lampu anda mengikut bilik-bilik yang ada di dalam rumah untuk memudahkan anda mengawalnya. Macam Ayue, Ayue cuma pasang di Living Room dan Master Bed Room. Mudah untuk kenalpasti lampu mana yang Ayue nak control nanti.


Buat masa sekarang ni lampu-lampu yang ada ni cukup untuk kegunaan harian Ayue. Mungkin Ayue akan tambah lagi nanti kalau ada rezeki lebih sebab seriously Philips Hue ni sangat memudahkan rutin harian Ayue. Mana tidaknya, ada newborn dalam rumah yang tak suka lampu terang ni bukan senang ye nak jaga. Bila dia bangun tengah malam, susah nak tengok muka dia kalau gelap sangat. Bukan tak boleh guna lampu tidur yang biasa tu, cuma lampu tu tak boleh control brightness seperti yang Ayue nak. Kadang-kadang nak terang sikit, kadang-kadang nak gelap sikit. 


Lepas tu Ayue sekarang dah boleh set pukul berapa Ayue nak ON kan lampu-lampu Ayue ni. Macam Living Room, Ayue dah set tepat pukul 7pm je dia akan menyala mengikut warna lampu yang Ayue dah tetapkan. So tak payah lah Ayue sibuk-sibuk nak On lampu lagi. Yang bestnya, Ayue boleh juga control lampu Ayue menggunakan voice command pada SIRI dekat iphone Ayue tu. Awesome kan? Dah jadi smart home dah rumah Ayue ni.

Lagi satu yang buat Ayue suka sangat dengan Philips Hue ni adalah fungsi "Home & Away" nya. Bila Ayue keluar rumah lupa nak tutup lampu, atau pun nak balik rumah tengah malam, Philips Hue akan detect lokasi Ayue dan nyalakan lampu. Jadi takda lah Ayue balik dalam keadaan gelap gelita. Safety first!


Anda yang nak juga Philips Hue ni boleh dapatkannya di Philips Lighting store di Menara Axis, authorized Philips Lighting specialists dan Apple Reseller stores yang terpilih, pada harga:
  • Philips Hue WACA Starter Kit : MYR 899 
  • Philips Hue WACA Bulb 10W A60 E27 : MYR 279 
  • Philips Hue Bridge : MYR 279 
  • Philips Hue WACA Light Strip : MYR 129 – MYR 399

Atau anda boleh juga beli secara online di: PhilipsLighting Lazada store

Untuk maklumat lanjut tentang Philips Hue, boleh layari : www.meethue.com





xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.