Shekku | NEW FACE Duo Stick dan CHU CHU Tone Up Sun Stick Review

13 December 2017

Assalamualaikum. Masalah blackhead memang dah jadi salah satu masalah besar Ayue sejak dari dulu lagi. Pori-pori besar pun sama. Kalau dari dekat boleh nampak pori dekat hidung Ayue ni tau. Malunya la hai. Sebab tu Ayue suka cuba ikhtiar macam-macam supaya blackhead dan pori Ayue ni mengecil. Baru-baru ni Ayue cuba dua produk dari SHEKKU, iaitu NEW FACE Duo Stick dan CHU CHU Tone Up Sun Stick.


Mesti anda tak pernah dengar jenama Shekku ni kan? Ia merupakan produk dari Korea. Ayue memang suka sangat produk Korea ni. Hampir 80% produk harian yang Ayue guna adalah dari Korea termasuklah kosmetik. Ayue tertarik nak guna produk dari Shekku ni sebab ia berbentuk stik, berbeza dengan nose pad dan mask yang Ayue selalu guna tu dan paling penting ia telah pun mendapat kelulusan dari KKM. Yela, nak cuba sesuatu produk ni penting untuk kita tahu produk tu selamat digunakan atau tidak ye. Jangan main hentam pakai je, menangis tak berlagu nanti bila kulit rosak.



NEW FACE Duo Stick | Blackhead Stick & Pore Tightening Ice Stick

Produk pertama yang Ayue nak share dengan anda adalah NEW FACE Duo Stick. Produk ni lah yang Ayue excited nak cuba sebab ia 2 dalam 1. Satu hujung nya adalah blackhead stick manakala lagi satu hujung adalah pore tightening ice stick. Pada Ayue, packaging macam ni sangat menyenangkan pengguna sebab ia mudah dipakai dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.




Blackhead stick ni diperbuat daripada serbuk arang dan tepung jagung. Antara fungsi Blackhead stick ni adalah:
  • Menghapuskan blackhead dan whitehead
  • Membaiki stratum corneum (lapisan paling luar epidermis)
  • Mengurangkan rembesan sebum
  • Membersihkan kulit secara mendalam
  • Melegakan kulit yang merengsa
  • Mengecilkan liang pori

Manakala Pore Tightening Ice Stick pula diperbuat daripada air glasier Iceland. Ia berfungsi untuk :
  • Mengecilkan liang pori dan melegakan kulit.
  • Meningkatkan tona kulit.
  • Menurunkan suhu kulit.
  • Mengurangkan bengkak pada muka.
  • Menghasilkan rasa berais apabila disapu.

Cara penggunaan:
  1. Basahkan muka dengan air suam.
  2. Sapukan Blackhead stick pada tempat yang anda ingin hapuskan bintik hitam dengan gerakan membulat.
  3. Apabila buih yang mencukupi telah dibentuk, urut perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih.
  4. Lap hingga kering.
  5. Sapukan Pore Tightening Ice stick pula pada tempat yang anda inginkan.
  6. Pat perlahan-lahan supaya bahan-bahannya dapat meresap ke dalam kulit sepenuhnya.


Anda boleh juga letakkan Duo Stick ni di dalam peti ais untuk mendapatkan kesan sejuk apabila disapukan. Ayue dah cuba, memang refreshing betul. Sejuk je rasa muka ni. Best! Cuma, untuk kesan yang lebih bagus, Ayue kena kerapkan skrub hidung Ayue ni dengan Blackhead stick tu supaya bintik-bintik hitam dapat hilang sepenuhnya. Tapi yang Pore Tightening Ice stick tu memang best. Licin je rasa kulit lepas sapu tau. 


CHU CHU | Tone Up Sun Stick 

Produk kedua yang Ayue nak share pula adalah CHU CHU Tone Up Sun Stick SPF50+ PA+++. Ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari dan bertindak sebagai foundation untuk solekan yang natural. Gadis-gadis Korea kan suka natural make up ni. Make up mereka semuanya nampak fresh dan light saja. Cantik sangat. 




CHU CHU Tone Up Sun Stick ini juga 2 dalam 1, cuma bezanya satu hujungnya adalah foundation dan satu hujungnya lagi adalah berus. Foundation macam ni sesuai bawa untuk travel. Mudah dan sangat praktikal. Tak payah nak bawak banyak-banyak berus lagi dah.



Antara kelebihan Tone Up Sun stick ni adalah :
  • Mempunyai 7 jenis vitamin yang berfungsi untuk mencerahkan tona kulit wajah anda dan anti-kedut. Mempunyai 5 jenis minyak berasaskan tumbuhan untuk kelembapan kulit anda. 
  • Mampu mencerahkan kulit serta-merta
  • Bertindak 2 kali ganda sebagai pelindung matahari kepada kulit anda.
  • Bintang pada stick tu pula akan menyesuaikan warna kulit anda dengan tepat dan menjadikan kulit anda kelihatan semulajadi lepas memakainya. 

Cara penggunaan :
  1. Sapukan Tone Up Sun stick pada kulit muka. 
  2. Ratakan pada keseluruhan muka dengan menggunakan brush yang disediakan pada hujung yang lain.
  3. Siap! Nude Makeup yang dapat melindungi kulitanda daripada cahaya matahari.



Lepas beberapa jam pakai, Ayue dapat rasakan yang kulit Ayue masih lembap dan tak kering. CUma Ayue mempunyai kulit kombinasi, jadi Ayue lebih suka kulit Ayue kelihatan Matte berbanding Dewy sebab macam shining je kulit kan. Tapi untuk anda yang sukakan efek dewy ala-ala gadis Korea tu, CHU CHU ni sangat sesuai untuk anda. Touch up natural sikit, terus jadi kpop okey. Haha. 

Untuk anda yang ingin dapatkan produk dari Shekku ni, sekarang mereka sedang membuat promosi Christmas. 



Info Produk:

NEW FACE Duo Stick | Blackhead & Pore Tightening Ice Stick
KKM - NOT170907076K
Berat 16g
RM149.00 sebiji

Chu Chu | Tone Up Sun Stick
KKM - NOT170907199K
Berat 11.5g
RM149.00 sebiji

New Face + Chu Chu
RM249.00 sahaja


Untuk maklumat lanjut tentang produk Shekku dan sebarang pembelian, anda boleh layari :
www.shekku.com



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.